PESANAN UTK ANAK2 CEMERLANG
Tidak termimpi atau direka pertemuan ini
Anak2 cemerlang ceria menambat hati
Gelak tawa kenakalanmu menggamit rasa
Kalian cepat mesra saling menghormati
Tapi kini, kalian akan berangkat pergi
Tinggallah ayahanda dibalut sepi
Biarpun anak2 silih berganti
Namun kalian penuh memori
Ayahanda doakan kalian berjaya
Segulung ijazah semat di dada
Biar onak duri melanda setiap masa
Kecemerlangan mesti diteroka
Untuk ayah bonda hadiah teristimewa
Perjuanganmu semakin hampir
STPM penamat segala nista kecewa
Layari dan tempuhi dengan berani
Yakinkan diri rezeki dan tuah anugerah ilahi
Kalian mampu mereka sejarah tersendiri
Ayuhhhh..bangkit anak2ku..
Ditanganmu sebatang pen berbisa
Dimindamu bergumpal idea permata
Tumpahkan dengan tenang bijaksana
Lupakan resah pilu dukacita ranjau putus asa
Semua racun penganggu minda dan jiwa
Tekadkan disanubari ikhlas berjuang demi ilahi
Penentu kejayaan hakiki pasti dimiliki
Sekali melangkah biar berjasa
Sekali berundur biar berbudi
Sekali ke kanan biar bijak jauhari
Sekali ke kiri biar banyak menginsafi
Ingat, anak2 ku....STPM pasti kau tempuh
Dengan langkah garang untuk kejayaan.
Bawalah pulang keringat kecemerlangan
Ayahanda tumpang menitis airmata
Selamat Berjuang Anak2ku
Semoga Cemerlang, Gemilang
Jadilah Kebanggaan SMKT sejarah Terbilang.
Karya : Cikgu Zakaria Juahir, SMKT. ( 12.11.11 / 6.56pm )
Mana Bahasaku Mana Bangsaku
Sesekali menyelak lipatan sejarah
terpahat indah menusuk jiwa
melilau minda mengaguminya
khazanah Bahasaku dibibir bertahta
para saudagar sarjana perantau
Biar tampak tarinya berselerakkan
Namun gemerlapnyaku bangga
Mereka ukirkan kamus pusaka
Mereka gilapkan bicara permata
Mereka teruja bangsa dan bahasa
Bagai isi dengan kuku ditenun tulus
Indah menghaluskan budi
susila menganyam peribadi
Sesekali menyapa desir arus mengalir
Airmata nenda dan pejuang
Terasa masih menitis ke lengan
Mana bahasaku....sendu nenda
Mana bangsaku....tangis pejuang
Mana....mana....manaperginya bahasaku
Kalian gadaikan kemana?
Kalian sisihkan dimana?
Kalian tinggalkan mengapa?
Kalian pugarkan siapa?
Pada siapa harusku kutip khazanah pusaka
Pada siapa kupinta kuburnya?
Haruskah kutempah nesannya hari ini
Sesekaliku menyapu titis mataku
Hatiku luka mencari denyut nadinya
Mudahnya mereka menguburkannya
Tanpa jiwa tanpa rasa sejati
Apakah anak cucuku suatu masa nanti
Bertanyakan masih adakah lagi bahasa Melayu
Atau bangsaku terpaksa mengubah sejarah
Bahasa Melayu hilang terjajah
Hingga kini belum merdeka
Mungkinkah sekadar tercatat
pada batu-batu bersurat ceritera
Mana bahasaku
Mana bangsaku
Mana kuburnya......
Karya :
Zakaria Juahir / SMKT , 02 Nov 2011
( Dideklamasikan pada 8 November 2011, di Majlis Ahli Parlimen Bersama Masyarakat sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2011. Dewan Tun Razak ,Temerloh, Pahang. )
PUSARA JIWA
Masih terngiang-ngiang telingaku suara itu
Jangan kau hampiri dadah , wahai anakku….
Keturunan kita… ….bukan patung bernyawa
Keturunan kita mulia….bukan bangsa ternoda
Keturunan kita bijaksana …Tak Melayu Hilang Di Dunia…
Peliharalah anakku….keturunan ini gagah perkasa
Masihkah kau ingat anakku…pesan ayahmu
Mengalirkan darah merah demi negara
Syahid balasannya mulia di sisiNya
Tetapi jika gugur bergelumang najis dadah
Buruk namanya, hancur bangsanya, hina negara
Pastikan kau terus ingat anakku
Jangan jadikan darahmu berbaur najis itu.
Aku tidak rela memapah jenazahmu
Aku malu… Aku tidak rela menanggung azab begitu..
Alangkah lukanya hati ayah
Jika ia tahu kau berjuang bermusuhkan dadah
Seluruh urat sarafmu, darah najis dadah
Kau hancurkan darah keturunan mulia
Kau hidu lorong-lorong hanyir duniamu
Itukah warisan darah ayahmu….
Mengapa kau sisihkan kehidupan yang cemerlang
Lihatlah rakan-rakanmu berlumba-lumba ke menara gading
Kau pula bersesak-sesak di pusat pemulihan
Semua di sana bangsamu yang terkulai layu
Hilang kehidupan hilang kegemilangan
Telah lama kau pusarakan jiwamu
Butakah mata kau
Begitu mudahnya Selat Inggeris direntas Dato Abdul Malik
Sejarah Marco Polo dicabar Dato Azhar keseorangan belayar
Datin Paduka Sharifah Mazlina menjejak kutub Utara dan Selatan
Malah pendaki-pendaki kita telah menawan Gunung Everest
Sekumpulan remaja berjaya terjun ke kutub Utara
Ada pula berjaya berbasikal mengelilingi dunia
Dan sejarah angkasawan tercipta, Dr Faiz dan Muzaffar memahat nama
Mereka membuktikan anak Malaysia BOLEH !
Hidup penuh gemilang tanpa dadah
Jangan kau pusarakan jiwamu
Bangkit kibarkan iltizam bina kehidupan
Cemerlang gemilang tanpa dadah
Karya : Zakaria Juahir 3 / 7 / 2007, SMKT
( Juara Pertandingan Deklamasi Sajak dalam Karnival Anti Dadah ,
Peringkat Negeri Pahang, 14 – 15 Julai , 2007 )
Peringkat Negeri Pahang, 14 – 15 Julai , 2007 )
SINAR PEJUANG TERBILANG
( Khas Buat Dato’ Hajah Siti Rokiah Binti Mohd Zabidin , Tokoh Guru Temerloh 2008 )
Bagaikan mentari bersinar di pagi hari
Pancaranmu mekar silih berganti
Sejarah 1967, kerdipmu bermula
Segumpal darah pendidik ternobat dijiwa
Bermulalah sinarmu menjana bangsa merdeka
Biarpun denai , sungai hamparan perjuangan
Amanah perguruan terbina sempurna
Sinarmu semakin bergemerlapan
Bakat kepemimpinan melakar kegemilangan
Tugas Guru Besar terpahat cemerlang
Ternyata dikau warisan dalam lagenda
Menelusuri batas waktu hingga kini
Baktimu tidak pernah terhenti
Dengan tugas-tugas sukarela mengisi hari
Pancaran sinarmu semakin membahang
Penglibatan dalam pertubuhan tidak tertahan
Bakat berpolitik ; kepercayaan pengerusi ditabalkan
Bakat berkarya ; sajak , drama malah johan pidato dihasilkan
Pingat Darjah Indera Mahkota tersemat di dadamu
Warga Temerloh bangga dan semakin teruja
Statusmu menjawat Senator Dewan Negara
Bukti Anak Pahang berkualiti pemimpin warisan merdeka
Sesungguhnya, sinar perjuangan terbilangmu
Kami jadikan warisan di persada pendidikan
Terima kasih wahai bonda pendidik sejati
Baktimu kami genggam erat meskipun jika luka berdarah
Kerana kami tahu, kamilah penyambung sinarmu
Pada bumi yang merdeka ini
Karya : Cikgu Zakaria Juahir, SMK Temerloh . (4/6/2008).9.54pm
Dideklamasikan di Majlis Jamuan Guru Daerah Temerloh
( Menghargai Pesara ) , Dewan SK Chung Hwa Mentakab.
( Menghargai Pesara ) , Dewan SK Chung Hwa Mentakab.
SKETSA PUISI “TANAH AIRKU”
SAJAK OLEH : A.WAHAB ALI ( Antologi Puisi “Tanah Airku”, PPSB,Edisi Kedua, DBP)
SKRIP SKETSA : ZAKARIA JUAHIR ( FASILITATOR PPSB )
DIPENTASKAN : 3,4 & 5 SEPTEMBER 2007 DI KEM PLKN INDRA PAHLAWAN , MARAN KG. SRI TAMAN , JENGKA 6 MUKIM CHENOR , 26410 BANDAR PUSAT JENGKA PAHANG.
BIL | Plot / Sajak / Syair | Aksi / Lakon | Dialog / Suara Latar | Muzik / Pelakon |
1. | A. Keluar pelakon beraksi B. Sebaik komunis keluar pentas, syair dibacakan… Tanah airku tanah pusaka Milik kita bangsa perkasa Tergadai tidak pantang perwira Biar dibayar darah dan nyawa C. Keluar Penyajak membaca sajak… Tanah airku Langit dan bumimu Adalah milik mutlakku Jangan hampir padanya! Tanah airku Laut dan udaramu Adalah milik mutlakku Jangan hampir padanya Tanah airku Segala isi laut dan isi bumimu Adalah kecintaan hayat dan warisanku Jangan hampir padanya D. PENUTUP : …….syair dibacakan beramai-ramai…secara latar.. …..Penyajak melaungkan Merdeka ! merdeka ! Merde ka ! | 1. Masuk 3 lelaki dan 2 perempuan , ( Aksi lelaki mengheret perempuan dan perempuan dalam kesakitan ) 2. Meronta-ronta cuba melepaskan diri lalu ditembak oleh komunis. 3.Bunyi tembakan bertalu-talu, komunis rebah sambil menjerit kesakitan ( lalu keluar ke belakang pentas ). | K1:…jalan…jalan…cepat…(apa saja boleh) P1: Aduhh…celaka komunis…kau kejam!! P2:. Aduhhh…sial….berani pada wanita..!! K2: .Kahhhhh…kahhhh..kahhhhh K3 : Mahu melawan kita…ahhhhh!!! Biar mampus!!!..ahhh!!! K4: Ahhh..aduhhh…lari..lari..kita kena serang..lari…. K5 : Aduhhh…aku dah kena….aduhhh Aduhhh..mati aku… | Bunyi burung,cengkerik 5 orang komunis 2 wanita 6 orang Suara Latar Bunyi tembakan bertalu2. |
2. | Keluar 6 askar cuba menyela matkan wanita tersebut tetapi sudah terlambat. Meninjau kawasan, mencari komunis. Tiba-tiba bunyi tembakan…lalu askar rebah sambil berbalas tembak… Semasa sajak dibacakan , askar masih beraksi bertukar pegang bendera sambil cedera… | A1: Ohhh…kasihannya….kita tak sempat menyelamatkanya… Cuba tinjau musuh…mungkin ada di sekeliling kawasan ini.. A2 :…ahhhh….aduhhhh , tunduk kita kena serang….aduhhh.. Aduhh…selamatkan bendera ini…jangan bagi jatuh ke tanah… ini lambang kekuatan dan kedaulatan kita….nah…ambik bendera ni… A3: Aduhh…oh benderaku…kau tidak akan gugur ke bumi selagi aku berdaya…aduhhh…tolong sambut Aku tak dapat menegakkannya lagi A4 : ahhh…aku sambut..biar luka parah namun bendera kita tidak akan gugur….Ya Allah….selamatkan agamaku .bangsaku…negaraku….. …sambut…sambut…aku tidak berdaya lagi…ya Allah… | Muzik sayu.. Bunyi tembakan bertalu2 7 orang Askar Bunyi tembakan pistol | |
3. | ...suara latar membacakan syair beramai-ramai… …Semasa syair dinyanyikan askar membentuk formasi tugu Negara. | A5 :…Ohh…tanah airku (sambil menyambut bendera) , biar terbujur kaku jasadku…namun membiarkan kau jatuh ke tanah, tidak sekali….berdirilah kau…berdiri…. A6: …tegakkan bendera kita…jangan gugur….tegakkan…tanggungjawab kita mempertahankan tanah ini…aku tidak rela…tidak rela… bendera ini rebah A7 ; …..biar putih tulang… jangan putih mata…tanah ini akan tetap terpelihara….Merdeka!!!! merdeka!!! Merdeka !!!!! ( lalu mencacak bendera disisi salah seorg askar yg telah mati ).. lalu rebah… | Bunyi sayu….. | |
Jumlah Pelakon : 20 orang. Krew Produksi : 6 orang |
SKETSA PUISI “KERANAMU MALAYSIA”
SAJAK OLEH : AHMAD SARJU ( Antologi Puisi “Tanah Airku”, PPSB,Edisi Kedua, DBP)
DIPENTASKAN : 14 – 16 FEBRUARI 2008 DI KEM PLKN INDRA PAHLAWAN , MARAN KG. SRI TAMAN , JENGKA 6 MUKIM CHENOR , 26410 BANDAR PUSAT JENGKA PAHANG.
Sajak | Babak | Aksi Lakon / Dialog / Suara Latar | Muzik |
INTRO : NAZAM NASIHAT Elok kata murni jiwa harum budi Hidup kita penuh makna orang sudi Elok paras banyak harta jika keji Tiada siapa ingin dekat kita rugi Hai saudara jangan sombong tinggi diri Hidup jadi sia-sia tak bererti Elok tingkah perbuatan hati mulia Itulah tanda orang budiman semua suka Elok perangai tidak dengki iri hati Hidup damai sana sini orang rai Hai saudara insaf diri buat kebaikan Jangan lalai sampai lupa pada Tuhan Ingat pesan ayah bonda penuh harapan Anaknya jadi insan mulia masa depan Harapan guru muridnya jadi orang budiman Capai jaya cekal usaha berkekalan Hai saudara jangan mudah putus asa Tuhan berserta hamba yang tabah dan berusaha | B1 | 1. Keluar kumpulan pesilat membuat gerak silat di pentas. ( atau keluar beberapa orang askar , beraksi ) 2. Serentak gerak silat , Kumpulan Koir menyanyikan Nazam Nasihat. 3. Sebaik habis Nazam dinyanyikan, penyajak keluar ke pentas, penyajak masih meneruskan persilatan. | Muzik silat Tembak-menem bak sayu |
1. Keranamu Malaysia Kami rela gugur ke bumi Dengan darah tumpah ke tanah Dengan nyawa bergalang ganti Setia kami tidak akan berpaling 2. Akan kami isi inti pati perjuangan Di bawah kibaran jalur gemilang Kami generasi berwawasan bestari Dengan pawai megah gagah Wira dan serikandi sedia menabur bakti 3. Keranamu Malaysia Bumi keramat yang kami warisi Kami genggam wasiat dan amanah Dari nenek moyang kami Sedia mempertahankan kedaulatan pertiwi | B2 | 4. Keluar penyajak mendeklamasikan sajak dengan penuh perasaan. 5. Aksi Pesilat / Askar di pentas masih berterusan dengan iringan muzik. 6. Habis rangkap ke 3 sajak dibaca. Pesilat & askar keluar drp pentas. | Tembak – menembak |
4. Suara kami adalah lagu hayat setiap warga Bangsa yang memiliki keberanian Menawan puncak gunung , membelah gelora lautan Suara ini suara rakyat pembangunan insan Yang kental dengan keyakinan | B3 | 7. keluar pendaki gunung , pelaut , petani membawa sepanduk . ......Kami adalah pendaki , pelaut & petani yang berani memerah keringat dan keyakinan untukmu Malaysia.... | Laut bergelora |
5. Keranamu Malaysia Kami berdiri teguh kukuh di sini Bersama seluruh warga sejati Kami kini bukan bangsa yang kerdil lagi Di pentas dunia kami adalah pejuang demokrasi 6. Kami bukan lagi bangsa yang lesu dan goyah Kami bukan lagi bangsa yang remuk oleh ketaksuban Kami bukan lagi bangsa yang menolak persejagatan Kami bukan lagi bangsa yang membenci kecanggihan teknologi Kami bukan lagi bangsa yang membungkus minda di maya ini. | B4 | 8. Keluar berpakaian kemas , kasual , korporat dan pelbagai bangsa membawa sepanduk . ........Kami berbangga hidup dalam demokrasi dan kecanggihan kemajuanmu Malaysia...... | Sayu sajak |
7. Kesetiaan menjadi akar budaya di hati kami Perpaduan tidak akan kami runtuhkan ditelan ideologi Kami telah mahir memadam sengketa di hujung lidah Menyuburkan benih setia menjalin ikatan bangsa Memperkasa jati diri mendaulatkan bahasa pertiwi | B5 | 9. Keluar berpakaian kebangsaan, Melayu, Cina , India dll berpegangan tangan membawa sepanduk. .....Kami setia bersatu padu hidup rukun damai mengecap perpaduan dan jati diri bangsa Malaysia.... | Sayu sajak |
8. Kami penyambung perjuangan meneruskan wawasan Kami tidak akan merintih lagi di bumi makmur ini Kini kami ada kebolehan , ada kekuatan , ada keyakinan Membangunkan negara dengan warga gemilang Memartabatkan bangsa di pentas dunia tanpa sempadan | B6 | 10. Keluar beberapa orang berpakaian kemas (pelajar U) dan membawa sepanduk... .....Kami anak-anak wawasan, bersedia membina sejarah gemilang dan memartabatkan bangsa cemerlang.... | Sayu sajak |
9. Kami bersyukur kemewahan yang kami miliki Alam kami subur , laut kami penuh khazanah kami menjunjung kasih setiap jasa para pemimpin Budinya yang tidak terbalas Walau dengan catatan tinta emas 10. Ada di sini pemimpin yang berjiwa mulia Ada di sini perajurit dan serikandi yang rela berkorban Ada di sini putera dan puteri yang berjiwa pahlawan Ada di sini sumpah rakyat yang mendaulatkan watan Ada di sini kesetiaan, keteguhan, dan perpaduan. | B7 | 11. Keluar berpakaian petani, nelayan, kasual , pelajar, tentera, dll Dengan membawa sepanduk. .....Kami bersyukur dan berterima kasih di atas kemewahan yang dikecapi.... Jasa Pemimpin Tetap Dikenang. | Kuat... |
11. Keranamu Malaysia Kami ingin menjadi bangsa mulia di pentas antarabangsa Bersama mengisi agenda terbuka Kerana kita berupaya menyuburkan cinta murni manusia Kepada kedamaian , kesejahteraan, keharmonian, warga dunia. | B8 | 12. semua yg di atas pentas membentuk bulatan dengan seorang di tengah memegang bendera…. Sebaik tamat sajak, nazam dinyanyikan semula..... | sayu |