TUTORIAL

TAJUK  1

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KAD KREDIT

KEBAIKAN :
1.Mudah untuk membayar barangan dan perhidmatan
2.Mengambil kesempatan di atas diskaun penjualan / pembelian secara pukal
3.Mengatasi masalah kewangan secara sementara
4.berupaya mencuba barangan /perhidmatan tanpa membayar tunai
5.menaikkan taraf hidup tanpa menunggu lama jika dibayar dengan tunai
6.merasakan duit sentiasa ada dalam poket
7.tidak perlu membawa duit yang banyak\semasakeluar ke mana mana
8.Menjadi satu teknik untuk menggabungkan hutang hutang kecil menjadi satu hutang sahaja
9.satu kaedah untuk merangsang ekonomi negara
10melindungi sesuatu pembelian terhadap kemungkinan penipuan

KEBURUKAN :
1.menghapuskan perbandingan- harga secara langsung menumpulkan kemahiran dan keseronokan tawar menawar
2.kadang kadang kontrak dan syarat syarat kad kredit sukar difahami
3.Ramai pengguna tidak menyedari atau tidak ambil endah nilai faedah / bunga yan g sebenar dikenakan beserta yuran yuran yang dikenakan
4.Kadang kadang barangan / perhidmatan mustahak yang dibeli di tarik balik kerana gagal membayar ansuran
5.Ramai pengguna tak tahu membandingkan harga atau tawar menawar dengan penjual
6.Menggalakkan pembelian barangan / perhidmatan yang mengikut nafsu
7.Kena bayar dua kali iaitu untuk barangan dan kos berhutang(bunga)
8.pendapatan akan datang terpaksa dikorbankan dan ini akan menjejaskan perancangan untuk perbelanjaan seharian
9.mudah untuk berbelanja melebihi pendapatan
10meramaikan golongan muflis di malaysia....

PENGENALAN
•Bilangan pengguna kad kredit didapati semakin bertambah. Penggunaan kad kredit semakin mengubah kehidupan manusia ke tahap yang lebih bergaya dan unggul.
•Individu yang berpendapatan lebih RM 18000 ke atas boleh memohon kemudahan kad kredit, cth: kad Visa dan kad Master
•4. Pemilik kad kredit diberikan kemudahan kredit yang istimewa
- Pemilik kad kredit boleh memohon had kredit pengeluaran ditambah. Kemudahan ini cukup penting semasa kecemasan.Ada pengeluar kad kredit yang membolehkan pemilik kad kredit menikmati kemudahan
pinjaman overdraf dan baki hutangnya dijelaskan secara ansuran dengan kadar bunga yang tinggi sedikit sahaja jika dibandingkan dengan pinjaman bank perdagangan lain.

KEBURUKAN KAD KREDIT
•1. Penggunaan kad kredit boleh mewujudkan budaya belanja yang kurang sihat dan tidak terkawal
- Seseorang pemegang kad kredit mungkin akan bebas belanja tanpa had kerana kemudahan mengeluarkan
wang tunai pada bila-bila masa.Sikap senang dahulu dan susah kemudian akan timbul.Ini seterusnya akan
menyulitkan kehidupan mereka nanti.
- Kemudahan kad kredit menggalakkan pengguna berhutang dan berbelanja lebih daripada pendapatan
mereka, sikap boros merugikan masyarakat
•2. Penggunaan kad kredit mungkin akan mendatangkan kesan negatif terhadap ekonomi negara
- Perbelanjaan yang tidak terkawal akan mengakibatkan permintaan melebihi penawaran. Ini akan membawa kepada masalah inflasi di negara kita. Akhirnya, negara kita akan menghadapi masalah
kemelesetan ekonomi
KESIMPULAN
•Untuk mengelakkan kesan negatif daripada penggunaan kad kredit,kerajaan harus mengadakan undang-undang yang lebih ketat untuk mengawal penggunaan kad kredit. Bank Negara dan bank-bank perdagangan harus menghadkan jumlah pemilik kad kredit di samping mengawasi had perbelanjaan, agar mereka tidak
berhutang berlebihan


KARANGAN CONTOH BULAN INI
TAJUK : PENGGUNAAN KAD KREDIT
SKOP : Kebaikan dan keburukan
FORMAT : Pendapat
Kiriman : Sakinah Johari - SMKSAH Jenan, Jitra,Kedah.

Kad kredit bolehlah ditakrifkan sebagai sejenis kad yang digunakan sebagai pengganti wang tunai atau buat masa ini lebih dikenali sebagai wang plastik. Sejak akhir-akhir ini, penggunaan kad kredit didapati semakin popular di kalangan masyarakat kita terutamanya ahli perniagaan.Kini terdapat semakin banyak syarikat yang mengeluarkan kad kredit seperti American Express, Visa,dan Master Card. Menurut pendapat Menteri Kewangan Malaysia, penggunaan kad kredit merupakan pemangkin masalah inflasi yang sangat ketara. Di samping itu, beliau juga turut meramalkan bahawa bilangan pengguna kad kredit ni negara kita akan bertambah pada tahun-tahun yang akan datang. Pada hemat saya penggunaan kad kredit akan terus diamalkan oleh masyarakat kita kerana kad tersebut mempunyai kebaikannya yang tersendiri.
Salah satu daripada faktor yang menggalakkan orang ramai menggunakan kad kredit ialah mereka tidak perlu membawa wang tunai yang banyak untuk membeli belah. Bagi sesetengah pengguna, membawa wang tunai yang banyak ketika membeli belah merupakan suatu beban. Keadaan ini lebih ketara sejak kerajaan mewujudkan wang yang bernilai seringgit dalam bentuk siling. Kini terdapat hampir 50 peratus daripada pengguna yang membeli belah di pasar raya- pasar raya dengan menggunakan kad kredit. Pada hemat saya pengguna akan berasa lebih selesa menggunakan kad kredit daripada menggunakan wang tunai kerana kad kredit lebih ringan dan tidak mendatangkan masalah untuk digunakan bila-bila difikirkan perlu.

Pengguna kad kredit juga berasa lebih selamat menggunakan kad kredit berbanding dengan penggunaan wang tunai. Hal ini kerana semua kad kredit yang digunakan tidak boleh bertukar milik. Setiap kali mereka menggunakan kad kredit tersebut mereka dikehendaki menandatangani borang khas yang akan dapat mengesan pemilik sebenar kad kredit tersebut. Oleh hal yang demikian, pemilik kad kredit tidak perlu bimbang sekiranya kad mereka hilang atau dicuri orang. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pengeluar kad kredit American Express, jumlah pemegang kad tersebut bertambah hampir 40 peratus pada setiap tahun. Menurut kebanyakan pemilik kad tersebut, mereka berasa lebih selamat menggunakan American Express kerana mereka cepat mendapatkan kad ganti yang baru dengan cepat apabila berlaku kehilangan. Dalam hal ini saya berpendapat faktor keselamatanlah yang paling banyak mendorong pengguna menggunakan kad kredit.

Seterusnya, kebanyakan ahli masyarakat lebih gemar menggunakan kad kredit kerana mereka tidak perlu menukar mata wang ketika berada di luar negara. Sekiranya kita melancong ke luar negara, kita mungkin perlu menukarkan mata wang negara kita ke mata wang negara yang kita lawati itu. Hal ini tidak demikian bagi pemegang kad kredit kerana pertukaran nilai mata wang asing akan dilakukan secara automatis setiap kali kad kredit tersebut digunakan. Menurut pendapat kebanyakan pelancong, mereka g lebih suka menggunakan kad kredit kerana mereka diberikan layanan yang lebih istimewa ketika berurus niaga terutamanya di hotel-hotel yang terkemuka dan bertaraf antarabangsa. Pada pendapat saya, keadaan ini mungkin disebabkan oleh imej kemewahan yang sering dikaitkan dengan pemegang kad kredit.

Di samping kemudahan yang boleh dinikmati, pemegang kad kredit juga sering menghadapi beberapa masalah. Hal ini kerana tidak semua para peniaga mahu menerima pembelian secara kredit terutamanya kedai-kedai biasa atau kedai-kedai kecil yang jumlahnya lebih banyak daripada kedai-kedai yang besar atau pusat-pusat membeli belah yang terkenal. Oleh hal yang demikian, tempat-tempat penginapan atau pusat-pusat membeli belah yang boleh dikunjungi oleh pemegang kad kredit adalah terhad. Oleh itu, pemegang kad kredit mungkin menghadapi masalah sekiranya pusat membeli belah atau kedai dan gerai yang mereka kunjungi itu menolak penggunaan kad kredit.

Selain itu, pemegang kad kredit mungkin berbelanja secara berlebih- lebihan kerana mereka tidak begitu peka atau perihatin dengan nilai wang yang dibelanjakan. Oleh sebab itu, kita sering mendengar rungutan daripada pemilik kad kredit yang menghadapi masalah beban hutang yang banyak. Setelah puas berbelanja, mereka mungkin akan berada dalam keadaan yang sugul kerana terpaksa berfikir bagaimana hendak membayar balik jumlah wang yang telah mereka belanjakan itu.

Hal ini berlawanan dengan pesanan orang tua-tua `beringat-ingat sebelum terkena’. Menurut kajian yang pernah dibuat oleh mahasiswa Universiti Utara Malaysia, lebih 35 peratus daripada pemilik kad kredit mengalami masalah beban hutang yang teruk sehingga ada antara mereka yang diistiharkan muflis kerana tidak dapat menjelaskan hutang-hutang mereka. Keadaan ini mungkin berlaku kerana pemilik kad tersebut tidak sedar bahawa kad yang digunakan itu sebenarnya ialah wang, bukannya plastik yang tidak bernilai.

Seperti yang kita sedia maklum, urusan perniagaan yang menggunakan kad kredit dijalankan dengan penggunaan komputer.Oleh itu, terdapat kemungkinan berlaku penyelewengan dalam urus niaga tersebut. Walaupun perkara seperti ini jarang-jarang berlaku, kebanyakan peniaga tidak yakin dengan pelanggan yang menggunakan kad kredit terutamanya kad kredit yang tidak popular. Para peniaga tidak sanggup menanggung risiko yang tinggi dengan menerima kad kredit tersebut. Pihak Polis Bahagian Jenayah Perdagangan sering mengingatkan para peniaga supaya sentiasa berwaspada ketika berurus niaga dengan pengguna yang menggunakan kad kredit. Ini kerana mereka telah menerima lebih daripada 150 aduan berkaitan dengan hal tersebut sejak awal tahun ini.

Sebagai rumusannya, dapatlah dikatakan bahawa terdapat beberapa kebaikan dan keburukan penggunaan kad kredit. Namun begitu, sekiranya pemilik kad kredit menggunakan kemudahan tersebut secara bijak, mereka akan mendapat faedah yang banyak. Sebaliknya, jika kad kredit tidak digunakan secara berhati-hati, pemiliknya akan menderita akibat beban hutang yang terpaksa ditanggung sehingga bertahun-tahun. Pada pendapat saya, walaupun penggunaan kad kredit didapati semakin popular dari setahun ke setahun, namun `wang plastik’ tersebut pasti tidak mungkin dapat menggantikan wang tunai yang sebenar.

PENGGUNAAN KAD KREDIT

Kini pemilikan kad kredit bukan lagi satu kemewahan tetapi satu keperluan. Banyak jenis kad kredit yang terdapat di pasaran, antara yang popular ialah MasterCard dan Visa. Kad kredit mengetepikan keperluan menggunakan wang tunai dalam sesuatu urus niaga. Pemegang kad kredit hanya perlu menurunkan tandatangannya pada skrip perbelanjaan untuk menyempurnakan sesuatu urusan perniagaan. Pada hujung bulan, syarikat kad kredit akan menghantar penyata akaun kepada pemegang kad kredit. Penyata akaun itu menyenaraikan butir-butir perbelanjaan dan jumlah hutang pemegang kad bagi bulan berkenaan. Kad kredit memang penting dan mendatangkan kebaikan kepada kita. Namun kad kredit juga dapat disalahgunakan.

Kad kredit lebih mudah digunakan berbanding dengan wang tunai. Jika kita hendak berbelanja dalam jumlah wang yang banyak, kita terpaksa membawa wang tunai yang banyak. Mengira wang tunai yang banyak juga menjadi masalah. Penggunaan kad kredit mengelakkan semua kesulitan ini. Kita hanya perlu menurunkan tandatangan pada skrip kecil yang mencatatkan jumlah perbelanjaan kita. Selain itu, jika melancong ke luar negara, kita terpaksa menukar wang tunai kita kepada mata wang aging. Walau bagaimanapun, dengan menggunakan kad kredit, kita boleh membuat bayaran dalam apa jua mata wang di seluruh dunia. Kita juga boleh mendapatkan mata wang asing melalui mesin juruwang (ATM) di seluruh dunia.

Kad kredit juga lebih selamat digunakan berbanding dengan wang tunai. Kemungkinan wang tunai tercicir atau dicuri amat besar, lebih-lebih lagi kalau kita terpaksa membawa wang tunai yang banyak ketika berbelanja di luar negara. Wang tunai yang tercicir atau dicuri tidak mungkin dapat diperoleh semula. Sebaliknya, kehilangan atau keciciran kad kredit mudah diatasi. Pemegang kad kredit hanya perlu menghubungi syarikat kad kredit untuk melaporkan kehilangan kad kreditnya. Syarikat kad kredit akan membatalkan kad kredit tersebut dengan serta-merta, menjadikan kad kredit itu tidak laku digunakan lagi. Ini akan melindungi pemegang kad kredit itu daripada menanggung kerugian atau meminimumkan kerugian yang ditanggungnya.

Pemegang kad kredit juga menikmati pelbagai kemudahan istimewa. Dengan menyebut nombor kad kredit, kita dapat membeli-belah dengan mudah melalui pos atau Internet tanpa perlu keluar dari rumah. Kita juga dapat menempah hotel dengan memberikan nombor kad kredit kita melalui telefon. Selain itu, tawaran harga dalam pembelian barang dan perkhidmatan dinikmati oleh pemegang kad kredit dari semasa ke semasa. Pada masa ini, kebanyakan syarikat kad kredit menyediakan kemudahan pembayaran bil, premium insurans, dan bayaran berkala lain. Pemegang kad kredit hanya perlu memberikan butir-butir pembayaran kepada syarikat kad kredit dan syarikat kad kredit akan membuat pembayaran itu bagi pihak pemegang kad. Semua bayaran ini akan dicatatkan dalam penyata akaun bulanan pemegang kad.

Pemegang kad kredit juga mendapat perlindungan insurans kemalangan diri percuma. Sekiranya pemegang kad kredit membayar tambang perjalanan dalam kenderaan awam dengan kad kreditnya, dia akan mendapat pampasan jika dia mengalami kecelakaan semasa menggunakan kenderaan awam itu. Begitu juga, barang-barang tertentu yang dibeli dengan kad kredit juga diberikan perlindungan insurans. Sekiranya barang-barang yang dibeli itu rosak, hilang, atau dicuri dalam tempoh tertentu, pemegang kad kredit boleh menuntut ganti rugi daripada syarikat kad kredit.

Narnun bagitu, penggunaan kad kredit yang kurang bijak dapat menimbulkan masalah kewangan kepada pemegang kad. Bagi golongan tertentu, kad kredit dijadikan simbol status. Mereka memohon beberapa kad kredit untuk berlagak di hadapan kawan-kawan mereka. Mereka akan menayangkan kemampuan kewangan mereka dengan berbelanja besar menggunakan kad kredit. Ada pula yang memohon beberapa kad kredit untuk menikmati kemudahan kredit yang didapati daripada setiap kad kredit itu. Mereka tidak teragak-agak membeli barang-barang mahal atau berbelanja berlebihan kerana mereka boleh membayar secara ansuran kepada syarikat kad kredit, walaupun faedah yang dikenakan oleh syarikat kad kredit sangat tinggi. Akibatnya, mereka terjerat dalam masalah kewangan apabila mereka berbelanja lebih daripada kemarnpuan mereka untuk menjelaskan bayaran ansuran bulanan. Mereka mungkin tidak dapat menjelaskan hutang mereka kepada syarikat kad kredit. Hal ini menyebabkan syarikat kad kredit akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. Ada pemegang kad kredit yang diisytiharkan bankrap kerana tidak mampu membayar hutang kad kredit mereka.

Inflasi juga akan berlaku jika pengeluaran kad kredit tidak dikawal. Dengan memiliki kad kredit, kita cenderung berbelanja lebih, misalnya membeli barang mahal, melancong ke luar negara, dan sebagainya. Selain itu, kemudahan kredit yang ditawarkan membolehkan pemegang kad berbelanja dahulu dan bayar kemudian. Sikap boros dan tidak cermat ini akan menyemarakkan inflasi, dan seterusnya menjejaskan ekonomi negara.

Kad kredit memang penting demi menyempurnakan kehidupan kita dalam dunia yang moden ini. Akan tetapi, kad kredit akan mendatangkan kesan negatif jika disalahgunakan. Oleh itu, kita harus bijak menggunakan kad kredit. Kerajaan juga perlu mengawal ketat pengeluaran kad kredit serta jenayah kad kredit yang mungkin muncul.


PENGGUNAAN KAD KREDIT LEBIH MERUGIKAN PEMILIKNYA

Penggunaan kad kredit sudah menjadi kelaziman dalam kalangan masyarakat kini. Kad kredit merupakan satu kaedah pembayaran yang membolehkan pengguna membeli barangan atau mendapatkan perkhidmatan tanpa menggunakan wang tunai. Kad plastik ‘ajaib’ ini membolehkan kita membeli secara kredit dengan had maksimum yang boleh dicaj.
Apabila seseorang pengguna menggunakan kad kredit, pengeluar kad kredit akan membayar kepada peniaga terlebih dahulu bagi pihak pengguna dan kemudiannya meminta bayaran daripada pemegang kad kredit dalam bentuk penyata bulanan.

Frank MacNamara memperkenalkan konsep kad kredit ini pada tahun 1950 dengan tujuan untuk memudahkan pembayaran. Pada ketika itu hanya golongan kelas atasan sahaja yang mampu menggunakan kad kredit. Tetapi pada masa sekarang semua golongan memiliki sekurang-kurangnya satu kad kredit untuk kegunaan mereka.

Ramai orang berpendapat bahawa kad kredit adalah simbol kemewahan dan harus dimiliki oleh mereka. Sebaliknya, kini kad kredit ini telah menjadi seolah-olah ”ceti teknologi” kerana ia boleh menyebabkan pemegangnya terjebak dalam masalah hutang.

Menurut sumber yang dipetik daripada Bank Negara Malaysia(BNM), sebanyak 8.8 juta kad kredit dikeluarkan oleh institusi kewangan di seluruh negara dengan purata setiap pemilik mempunyai 3 kad kredit. Memang jumlah ini agak lebih daripada keadaan biasa. Pada hakikatnya, kira-kira 30 peratus kes muflis melibatkan pemegang kad kredit. Hampir kebanyakan pemilik kad kredit yang muflis ialah eksekutif muda yang berusia bawah 30 tahun.

Menurut statistik yang diperolehi oleh BNM, jumlah hutang kad kredit ini bertambah 20 peratus pada setiap tahun. Dengan kadar faedah 1.5 peratus sebulan. Bank-bank Malaysia dengan mudah mendapat keuntungan faedah berjumlah RM159 juta setiap tahun tidak termasuk caj-caj untuk perkhidmatan lain seperti caj pengeluaran tunai (5%) dan caj lambat bayar (RM5).

Kita perlu berfikir kenapa keadaan sedemikian berlaku dalam masyarakat kita terutama dalam kalangan golongan muda. Antara faktor yang utama adalah sikap mengambil mudah terhadap hutang. Ramai orang berbelanja sesuka hati dan melepasi had yang ditetapkan.
Sikap keangkuhan dan berlebih-lebihan inilah yang menjerat diri sendiri dalam kancah hutang yang berpanjangan dan tidak berkesudahan. Disebabkan ingin menunjuk-nunjuk, ramai pemilik kad kredit berbelanja tanpa ada sebarang tujuan atau bajet. Sebenarnya mereka yang memiliki sifat seperti ini akan berbelanja kepada perkara yang tidak penting.

Kelonggaran dan galakan yang diberikan oleh pihak kerajaan serta institusi perbankan telah membolehkan semakin ramai rakyat negara ini memilik kad kredit. Mengikut peraturan yang dikuatkuasakan, seseorang yang berpendapatan RM1,500 sebulan layak untuk memiliki kad kredit. Tujuannya adalah untuk menggalakkan pertumbuhan sektor kredit yang terjejas teruk ekoran daripada kegawatan ekonomi yang sedang melanda negara kita.
Di samping itu, Bank Negara Malaysia juga telah menurunkan kadar caj minimum kad kredit daripada 2% kepada 1.5% sebulan menjadikannya tidak lebih 18% setahun. Caj bayaran lewat pula ditetapkan tidak lebih daripada 1% dikira atas jumlah yang tertunggak. Fenomena ini menyebabkan ramai orang membuat permohonan untuk mendapatkan kad plastik ini. Dengan adanya kad kredit mereka boleh berbelanja tanpa menggunakan wang saku mereka.

Masyarakat harus mengambil langkah yang berkesan untuk mengatasi masalah ini kerana status muflis dan hutang dipandang hina dalam masyarakat dan hilang kelayakan dalam hal-hal tertentu. Pihak kerajaan harus mengawal pengeluaran kad kredit dan mengawasi penawaran agensi-agensi perbankan terhadap kad kredit.

Had minimum kelayakan perlu ditingkatkan sekurang-kurangnya kepada mereka yang mempunyai pendapatan RM3500 ke atas. Kelayakan yang ditetapkan sekarang ini terlalu rendah dan tidak sejajar dengan peningkatan kos hidup rakyat negara ini. Membenarkan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kad kredit hanya akan mendedahkan mereka kepada beban hutang yang melampau.

Pemilik kad kredit perlu menyedari kesan penggunaan kad kredit tanpa batasan akan membawa banyak masalah yang tidak diingini. Bagi mengelakkan masalah hutang ini, pemilik kad kredit ini hendaklah berbelanja dengan bijak dan sentiasa berhati-hati dalam perbelanjaan harian yang melibatkan kad kredit.


TAJUK              : PENGGUNAAN KAD KREDIT

SKOP               : KEBAIKAN DAN KEBURUKAN

FORMAT           : PENDAPAT

KARANGAN      : ILMIAH BINTI RAMLI ( 6AV  2011)



            Kad kredit bolehlah ditakrifkan sebagai sejenis kad yang digunakan sebagai pengganti wang tunai atau lebih dikenali sebagai wang plastik. Penggunaan kad kredit didapati semakin popular dalam kalangan masyarakat kita kini terutamanya ahli perniagaan. Terdapat semakin banyak syarikat yang mengeluarkan kad kredit seperti American Express, Visa,dan Master Card. Menurut pendapat Menteri Kewangan Malaysia, penggunaan kad kredit merupakan pemangkin masalah inflasi yang sangat ketara. Selain itu, beliau turut meramalkan bahawa bilangan pengguna kad kredit di negara kita akan bertambah pada tahun-tahun yang akan datang kerana kad tersebut mempunyai kelebihannya tersendiri.

           

            Salah satu daripada kelebihan yang menggalakkan ramai yang  menggunakan kad kredit ialah mereka tidak perlu membawa wang tunai yang banyak untuk membeli-belah. Bagi sesetengah pengguna, membawa wang tunai yang banyak ketika membeli-belah merupakan suatu beban. Kini terdapat hampir 50 peratus daripada pengguna yang membeli-belah di pasaraya menggunakan kad kredit. Pengguna berasa lebih selesa dan mudah menggunakan kad kredit daripada menggunakan wang tunai kerana kad kredit lebih ringan dan tidak mendatangkan masalah untuk digunakan bila-bila difikirkan perlu.

           

            Pengguna kad kredit juga berasa lebih selamat menggunakan kad kredit berbanding dengan penggunaan wang tunai. Hal ini demikian kerana semua kad kredit yang digunakan tidak boleh bertukar milik. Setiap kali mereka menggunakan kad kredit tersebut, mereka dikehendaki menandatangani borang khas yang akan dapat mengesan pemilik sebenar kad kredit tersebut. Oleh sebab itu, pemilik kad kredit tidak perlu bimbang sekiranya kad mereka hilang atau dicuri. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pengeluar kad kredit American Express, jumlah pemegang kad tersebut bertambah hampir 40 peratus pada setiap tahun. Menurut kebanyakan pemilik kad tersebut, mereka berasa lebih selamat menggunakan kad kredit American Express kerana mereka boleh mendapatkan kad ganti yang baru dengan cepat apabila berlaku kehilangan. Hal ini menunjukkan bahawa faktor keselamatan merupakan faktor yang paling banyak mendorong pengguna menggunakan kad kredit.

           

            Seterusnya, kebanyakan masyarakat lebih gemar menggunakan kad kredit kerana mereka tidak perlu menukar mata wang ketika berada di luar negara. Sekiranya kita melancong ke luar negara, kita perlu menukarkan mata wang negara kita ke mata wang negara yang kita lawati. Hal ini tidak berlaku kepada  pemegang kad kredit kerana pertukaran nilai mata wang asing akan dilakukan secara automatik setiap kali kad kredit tersebut digunakan. Menurut pendapat kebanyakan pelancong pula, mereka lebih suka menggunakan kad kredit kerana mereka diberikan layanan yang lebih istimewa ketika berurus niaga terutamanya di hotel-hotel yang terkemuka dan bertaraf antarabangsa. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh imej kemewahan yang sering dikaitkan dengan pemegang kad kredit.

           

            Namun begitu, pemegang kad kredit juga sering menghadapi beberapa masalah. Hal ini demikian kerana tidak semua para peniaga mahu menerima pembelian secara kredit terutamanya kedai-kedai runcit atau kedai-kedai kecil yang jumlahnya lebih banyak daripada pusat-pusat membeli-belah yang terkenal. Tempat-tempat penginapan atau pusat-pusat membeli-belah yang boleh dikunjungi oleh pemegang kad kredit pula adalah terhad. Pemegang kad kredit mungkin menghadapi masalah sekiranya pusat membeli-belah atau kedai yang mereka kunjungi menolak penggunaan kad kredit.

           

            Selain itu, pemegang kad kredit mungkin berbelanja secara berlebih- lebihan kerana mereka tidak sedar akan nilai wang yang mereka belanjakan. Oleh sebab itu, kita sering mendengar rungutan daripada pemilik kad kredit yang menghadapi masalah beban hutang yang banyak. Setelah puas berbelanja, mereka mungkin akan berada dalam keadaan yang sugul kerana terpaksa berfikir  jalan penyelesaian untuk membayar semula hutang-hutang mereka. Terdapat pemilik kad kredit mengalami masalah beban hutang yang teruk sehingga ada antara mereka yang diisytiharkan muflis kerana tidak dapat menjelaskan hutang-hutang mereka. Keadaan ini berlaku kerana pemilik kad tersebut tidak sedar bahawa kad yang digunakan itu sebenarnya ialah wang, bukannya plastik yang tidak bernilai.

           

            Seperti yang kita sedia maklum, urusan perniagaan yang menggunakan kad kredit dijalankan dengan penggunaan komputer. Oleh sebab itu, terdapat kemungkinan berlaku penyelewengan dalam urus niaga tersebut. Walaupun perkara seperti ini jarang-jarang berlaku, kebanyakan peniaga tidak yakin dengan pelanggan yang menggunakan kad kredit terutamanya kad kredit yang tidak popular. Pihak Polis Bahagian Jenayah Perdagangan sering mengingatkan para peniaga supaya sentiasa berwaspada ketika berurus niaga dengan pengguna yang menggunakan kad kredit. Hal ini demikian kerana pihak mereka telah menerima lebih daripada 150 aduan yang  berkaitan dengan masalah penyelewengan kad kredit sejak awal tahun ini.

           

            Kesimpulannya, terdapat beberapa kebaikan dan keburukan penggunaan kad kredit. Sekiranya pemilik kad kredit menggunakan kemudahan tersebut secara bijak, mereka akan mendapat faedah yang banyak. Sebaliknya, jika kad kredit tidak digunakan secara berhemah, pemiliknya akan menderita akibat beban hutang yang terpaksa ditanggung sehingga bertahun-tahun. Pada pendapat saya, walaupun penggunaan kad kredit didapati semakin popular dari setahun ke setahun, namun `wang plastik’ tersebut pasti tidak mungkin dapat menggantikan wang tunai yang sebenar.

TAJUK  2


INDUSTRI MAKANAN SEGERA
 
Kementerian Kesihatan Kawal Industri Makanan Segera
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan melaksanakan pelbagai usaha untuk mengawal aktiviti pemasaran dan promosi makanan segera untuk mendidik masyarakat mengamalkan pemakanan sihat, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, antara langkah yang akan diambil ialah memperkukuhkan pengawalan iklan makanan segera di televisyen, selain menambah bilangan slot dan kekerapan penyebaran mesej pemakanan sihat melalui radio, televisyen, surat khabar serta majalah tempatan.
"Kecenderungan mengambil makanan segera dengan kerap memang membahayakan kesihatan kerana makanan yang dihidangkan di restoran makanan segera adalah tinggi kalori, lemak, garam dan gula," katanya menjawab pertanyaan Senator N.Rawisandran mengenai usaha kerajaan bagi mengatasi kecenderungan rakyat Malaysia yang gemar makan makanan segera.
Liow berkata kementerian juga akan menggubal dasar dan peraturan yang boleh membantu mengawal pemasaran, promosi dan kebolehdapatan makanan segera di negara ini.
"Antara usaha lain yang telah diambil adalah mengawal pengiklanan makanan segera semasa rancangan kanak-kanak di televisyen dan mewajibkan pelabelan kandungan zat makanan pada makanan segera," katanya.
Kepada soalan tambahan Senator Muhamad Yusof Husin yang ingin tahu sama ada kerajaan membuat ujian makmal terhadap bahaya makanan segera kepada kesihatan,Liow berkata semua jenis makanan yang masuk ke dalam negara dipantau oleh bahagian keselamatan makanan.
"Kita sentiasa mengingatkan orang ramai mengenai perlunya makanan seimbang (tetapi) makanan apapun, kalau terlebih makan, akan membawa kemudaratan," katanya. - BERNAMA
Nak tahu apa yang terdapat dalam makanan segera kegemaran anda? mari kita lihat bersama-sama...
Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah restoran:
Burger daging (1/2 paun) boleh mengandungi 2 oz lemak tulen. Ia membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.
Ayam goreng: Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperolehi dari lemak). Banyak garam. Ia membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.
Kentang goreng: Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.
Milk Shake: 5 oz susu di dalam 10 oz shake, bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemulsi. Ia juga mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium, dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.
Cola: Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula). Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanan: kosong.
Apakah itu makanan segera?
Makanan segera merupakan makanan yang mengandungi kurang khasiat pemakanan. Ia juga memberi kesan yang kurang baik kepada kesihatan.
Dalam konteks Malaysia, ia bukan lagi datangnya dari restoran-restoran makanan segera yang lazim dikenali, tapi merangkumi makanan sejuk beku yang dipercayai mengandungi bahan pengawet yang berbahaya.
KEBURUKAN MAKANAN SEGERA
Punca penyakit
Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), antara makanan dan minuman segera yang dikategorikan sebagai tidak berkhasiat ialah mi segera, minuman bergas, gula-gula, burger dan coklat.
Makanan terbabit merupakan penyumbang kepada penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang yang dihidapi kira-kira tiga juta penduduk negara ini. Malah, dua juta rakyat negara ini iaitu 8.5 peratus daripada 26 juta penduduk, didapati menghidap penyakit diabetes, yang kebanyakannya berpunca daripada makanan.
Dalam kajiannya turut mendapati hampir keseluruhan murid-murid sekolah menjadi sasaran kepada makanan segera dan terdedah kepada gejala penyakit kritikal itu sejak di usia muda.
Presiden CAP, S. M. Mohamed Idris berkata, kandungan gula berlebihan dan pewarna tiruan merupakan antara ‘racun’ yang tersembunyi dalam makan segera.
Sementara itu, Pakar Perunding Perubatan Hospital Pakar Shah Alam, Dr. Zulkarnain Ahmad Hamidy berkata, pengambilan makanan segera yang berlebihan dan malas bersenam akan menyumbang kepada obesiti...
Obesiti merupkan punca segala penyakit termasuk darah tinggi, masalah jantung, kencing manis dan kegagalan buah pinggang.
Kebanyakan menu makanan segera mengandungi kadar karbohidrat yang tinggi tanpa vitamin atau zat berfaedah terutama untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Kalori yang memasuki badan sukar untuk dibuang dan ini akan membawa kepada masalah kesihatan seperti kegemukan dan masalah jantung dan sejumlah besar kalori dalam makanan segera tidak diperlukan dan akan mengganggu sistem metabolisme badan, seterusnya dikumpul menjadi lemak.
Pengguanaan bahan pengawet dalam makanan segera banyak memberi kesan buruk terhadap kita. Makanan segera telah mengunakan bahan pengawet dalam kuantiti yang tinggi, kerana ia diproses untuk memastikannya tahan lama. Selain itu, kandungan lemak dalam makanan segera juga lebih tinggi berbanding bahan mentah biasa. Memakan makanan segera dalam kuantiti tidak terkawal akan mendedahkan kita kepada pelbagai jenis penyakit seperti:
a) Kerosakan gigi
b) Tekanan darah tinggi
c) Pembuluh darah tersumbat
d) Obesiti
e) Kenaikan tahap kolesterol
Jadi..Kita hendaklah mengelakkan pengambilan makanan segera supaya kesihatan badan kita dapat dikekalkan
Satu sajian makanan segera membekalkan anda separuh kalori dan dua pertiga lemak serta protein yang anda perlukan sepanjang hari.
Tetapi jika anda mengambil sajian makanan ini sebagai makanan ringan, di antara sajian tetap anda, anda akan mendapat lebih banyak kalori, protein, lemak daripada yang diperlukan tubuh.
Anda akan kekurangan sesetengah zat makanan perlu yang membentuk diet lengkap dan seimbang.

MAKANAN SEGERA TERDAPAT..............
Lemak
Sebiji burger boleh mengandungi sebanyak 35% (atau mungkin lebih) lemak. Kentang goreng dikatakan lebih baik (dari segi khasiat) daripada ban yang diperbuat daripada tepung putih halus tetapi ia direndam dalam lemak, biasanya lemak tepu, yang menggalakkan penyakit jantung. Lebih buruk, ia biasanya disediakan separa masak di dalam lemak dan kemudian dimasak sekali lagi sebelum dihidangkan. Jumlah berganda di dalam satu hidangan ini boleh mengandungi di antara 11 dan 16 g lemak.
Bagi keju yang dihiaskan di atas makanan, ia bermakna lebih banyak lemak. Malahan ia bukanlah keju sebenar tetapi cebisan-cebisan keju bercampur garam, gula, pengemulsi, asid laktik, pengawet, pewarna dan bahan penambah lain.
Jangan menyangka ayam dan ikan kurang lemak. Ia juga digoreng dengan menggunakan banyak minyak di mana kebanyakkannya sama buruknya.
Garam
Secara purata seseorang itu memerlukan tidak lebih daripada 5 g atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji Big Mac boleh mengandungi 2 hingga 3 g garam, sementara tiga ketul ayam goreng Kentucky boleh mengandungi 3 hingga 4 kg.
Gula
Kebanyakan makanan segera amat manis. Malah bahan makanan yang tidak manis mengandungi gula kerana banyak pengeluar menggunakan gula untuk menyedapkannya.
Menurut kajian yang dibuat pada 1989, CAP telah menguji 9 contoh burger beku dari pasar raya dan mendapati sejumlah besar lemak dicampurkan. Jumlah ini dalam lingkungan 11- 24% (iaitu 9 hingga 18 g lemak tepu tulen di dalam sebiji burger sederhana saiznya kira-kira 75 g), berbanding dengan protein yang terdiri daripada 12 - 18%. Yang lain merupakan isi bukan daging, biasanya roti yang sudah berkulat.
Anda mungkin menyangka sebiji burger hanyalah daging cincang. Namun definisi daging bagi industri makanan segera tidak sama dengan apa yang anda sangkakan. Tanpa mengambil kira bahagian lemak, daging itu tidak semestinya daging semata-mata. "Daging tanpa lemak" boleh (secara haram) termasuk tulang, kulit, rawan dan urat, lidah, usus dan organ-organ lain serta ekor yang dikisar. Ia juga boleh termasuk daging yang diperolehi dengan menggunakan mesin: diperbuat daripada sisa-sisa yang dipotong dan lemak yang dikikis daripada haiwan sembelihan oleh mesin. Bahan-bahan ini kemudiannya dikisar dan diadun menjadi adunan cair dengan menggunakan pengemulsi dan pemekat.
Sebiji burger boleh mengandungi daripada 50% hingga serendah 25% "daging tanpa lemak" sedemikian. Burger lain dicampurkan lemak dan ramuan-ramuan bukan daging seperti biskut garing (rusk) dan tepung kacang soya serta serbuk bawang. Campuran itu disebatikan dengan pengemulsi/pemekat (seperti selulos atau palpa kapas, rumput laut atau gam pokok), menjadikannya kelihatan menarik dan lazat dengan pewarna tiruan seperti Tartrazine, gula, perisa kimia, MSG dan garam.
Sumbangan Makanan Segera Terhadap Ekonomi
Industri makanan segera mempunyai pelbagai pra dan kontra nya yang tersendiri. Namun begitu, di sebalik kelebihan dan keburukan yang di senaraikan, industri makanan segera atau makanan ringan ini sebenarnya masih menyumbang kepada jatuh bangunnya ekonomi sesebuah negara itu. Misalnya, industri makanan segera ini mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada orang ramai, lantas mengurangkan kadar pengganguran dan akhirnya meningkatkan produktiviti negara itu dalam mengeluarkan sesuatu barang dengan kadar yang maksima. Selain itu juga, industri makanan segera ini juga turut membantu dalam menjana pendapatan negara, dan menghasilkan eksport produk bahan makanan ringan lantas memperkenalkan negara di mata dunia.
Pengenalan kewujudan industri makanan segera ini telah mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak dari setiap peringkat industri makanan segera. Sebagai contoh, McDonald secara globalnya mempunyai jumlah pekerja lebih daripada 1.5 juta orang dan jumlah ini akan bertambah berikutan semakin banyak restoran McDonald di buka di seluruh negeri , sekaligus membantu negara mengurangkan kadar pengganguran yang semakin meruncing dan akhirnya melalui peluang pekerjaan yang di beri, produktiviti negara dapat di pertingkatkan dengan jumlah yang maksima.
Syarikat hari ini juga turut melancarkan perkhidmatan telefon mudah alih bagi membolehkan para pengguna tahu kedudukan mana-mana restoran KFC seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak. Jamaludin berkata syarikat telah melabur RM250,000 untuk perkhidmatan baru, termasuk pengiklanan dan promosi.” Kenyataan yang dipetik dari BERNAMA, jelas menunjukkan bahawa dengan adanya pelaburan besar dari industri makanan segera itu sendiri semestinya dapat menwujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak. Bukan itu sahaja, ia juga sebagai mata pencarian bagi golongan muda untuk mencari mata pencarian sampingan sambil berkerja atau pun semasa cuti.
McDonald dan KFC yang merupakan peneraju makanan segera utama di Malaysia dan secara global, telah membuka banyak cawangan- cawangannya, bukan sahaja di Malaysia malah seluruh pelusuk dunia. Contohnya, McDonald mempunyai 31,000 restoran di setiap pelusuk dunia dan mempunyai kitaran antara 47 juta pengguna setiap masa. KFC atau Kentucky Fried Chicken pula mempunyai 14,800 restoran di 80 negara termasuklah Malaysia, China dan Amerika Syarikat dan dijangkakan bilangan restoran makanan segera McDonald dan KFC akan berganda setiap masa. Sebenarnya pertumbuhan industri makanan segera tidak hanya tertumpu kepada kesan buruk ke atas pengambilan makanan segera, ia juga mempunyai prespektif yang positif antaranya adalah penjanaaan pendapatan negara.
Penjanaan pendapatan negara juga dapat di pertingkatkan melalui industri makanan segera ini yang menggunakan sistem francais. Untuk memaksimumkan keuntungan mereka, Perniagaan makanan ringan mencipta sistem “franchise”. Sistem ini membolehkan syarikat untuk mempertahankan kawalan keseluruhan produk, dan memberikan tingkat pengembalian yang dijanjikan, sementara pada masa yang sama membolehkan pemilik tempatan untuk mengawal kadar rendah upah kerja yang paling sesuai dengan keadaan semasa. Di Malaysia, sebanyak 30 peratus sistem francais adalah terdiri daripada industri makanan dan minuman (F&B) dan kebanyakkannya beroperasi dengan konsep segera. Sumbangan industri F&B kepada Perbelanjaan Pengiklanan (Adex) adalah sebanyak RM100 juta atau 2.5 peratus daripada jumlah Adex di Malaysia iaitu kira-kira RM4.4 bilion. Situasi ini mencerminkan bahawa industri makanan segera ini mendatangkan pendapatan yang sangat lumayan kepada kerajaan dengan adanya cukai kerajaan sebanyak 5%. Ini bermakna setiap pembelian makanan segera oleh pengguna bukan sahaja untuk membeli makanan segera tersebut tetapi juga untuk menampung cukai kerajaan. Dengan adanya bilangan restoran makanan segera yang banyak serta kitaran pelanggan sebanyak 7 hingga 12 orang setiap masa dapat menjana pendapatan negara.
Bukan itu sahaja, industri makanan segera juga perlu membayar banyak lagi cukai kepada kerajaan termasuklah cukai tanah, cukai pendapatan dan sebagainya. Maka, boleh dikatakan selain daripada industri pelancongan, perindustrian, dan pertanian, industri makanan segera juga perlu ditekankan kerana permintaan masyarakat terhadap makanan segera semakin meningkat. Cukai-cukai yang di bayar tersebut telah membantu pendapatan negara meningkat.
Restoran McDonald's yang pada masa ini telah mempunyai lebih dari 20,000 restoran di seluruh dunia, yang menggunakan sistem francais untuk mengembangkan perniagaannya di mana 85% daripada jumlah restorannya adalah diuruskan secara francais. Mengikut kajian European Franchising, Progress & Prospects 1998, terdapat 3,838 sistem francais di 13 buah negara Eropah dengan bilangan outlet francais sebanyak 167,432 buah. John Naisbitt, pengarang Megatrends pula mengatakan sistem francais adalah satu-satunya konsep pemasaran yang paling berjaya. Tuntasnya, sistem francais ini sekaligus menaikkan ekonomi negara.
Di samping itu juga, industri makanan segera ini tidak terhad kepada produk dari luar negara sahaja, malah produk tempatan yang di hasilkan turut membantu ekonomi negara, misalnya dari segi peningkatan eksport barang makanan ke luar negara. Pengekspotan bahan makanan hasil produk tempatan seperti KUNITA contohnya telah menembusi ke pasaran luar dengan menjual hasil produk makanan ringan ke Dubai dan Singapura. Melalui pengekspotan makanan tersebut, negara akhirnya dapat menikmati hasil daripada jualan tersebut dan turut membantu dalam pengaliran maksud mata wang asing ke dalam negara. Lantas, negara juga dapat di perkenalkan di seluruh dunia apabila produk tempatan ini di hasilkan dan menaikkan nama Malaysia dan ekonominya setaraf dengan negara-negara maju yang lain.
Tuntasnya, industri makanan segera ini banyak memberi impak terhadap ekonomi negara. Walaupun makanan segera ini di katakan lebih membawa banyak keburukan dengan pengambilannya yang tidak di kawal. Namun begitu, kewujudannya membantu negara meningkatkan pendapatan dan ekonomi negara menjadi lebih terkawal.

TAJUK  3

PENGAMBILAN MAKANAN TAMBAHAN (VITAMIN & BERTONIK)
Kenapa kita memerlukan makanan tambahan

VITAMIN DAN KESIHATAN : SIAPA PATUT MENGAMBIL MAKANAN TAMBAHAN DAN MENGAPA ?
Oleh : Marcell Pick, OB/GYN NP
Terjemahan oleh Dr. Rushdan

Hampir semua orang mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit kronik seperti penyakit jantung, penyakit diabetes (kencing manis) atau kanser. Anda tentu merasa bimbang kalau-kalau anda ada membawa gen atau baka yang menyebabkan anda juga berisiko menghidap penyakit yang sama . Kajian sains yang terkini telah menunjukkan bahawa terdapat cukup bukti untuk mengatakan bahawa sebenarnya anda boleh melakukan sesuatu untuk mengelak dari penyakit2 ini walaupun anda mempunyai faktor2 risikonya dan ianya bermula dengan pemakanan ataupun nutrisi. Dengan pengambilan nutrisi yang optima termasuk makanan tambahan (dietary supplement), anda boleh menjalani kehidupan ini dengan lebih baik dan tidak mengalami masalah kesihatan yang serius kemudian hari.
Kebelakangan ini banyak diperkatakan mengenai samada perlu kita mengambil makanan tambahan termasuk multivitamin dan mineral, samada pengambilannya akan memberi kesan yang baik ataupun sebaliknya. 50% dari penduduk Amerika mengambil makanan tambahan dan ini telah menggerakkan Institut Kesihatan Kebangsaan ( National Institute of Health USA) mengambil keputusan untuk menubuhkan panel yang akan mengeluarkan konsensus samada amalan pengambilan makanan tambahan ini selamat dan berkesan untuk melawan penyakit kronik.
Apabila kita berbincang tentang perkara seumpama ini, pasti akan wujud dua pihak yang berbeza pendapat. Tetapi berdasarkan pengalaman klinikal saya, pengambilan multivitamin dan mineral yang telah dikeluarkan oleh syarikat ternama tidak akan memudaratkan anda, malah ia boleh memberi banyak kebaikan. Di dalam amalan saya secara peribadi, saya dapat melihat dengan jelas kebaikan mengambil makanan tambahan oleh pesakit saya, keluarga dan juga rakan-rakan saya.
Jadi mengapa masih ramai lagi yang belum sedar peri mustahaknya pengambilan vitamin? Vitamin apa yang perlu anda ambil ? Mengapakan banyak syarikat ubatan dan doktor yang menentang pengambilan makanan tambahan? Mengapakah berlaku perdebatan yang berterusan tentang keselamatan mengambil vitamin ?
Mari kita kaji persoalan-persoalan ini berdasarkan kepada kajian2 terkini jadi kita mendapat maklumat yang lebih jelas.
Jika anda membaca kenyataan “state-of-the-science statement” yang dibuat oleh panel NIH (National Institute of Health), anda dapati pendapat mereka adalah “inconclusive” ataupun tidak dapat dibuat kesimpulan yang kukuh. Akhbar dan individu2 tertentu menilai kenyataan ini sebagai tidak cukup bukti untuk mengesyorkan pengambilan multivitamin kepada orang ramai. Pada hal ahli panel NIH tidak langsung mengeluarkan kenyataan itu, malah mereka tidak menghalang pengambilan makanan tambahan dan tidak ada bukti yang mengatakan pengambilan makanan tambahan boleh memudharatkan.
Kita telah menggunakan makanan tambahan dan pengubahsuaian menu makan sebagai terapi perubatan semenjak lebih 20 tahun lagi. Pada hari ini, kita mengesyorkan setiap orang mengambil vitamin yang mengandungi kandungan yang selamat dan mencukupi dari syarikat2 yang berwibawa. Jadi mari kita bincang mengenai apakah pendirian kita bila bercakap mengenai makanan tambahan dan bagaimana dapat kita menjawab soalan yang berkait dengan kontroversi pengambilan vitamin.
HUBUNGAN DI ANTARA NUTRISI DAN PENYAKIT KRONIK
Cerita mengenai peningkatan bilangan penyakit kronik pada masa ini merupakan salah satu yang hangat diperkatakan. Pada hari ini 70% dari penduduk Amerika mati disebabkan oleh komplikasi dari penyakit kronik seperti penyakit jantung, penyakit kanser, obesiti, diabetes, depression (tekanan perasaan), penyakit metabolik dan penyakit sistem penghadaman (termasuk heartburn dan acid reflux), rheumatoid arthritis (sakit sendi), fibroids dan osteoporosis.
Mengapakan berlaku peningkatan mendadak penyakit-penyakit kronik ini ? Jelas sekali di antara sebab-sebabnya adalah kita sekarang mempunyai jangka hayat yang lebih panjang, hidup di dalam stress, kedua-duanya memberi sumbangan kepada penyakit degeneratif. Dan cuma baru-baru ini sahaja kita mula sedar akan pentingnya nutrisi.
Kaedah rawatan konventional menggunakan ubat-ubatan yang sangat mahal dihasilkan oleh syarikat2 farmakeutikal, kaedah-kaedah ini lebih memberi kelegaan sementara dari kesakitan dan rasa tidak selesa. Ianya sebenarnya tidak merawat punca masalah, malah kadangkalanya membawa lebih banyak masalah di kemudian hari contohnya pengambilan ubat antiinflamasi atau steroid jangka panjang yang menyebabkan gastritis (sakit perut), sakit sendi , diabetes dan lain-lain. Ini disebabkan kaedah rawatan konventional memberi tumpuan kepada penyaringan penyakit ( disease screening) dan rawatan ubat-ubatan – ia sering menafikan pendekatan yang lebih berkesan untuk mencegah penyakit iaitu melalui nutrisi.
Apakah pula peranan yang dimainkan oleh faktor genetik (baka) di dalam penyebab kepada penyakit kronik? Pada pandangan kami, genetik jarang menentukan secara mutlak seseorang itu untuk menghidap penyakit. Seringkali faktor genetik memerlukan faktor lain (faktor sampingan) termasuk pemakanan bagi menyebabkan ujudnya penyakit. Malah faktor nutrisi ini dikatakan di antara faktor2 sampingan yang sangat berpengaruh. Jadi faktor genetik sahaja mungkin belum cukup kuat untuk menyebabkan berlakunya penyakit.
Ramai di kalangan pesakit kami terkejut apabila mendapati banyak penyakit yang mereka hadapi sebenarnya boleh dikaitkan dengan kekurangan beberapa unsur bahan nutrisi. Nutrisi mempunyai pengaruh ke atas sistem pertahanan badan, fungsi organ, keseimbangan hormon dan metabolisma sel. Kekurangan bahan nutrisi akan berlaku dahulu sebelum timbul gejala2 yang kemudiannya berlakulah penyakit.

MULTIVITAMIN DAN KESEIMBANGAN HORMON
Badan kita memerlukan mikronutrin yang digunakan untuk membentuk hormon-hormon dari molekul yang kecil. Kita hampir tidak mungkin untuk mendapat keseimbangan hormon jika tanpa faktor mikronutrin ini. Kita umpamakan keseimbangan hormon ini seperti sebuah simfoni di dalam badan yang dihasilkan melalui permainan alat-alat musik okestra untuk menghasilkan kesihatan. Apabila seorang dari pemain alat musik ini tidak ada, simfoni yang dihasilkan itu akan menjadi cacat dan anda berasa tidak sihat.
Ingat, hormon badan kita akan naik dan turun mengikut keadaan. Tahap hormon kortisol dan adrenalin akan turun naik jika kita di dalam keadaan stres atau sebaliknya. Tahap hormon insulin yang stabil adalah penting untuk hormon2 badan berkomunikasi. Apabila bahan nutrin adalah rendah ataupun tiada, keseimbangan ini akan terganggu.

MENGAPA PEMAKANAN BIASA TIDAK MENCUKUPI
Di Amerika, pengambilan makanan dianggap mencukupi tetapi penyakit kronik sangat tinggi, ini adalah gambaran bahawa kuantiti sahaja tidak mencukupi jika kualiti makanan itu tidak dijaga. Malah kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa sememangnya makanan yang diambil itu tidak mengandungi cukup nilai-nilai tinggi bahan nutrisi seperti vitamin dan mineral. Inilah punca meningkatnya penyakit kronik. Kita juga dapat melihat berlakunya peningkatan penyakit-penyakit kronik di kalangan mereka yang lebih muda. Contohnya penyakit diabetes dan darah tinggi yang mula dihidapi oleh anak2 muda….ini banyak dikaitkan dengan meningkatan rintangan hormon insulin (“insulin resistance”) yang disebabkan oleh makanan moden hari ini.
Ramai di kalangan kita tidak mengambil makanan yang mempunyai nilai nutrisi mencukupi. Kita mengambil makanan yang “bukan bahan makanan” ….makanan segera, makanan yang diproses berlebihan, makanan yang tinggi gula , karbohidrat , bahan pengawit dan kuantiti lemak tepu yang tinggi. Kita mengambil banyak bahan peransang yang mengganggu keupayaan sistem penghadaman kita menyerap vitamin dan mineral.
Sebab-sebab lain adalah, kaedah penangkapan ikan dan perladangan/pertanian kita telah berubah secara drastik (mendadak). Pada masa lalu, hasil tuaian adalah dari bahan nutrin asli yang diperolehi dari tanah yang tidak tercemar dan jika ikan pula diperolehi dari laut yang bersih, tanpa keracunan dan kontaminasi. Sekarang kita menggunakan racun serangga, baja inorganik dan air yang tercemar untuk menghasilkan tanaman yang tumbuh cepat dan dapat dituai dengan pantas. Kaedah ini berjaya menghasilkan tanaman yang besar2, berwarna-warni tetapi kekurangan nilai nutrisi/pemakanan, malah ia mungkin boleh memudharatkan…tidak kurang juga yang sudah kehilangan rasa yang enak.
Kajian telah menunjukkan bahawa, tanaman yang dihasilkan secara organik bukan sahaja bebas dari bahan toksin yang tidak diperlukan oleh badan kita, tetapi ianya juga mengandungi bahan mikronutrin (vitamin, mineral etc) yang berkualiti tinggi. Sebagai contoh, penggunaan baja organofosfat secara rutin selama lebih 50 tahun telah menyebabkan kurang kandungan kalsium di dalam sayuran brakoli yang di tanam secara konventional. Pengurangan kandungan kalsium ini dikatakan kurang sehingga tinggal satu per-enam dari kandungan asal semasa tahun 1950 an. Walau bagaimanapun selagi masyarakat kita meletakkan wang sebagai tumpuan utama, kita perlu membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan bahan2 makanan organik ini yang tentu sekali mampu dimiliki oleh segelintir orang. Dengan keadaan ini, pengambilan makanan tambahan nampaknya satu alternatif yang baik.
Kita juga mengimpot makanan dari tempat yang jauh, jadi makanan ini perlu menjalani berbagai-bagai proses seperti pembungkusan, pembalutan, semburan bahan kimia untuk mencegahnya dari menjadi busuk dan layu.
Faktor yang seterusnya adalah amalan mengurangkan berat badan melalui pemakanan. Hampir separuh dari penduduk Amerika sedang mengamalkan salah satu kaedah mengurangkan berat badan. Banyak kaedah-kaedah ini “merompak” bahan nutrin yang diperlukan oleh badan. Dan pemakanan yang bersifat yo-yo yakni kurang berat badan dan naik berat badan yang berlaku berulang-ulang kali secara bergilir2 akan meningkatkan tekanan atau stres kepada badan kita.
KAITAN DI ANTARA STES DAN NUTRISI
Di atas kaedah pemakanan yang mengelirukan, badan kita mungkin akan mengalami stres yang di luar kawalan. Stres yang dialami ini bukan sahaja dari aspek fizikal tetapi juga emosi dan psikologikal.
Mari kita mulakan dengan isu alam sekitar. Bahan kimia toksik, pencemaran udara, radiasi, polimer tiruan, hormon di dalam daging serta susu, racun serangga dan klorin di dalam air minuman adalah di antara banyak lagi akibat kerakusan manusia di dalam mencemarkan alam sekitar. Hamburger di dalam makanan segera didapati mengandungi racun serangga. Malah dengan memasukkan makanan yang disimpan di dalam bekas plastik ke dalam ketuhar gelombang mikro boleh menukar makanan kita kepada toksin. Daripada apa-apa sumber sekalipun, bahan-bahan kimia ini akan memberi tekanan kepada organ hati untuk menyahtoksikkan bahan2 ini. Proses menyahtoksikkan (detoxifying) ini akan menggunakan beberapa bahan nutrin penting yang disimpan.
Kita juga sering mengalami stres semasa menjalani kehidupan harian….stres dari anak2, pasangan kita, tempat kerja, rakan, ibubapa dan lain2. Stres dikatakan boleh mengurangkan simpanan bahan-bahan nutrin dan juga sistem pertahanan badan. Stres meningkatkan kandungan hormon kortisol, dan tahap kortisol yang sentiasa tinggi boleh memudharatkan badan dan otak.
Jadi stres boleh menambahkan kesan buruk yang dibawa oleh pengambilan makanan yang tidak sihat terutamanya makanan yang diamalkan oleh orang2 Barat. Jika kekurangan zat makanan berlaku secara mendadak, kita akan mengalami sakit dengan cepat. Tapi seringkali kekurangan zat makanan akan memudharatkan badan kita secara perlahan-lahan, sedikit demi sedikit. Akhirnya kita akan mula menunjukkan tanda2 proses ketuaan yang lebih cepat dan menghidapi penyakit kronik. Masalah kita akan kekal malah boleh menjadi semakin parah sehingga kita mengamalkan pengambilan bahan nutrin yang mencukupi. Inilah sebabnya mengapa pengambilan makanan tambahan boleh memberi impak yang positif ke atas kehidupan kita.

FUNGSI AMALAN PENGAMBILAN MAKANAN TAMBAHAN
Kajian yang dilakukan pada tahun 2002 yang diterbitkan oleh Journal of The American Medical Association menyatakan bahawa kekurangan sesuatu vitamin adalah faktor risiko kepada berlakunya penyakit kronik dan ini adalah sesuatu fenomena yang sering berlaku ke atas masyarakat kita. Laporan itu selanjutnya mengatakan bahawa kebanyakan orang ramai tidak mengambil kuantiti vitamin yang mencukupi di dalam makanan mereka. Ini menunjukkan betapa amalan pengambilan makanan tambahan adalah sesuatu yang tidak boleh diketepikan kepentingannya.
kenapa-kita-memerlukan-makanan-tambahan
PENGAMBILAN makanan tambahan (supplement) seakan-akan sudah menjadi gaya hidup kebanyakan wanita moden hari ini. Sama ada dalam bentuk pil, kapsul, tablet, serbuk, cecair, semua berasaskan sebab yang sama, demi kecergasan atau kecantikan tubuh badan. Bukan sesuatu yang mustahil untuk melihat seseorang wanita itu mengambil puluhan jenis tablet pada setiap pagi.
Jika di Amerika, pemakanan tambahan mengikut definisi Akta Diet Kesihatan Tambahan dan Pendidikan (DSHEA) 1994 menjelaskan makanan tambahan kesihatan seharusnya mengandungi vitamin, mineral, makanan, botani, asid amino dan ia seharusnya bersifat memenuhi pengambilan biasa semua unsur itu.
Tetapi sejauh mana kepentingan pengambilan makanan tambahan begini kepada kita? Secara teorinya, jika anda mengamalkan pemakanan sihat dengan imbangan jadual pemakanan yang betul, cukup protein, lemak dan karbohidrat, anda tidak memerlukan makanan tambahan.
Seorang imunalogist yang ditemubual, Dr Chen Jau Fei, tidak lama dulu, pernah berkata, makanan tambahan hanya untuk mereka yang malas.
Katanya jika seseorang itu memiliki imbangan pemakanan yang betul, tiada alasan untuk mengambil makanan tambahan. Jauh bezanya antara makanan asal seperti sebiji oren dengan tablet yang sama khasiatnya.
Bagaimanapun katanya, dengan kepantasan hidup pada zaman ini, bukan sesuatu yang mustahil jika ramai daripada kita memilih mengambil makanan tambahan.
Apatah lagi memang anda seorang individu yang menjalani kehidupan serba pantas, hambatan kerjaya selain faktor sekeliling yang tidak mendorong kepada gaya pemakanan yang sihat, mungkin anda perlu memikirkan untuk mengambil makanan tambahan. Apatah lagi jika anda berhadapan dengan satu daripada senario ini.
1.Kerap berada dalam keadaan tertekan sama ada kerana kerja, keluarga dan perhubungan. Keadaan ini akan menyebabkan kelenjar adrenal anda berkerja ‘lebih masa’. Keadaan ini akan menyebabkan sakit kepala dan keletihan. Mungkin pengambilan vitamin B komplek, E dan C boleh membantu.
2. Sejarah keluarga yang berhadapan dengan ostreoprosis. Membekalkan tubuh anda dengan mineral yang tersimpan dalam tulang boleh menolong mencegah masalah ini. Apatah lagi bagi wanita yang kerap melahirkan anak, bayi bergantung bekalan kalsiumnya daripada ibu. Justeru pengambilan kalsium, magnesium dan vitamin D mungkin membantu anda menangani osteoprosis.
3. Anda kerap diserang selesema. Sistem imun anda mungkin rendah berbanding orang lain. Dalam keadaan ini tambahkan pengambilan vitamin C dan zink.
4. Jika anda merokok, anda memerlukan lebih vitamin C. Selain itu anda mungkin memerlukan kalsium, magnesium dan vitamin D, kerana merokok juga dikaitkan dengan osteoporosis, tetapi sebaik-baiknya berhentilah merokok.
5. Jika anda berhadapan dengan masalah hormon, anda mungkin memerlukan vitamin B6. tetapi jangan ambil dos yang banyak tanpa rujukan doktor.
6. Anda mengalami masalah tekanan darah rendah. Lebihkan pengambilan zat besi, vitamin C, asid foli dan vitamin B12 juga.
7. Gout- Mungkin anda perlu mengambil vitamin B5 (asid panthothenik)
8. Masalah jantung - Minyak ikan membantu menurunkan tahap kolesterol. Ia juga berfungsi sebagai agen mengurangkan bengkak atau radang. Jika anda tidak mendapat minyak zaitun dalam diet, mungkin anda perlu pertimbangkan mengambil makanan tambahan.
Apapun, adalah penting untuk mendapatkan makanan tambahan yang berkualiti dari segi vitamin dan mineralnya. Jika tidak pasti mungkin boleh merujuk kepada yang pakar seperti doktor.

TAJUK  4

KEPENTINGAN MENGEKALKAN BUDAYA WARISAN BANGSA

Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri. Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tetapi kini, warisan budaya tradisional negara kita smakin lenyap ditelan arus pemodenan.
Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, keuikan pakaian tradisional pelbagai kaum yang pelbagai bentuk potongan dan cara pemakaian serta berwarna-warni.
Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan.
Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut merayakan bersama-sama. Jiran tetangga dan sahabat handai saling mengunjungi. Kuih- muih bertukar pinggan. Kita saling menerima dan memberi. Ucapan “Selamat Hari Raya”, “Gong Xi Fa Cai” dan “Selamat Deepavali” keluar dari jiwa yang penuh keikhlasan. Semangat kekitaan ini akan mengeratkan siraturahim, seterusnya memupuk perpaduan.
Salah satu tarikan pelancongan ialah keunikan budaya tradisional kita, misalnya persembahan teater tradisional seperti bangsawan dan makyung dan tarian seperti kuda kepang dan gawai. Banyak pelancong mengunjungi Malaysia kerana ingin mendekati corak hidup dan kebudayaan kita. Ada yang tinggal bersama-sama kita dikampung untuk merasai kehidupan kita di samping menghayati kekayaam warisan bumi seperti keunikan dan keindahan pantai, landskap dan hutan Malaysia.. Tidak kurang pula yang merakamkan perkahwinan mereka mengikut adat resam Melayu. Jadi, budaya penting untuk mengembangkan pelancongan.
Budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun kita. Melalui budaya tradisional, kita mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan. Sebaliknya, kita akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini kita akan mendapat iktibar. Misalnya, tarian Portugis mengingatkan kita tentang kedatangan Portugis. Bangsawan yang banyak menceritakan tentang Kesultanan Melaka dan kejatuhannya juga mendatangkan pengajaran. Budaya kita yang murni juga merupakan benteng budaya. Dengan ini, rakyat kita tidak dihanyutkan oleh budaya Barat. Yang ada pada hari ini berpunca daripada yang silam. Jadi generasi muda harus mengenali asal usul sendiri.
Untuk mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti didedahkan kepada kekayaan warisan budaya negara. Kita boleh menganjurkan kempen, ceramah, wawancara serta pameran untuk menghidupkan warisan budaya. Dengan ini, rakyat kita akan lebih memahami budaya sendiri. Usaha kita menerapkan seni bina Melayu pada bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Muzium Negara, Bank Muamalat, dan bangunan lain perlu diperluas. Kemasukan budaya asing yang mampu menggugat kedudukan tradisi dan identiti negarajuga perlu disekat. Tempat dan bangunan bersejarah perlulah dikekalkan dan dipulihkan. Dengan ini, warisan budaya dapat diikuti dan dilihat sepanjang masa.
Warisan tradisional kita boleh disampaikan kepada generasi muda melalui latihan. Kumpulan makyung, wayang kulit, zapin, dan sebagainya boleh dijalankan melalui Rakan Seni Budaya. Sistem pendidikan juga boleh menyelitkan budaya tradisional sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah. Pertandingan berbalas pantun dan tarian tradisional akan mengembangkan budaya ini. Usaha ini memberikan peluang kepada mereka yang berminat untuk mengikutinya. Dengan ini, budaya kita akan terus berkembang. Persembahan ini juga akan membolehkan orang ramai mengenalinya dengan lebih dekat. Dengan ini, seni jiwa bangsa dapat dihayati kerana “tak kenaI maka tak cinta”.
Di samping itu, pameran artifak atau sejarah kebudayaan warisan pelbagai kaum di Malaysia haruslah digalakkan. Kini pengaruh media massa menyebabkan budaya tradisional kita kian dilupai. Sehubungan dengan itu, media massa tempatan perlu menyiarkan budaya kita dengan lebih kerap dan meluas. Misalnya, pameran kebudayaan tradisional boleh diadakan melalui Pesta Malaysia, Pesta Negeri, Muzium Negeri, dan sebagainya. Pihak media massa juga digalakkan mengadakan sudut seni budaya. Akhbar Berita Harian, yang merencanakan sudut budaya tentang masakan, pakaian, hiasan, kepercayaan, petua kesihatan, dan sebagainya, harus dipuji. Sudut budaya juga boleh dimasukkan dalam rancangan khas televisyen seperti “Malaysia Hari lni” dan “Selamat Pagi Malaysia”.
Janganlah kita biarkan kebudayaan kita hanya dapat ditonton di muzium, bak pepatah yang berbunyi “biar mati anak,jangan mati adat”. Oleh itu, usaha memupuk dan memelihara budaya ini tidak seharusnya dipandang enteng. Marilah kita bersama-sama memeliharanya supaya terus subur meredah zaman, tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan.


TAJUK  5

KEBURUKAN  DAN  KEBAIKAN  LAMAN  SOSIAL :

( Esei ditulis oleh Mastura a/p Baharim, 6 AO )

"Ramai  Pelajar Menghabiskan Masa Layari Laman Sosial", (BERNAMA), paparan berita ini jelas memperkatakan impak aplikasi laman sosial ( facebook, twitter, dan blog ), terhadap golongan remaja hari ini. Fenomena ini telah melahirkan kebimbangan masyarakat sebagaimana yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Ismail Kassim. Beliau melahirkan rasa bimbang dengan fenomena tersebut yang menunjukkan bahawa ramai pelajar di Negara ini menghabiskan masa melayari laman sosial tanpa kawalan dan mereka mendapatkan maklumat yang diragui daripadanya. Sungguhpun kewujudan laman sosial dilihat banyak memberian impak buruk kepada remaja, masyarakat, dan negara, namun kewujudan laman sosial juga banyak memberikan impak yang positif .

 

Antara impak positif aplikasi laman sosial ialah dapat memberikan keuntungan optimum kepada usahawan internet. Keuntungan perniagaan dapat  dijana oleh  usahawan melalui pemasaran secara online ( Blog Perniagaan dan Facebook Pengiklanan ) dengan lebih meluas tanpa sempadan. Produk-produk inovatif  seperti makanan kesihatan (herba), minuman isotonik, barangan kemas, perabot, pakaian, kenderaan , komputer, dan sebagainya dapat dipasarkan ke luar negara (Negara-negara ASEAN, Eropah dan Asia Barat ). Sebagai contoh kejayaan pemasaran online menggunakan blog dan facebook ialah perkhidmatan mesin terapi kesihatan yang dipopularkan oleh Syarikat Al-Jabar Sdn Bhd dengan mesinnya Dr Jism, serta produk makanan kesihatan seperti dBetes, Jus Mate5, dan sebagainya. Natijah penawaran perniagaan dan perkhidmatan melalui laman sosial  ini dapat membantu peningkatan ekonomi usahawan bumiputera sebanyak 30 %, ( Dasar Ekonomi Baru ) .

 

 

Selain itu, laman sosial turut boleh dijadikan sebagai alat perantaraan rakyat dengan pemimpin. Kebanyakan pemimpin mula berkomunikasi dengan rakyat melalui kemudahan blog dan facebook dalam menangani sesuatu isu, cadangan dan komentar. Keberkesanan medium laman sosial ini memudahkan pemimpin mengetahui  masalah rakyat dengan cepat , beramah mesra, menerima pandangan rakyat dan sebagainya. Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mempunyai blog dan facebook untuk beramah mesra dengan rakyat , contohnya mengajak orang ramai datang ke rumahnya untuk bersama-sama menonton perlawanan secara langsung perlawanan Manchester United dengan Manchester City . Tuntasnya, aplikasi laman social banyak mendatangkan kebaikan terutama sebagai medium komunikasi yang berkesan antara peminpin dengan rakyat sesuai untuk merelisasikan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ yang menjadi slogan kerajaan Malaysia pada masa ini.  (113 pp )

 

 

Penggunaan laman sosial juga dapat membantu pengguna mengisi masa lapang (bersantai) , untuk merehatkan fikiran dan melepaskan kepenatan bekerja. Sebagai individu yang terlalu sibuk dengan kerjaya kolar putih ( doktor, jurutera, arkitek, peguam ) , sudah tentu memiliki ruang waktu yang terhad untuk berehat. Mereka mengisi ruang masa yang terhad itu dengan melayari laman social untuk merehatkan fikiran, mengetahui perkembangan sosiobudaya, berkomunikasi dan sebagainya. Di samping itu, permainan video / maya yang terdapat di laman social ( Farmville ), juga boleh diaplikasikan semasa merehatkan minda. Tekanan atau stress impak bekerja dapat dikurangkan apabila laman social ini dimanfaatkan sepenuhnya dengan cara yang berhemah dan tepat. Konklusinya, pengisian masa lapang, merehatkan fikiran dan mengurangkan tekanan / stress dapat diperoleh melalui aplikasi laman sosial dengan berkesan.

( 115 pp )

 

TAJUK  6

PENGLIBATAN GOLONGAN REMAJA DALAM MASALAH JUVANA


1.    Mengikut perundangan juvana, orang muda dan remaja membawa maksud yangsama, iaitu seseorang yang berumur antara 10 hingga 18 tahun dan bolehdiiktiraf sebagai mengetahui akibat perlakuan "tanggungjawab jenayah".

2.  Penglibatan remaja dalam kes juvana dilaporkan dalam tempoh dua tahun1997-1998, 685 kes, bulan Januari-Mei 1999, 121 kes. Manakala jumlahtangkapan terhadap golongan remaja bagi tempoh 1997 hingga bulan Mei 1999sebanyak 1354 orang. Perangkaan yang ada menunjukkan bahawa penglibatanremaja dalam jenayah yang membabitkan peringkat umur 16 hingga 18 tahunadalah yang paling tinggi bagi tempoh tahun 1997 (326 orang), manakala padatahun 1998 (439 orang), dan antara bulan Januari hingga Mei 1999 (160 orang).

3.    Kesalahan jenayah yang amat ketara dilakukan oleh golongan remaja ialahkesalahan yang melibatkan jenayah harta benda (80 peratus), misalnya mencurikenderaan, terutama motosikal (Seksyen 379A). Jumlah keseluruhan tangkapandalam kes ini, 113 kes (1997), 142 kes (1998), 37 kes (Jan.-Mei 1999). Terdapatpeningkatan yang tinggi dalam kes ini. Adakalanya remaja yang pernahtertangkap mengulang melakukan jenayah yang sama.

4.     Keseluruhan tangkapan yang dilakukan ke atas golongan remaja yangmelibatkan kes kecurian kenderaan bagi tempoh 1997 hingga Mei 1999 adalahsebanyak 447 orang. Dari segi perbandingan, pada tahun 1997 kes siasatan yangdijalankan berjumlah 269, manakala tangkapan yang dapat dibuat pulaberjumlah 463 orang; pada tahun 1998, jumlah kes siasatan adalah 416,manakalah jumlah tangkapan 660 orang. Terdapat peningkatan sebanyak 147kes siasatan, 54.6 peratus.

5.       Kecurian motosikal melibatkan pelajar sekolah dari tingkatan satu hinggaempat. Sesetengah mereka mencuri untuk main-main sahaja, sesetengahnyamemang untuk mendapatkan lebih wang saku dengan menjual bahagian-bahagian motosikal. Perbuatan ini semakin lama membudaya dalam hidupmereka. Oleh sebab itulah ada antara mereka yang sudah tertangkap,melakukan jenayah ini lagi setelah dibebaskan atau setelah dijamin oleh ibu bapa.

6.   Ibu bapa memainkan peranan yang utama dalam menentukan corak kehidupananak-anak. Ibu bapa mesti bersikap tegas mengawal disiplin anak. Baru-baru iniberlaku peristiwa dua kumpulan pelajar semasa makan-makan di medan seleradi kawasan Jalan Kelang Lama bergaduh sehingga meragut nyawa dua orangpelajar daripada satu kumpulan. Apabila disiasat puncanya cuma keranatindakan ejek-mengejek antara satu kumpulan dengan kumpulan yang laindisebabkan kehadiran perempuan. . Didapati salah satu kumpulan meminta bantuan samseng. Dalam siasatan lanjut terhadap gadis-gadis yang ada bersama-sama sehingga pukul dua hingga tiga pagi, Ibu bapa mereka sendiri memberi kebenaran kepada mereka berada di luar rumah pada tempoh waktuitu.

7.    Pada awal tahun ini berlaku kematian seorang pelajar. Apabila dibuattangkapan didapati pelajar tingkatan 4 terlibat dalam kejadian ini, anak-anaksekolah yang masih berkeliaran di luar rumah meskipun sudah pukul 2.30pagi.Ibu bapa perlu mendisiplinkan anak kita berada di rumah pada pukul 11malam, misalnya, kalau masih bersekolah. Persatuan Ibu Bapa dan Guru jugaboleh memainkan peranan memberi panduan kepada ibu bapa dalam mengatur pendidikan anak di luar sekolah. Kawalan disiplin di sekolah berasrama boleh dijadikan panduan. Peraturan sekolah mengawal waktu pelajarnya, belajar,berehat, mengulang kaji, bersembahyang, dan tidur boleh digunakan oleh ibubapa. Mereka tidak dibenarkan langsung ke mana-mana.Ibu bapa perlu mendapatkan panduan bagaimana memantau anak mereka yang masihbersekolah. Ibu bapa mesti peka dan mengambil berat tentang perkembangan sosial anak. Dengan cara ini kadar jenayah akan dapat dikurangkan.

8.       Pergaduhan kecil-kecilan antara pelajar yang melibatkan kaum yang berbezaditangani oleh pentadbiran sekolah. Tentang pergaduhan antara pelajar darisekolah yang berlainan ada juga berlaku, dan polis dapat diatasi denganmengadakan pemuafakatan dengan ibu bapa dan pihak sekolah. Kes yangdisebut tadi hingga melibatkan kematian, yang pertama pergaduhan sesamapelajar Cina, manakala yang kedua adalah antara pelajar Melayu. Sebenarnyapergaduhan berlaku bukan disebabkan kaum.

9.   Sekarang pihak polis mengambil tindakan untuk mengadakan Kelab PendidikanJenayah di sekolah untuk mendidik anak-anak sekolah dari peringkat usia yangmasih muda supaya menghormati orang dan tidak melibatkan diri dengan jenayah.

ANALISIS MASALAH REMAJA
Beberapa masalah yang melanda remaja masa kini boleh dikenal pasti dengan mudahdaripada masalah yang kecil hingga kepada masalah yang besar dan yang sukar ditangani.Secara amnya masalah ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

MASALAH DISIPLIN
Masalah yang dihadapi oleh remaja ketika di bangku sekolah seperti:
·         Ponteng
·         Merokok
·         Vandalisme@ Pugut

MASALAH PERGAULAN
Masalah yang melibatkan pergaulan dihadapi oleh remaja pada semua peringkatsama ada di bangku sekolah mahupun di luar sekolah. Contoh masalah pergaulanialah:
·         Gangsterisme
·         Lepak
·         Pergaulan Bebas
·         Permaian Video dan Mesin Slot Haram
·         Bahan Lucah

MASALAH JENAYAH
Masalah jenayah juga dihadapi oleh remaja pada semua peringkat dan kategori inimelibatkan jenayah yang berat dengan hukuman yang lebih berat seperti:
·         Peras Ugut
·         Pukul
·         Curi
·         Rogol
·         Bunuh

PONTENG
CONTOH : Ponteng sekolah: tidak hadir ke sekolahPonteng kelas: tidak mengikuti sesi pembelajaran walaupun hadir kesekolah . Ponteng perhimpunan, sembahyang dan kuliah
SEBAB : Sikap pelajar yang tidak mengambil berat terhadap pelajaran Merasakan pelajaran itu susah dan membosankan . Perkara lain lebih seronok untuk dilakukan selain belajar .
KESAN : Kemunduran di dalam pelajaran.Terdedah kepada pengaruh luar sekolah dan jenayah
CARA MENGATASI : Ibu bapa memberi perhatian terhadap prestasi pelajaran anaknya.Ibu bapa seharusnya mendengar dan menyiasat maklumat yangdimaklumkan oleh pihak sekolah mengenai anaknya.Kerjasama masyarakat dalam memaklumkan pihak ibu bapa dansekolah sekiranya terjumpa pelajar yang ponteng. Kaunseling bagi remaja yang ponteng.

MEROKOK :
CONTOH : Membawa rokok ke sekolah.Mencuri-curi menghisap rokok di dalam kawasan sekolah. Menghisap rokok di luar kawasan sekolah.
SEBAB : Ingin kelihatan 'kool' dan lebih dewasa.Terpengaruh dengan rakan sebaya dan lebih dewasa. Ingin mencuba sesuatu yang baru.
KESAN : Wang saku yang dibekalkan ibu bapa digunakan untuk membelirokok.Rakan yang tidak merokok dijadikan mangsa untuk membawa rokokke sekolah.Remaja mula memeras ugut pelajar lain bagi mendapatkan wanguntuk membeli rokok. Kesan dalaman yang lebih bahaya ialah barah paru-paru.
CARA MENGATASI : Menyedarkan remaja mengenai bahaya merokok menerusi kaunseling dan ceramah.Mengadakan kempen anti-rokok di peringkat sekolah. Ibubapa tidak seharusnya memberi wang saku yang berlebihan.

VANDALISME @ PUGUT
CONTOH : Mengoyakkan buku-buku teks dan perpustakaan.Menconteng dinding bangunan, bas dan tempat-tempat awam.Merosakan bangku, meja, telefon dan pondok telefon awam, tandasawam, papan tanda dan lain-lain lagi. Memecahkan tingkap dan pintu sekolah.
SEBAB : Golongan remaja yang terlibat mempunyai konsep kendiri atau 'self esteem' yang rendah.Ingin mendapatkan perhatian daripada sesiapa jua kerana merasakan dirinya terbiar. Melepaskan perasaan marah dan geram akibat tertekan.
KESAN : Banyak harta benda sekolah dan awam musnah. Menyusahkan pengguna-pengguna lain. Mencemar persekitaran dengan grafiti yang biasanya menggunakankata-kata kesat dan lucah.
CARA MENGATASI : Mengenal pasti pelajar yang sering memberontak di dalam kelas.Ibu bapa dan guru perlu meluangkan masa untuk berbual dan bertanya masalah dengan remaja agar mereka merasakan diri mereka dihargai.Memberi kesedaran menerusi kaunseling mengenai kepentingan menjaga harta benda sama ada harta benda sendiri mahupun harta  benda awam.

GANGSTERISME :
CONTOH : Kumpulan samseng sama ada di kalangan remaja lelaki atau perempuan.
SEBAB : Kurang mendapat perhatian dan kasih sayang menyebabkan remajamencari tempat untuk meluahkan perasaan.Remaja mudah terpengaruh dengan rakan ebaya.Sikap suka membuli orang lain. Tidak senang dengan kesenangan orang lain.
KESAN : Remaja memiliki sifat-sifat negatif. Remaja terpesong pegangan hidup. Pemikiran remaja dipenuhi keburukan.Menimbulkan pergaduhan. Berlakunya peras ugut.
CARA MENGATASI : Pihak sekolah handaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti polis.Masyarakat setempat juga perlu memainkan peranannya kerana kegiatan gangsterisme ini menular dalam masyarakat bukan sahajadi sekolah. Ibubapa perlu mengambil berat mengenai pergaulan anak-anakmereka. Perubahan tingkah laku biasanya menunjukkan anak-anak terlibat di dalam sesuatu yang tidak diingini. Melatih anak-anak dari kecil untuk menghormati dan menghargaiorang lain.

LEPAK :
CONTOH : Menghabiskan dan membazir masa di kompleks-komples beli-belah.
SEBAB : Bosan terhadap pelajaran.Kurang mendapat perhatian guru.Pengaruh persekitaran dan pergaulan. Sikap tidak mengambil berat dan tidak bertanggungjawab terhadap dirisendiri.
KESAN : Pembaziran masa dan wang kepada perkara-perkara yang tidakmendatangkan faedah.Memudahkan lagi remaja terjebak dengan gejala sosial yang lebihburuk kerana pengaruh rakan-rakan lepak mereka. Melahirkan generasi yang tidak bertanggungjawab dan akhirnya akanmenjatuhkan martabat negara.
CARA MENGATASI : Ketahui masalah remaja melepak dan fahami perasaannya.Memberi galakan dan semangat untuk membentuk nilai-nilai positif dalam diri. Menasihati remaja melalui forum, seminar disiplin dan media massayang berkesan contohnya internet.

PERGAULAN BEBAS :
CONTOH : Mengunjungi pusat-pusat hiburan seperti pawagam, disko dan lain-lain lagi. Keluar mengikut sesiapa sahaja kenalan mereka tanpa mengira lelakiatau perempuan.
SEBAB : Tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu bapa dirumah.Ibu bapa tidak prihatin terhadap pergaulan anaknya dan membiarkanmereka keluar dengan sesiapa sahaja.Mencari tempat untuk mendapatkan kasih sayang.Terpengaruh dengan budaya barat.
Ingin mendapatkan keseronokan bersama rakan-rakan.
KESAN : Pergaulan bebas membawa kepada hubungan seks rambang.Berlakunya kes-kes remaja perempuan mengandung di luar nikah.Berlakunya gejala bohsia.Berlakunya kes pembuangan bayi. Melarikan diri dari rumah.
CARA MENGATASI : Ibu bapa harus mengambil berat tentang pergaulan anak-anakmereka.Sekali-sekala ibu bapa perlu menyiasat apakah yang dilakukan olehanak mereka semasa berada di luar rumah.Terangkan kepada anak-anak atau pelajar-pelajar mengenaikeburukan dan akibat pergaulan bebas menerusi kaunseling dan ceramah. Terangkan kepada mereka mengenai keburukan seks rambang dan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh aktiviti seksual seperti AIDS.

PERMAINAN VIDEO & MESIN SLOT HARAM :
CONTOH : Permainan komputer di pusat Kafe Siber. Mesin-mesin judi atau komputer yang diubahsuai bagi tujuan perjudian.
SEBAB : Ketagihan dengan keseronokan bermain permainan video.Bosan di rumah dan ingin mencari keseronokan. Pengaruh rakan sebaya.
KESAN : Menjejaskan prestasi pelajaranTerjebak dalam jenayah mencuriMelupakan tanggungjawab sebagai pelajar Lalai dengan keseronokan dunia
CARA MENGATASI : Tidak membenarkan remaja di bawah umur masuk ke pusat-pusatpermainan videoRampasan 'chip' yang terdapat di dalam mesin oleh pihak yangberkuasaTidak membenarkan pengusaha Kafe Siber memuatkan permainanvideo di komputer.Ibu bapa menjadi contoh yang baik untuk anak-anak.

PERAS UGUT :
CONTOH : Meminta wang daripada pelajar yang lemah kononnya sebagai wang perlindungan.
SEBAB : Wujud akibat dari melibatkan diri di dalam gangsterisme.Memeras ugut kenara handak mendapatkan wang bagi membelirokok, dadah dan lain-lain.Sikap suka membuli pelajar lain.
Merasakan pelajaran itu susah dan membosankan.
KESAN : Menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolahBoleh menyebabkan pergaduhan.
Pelajar yang diugut mungkin akan dibelasah sekiranya engganmemberikan wang.
CARA MENGATASI : Gangsterisme perlu dibanteras dari peringkat awal.Siasat sebab-sebab anak-anak takut hendak ke sekolah.Ibu bapa dan pihak sekolah perlu bekerjasama.

PUKUL :
CONTOH : Memukul atau membelasah beramai-ramai
SEBAB : Mungkin timbul kerana rasa dendamPerasaan cemburu atau kecewa dengan asmara juga membawakepada kes ini.Gagal mendapatkan sesuatu yang diminta daripada pelajar yang diperas ugut. Sikap suka menunjuk pada setengah-setengah remaja.
KESAN : Pelajar yang dipukul mengalami kecederaan teruk.Kadang kala mangsa yang dipukul boleh menemui ajal.Ibu  bapa terpaksa menukarkan mangsa yang dipukul ke sekolah lain bagi mengelakkan kejadian berulang.
CARA MENGATASI : Aktiviti samseng atau gangsterisme perlu di banteras. Pelajar yang suka berkumpul sesama sendiri dan jauh dari pelajar lain perlu diberi perhatian.

CURI :
CONTOH : Pelajar mencuri beg tangan guru di sekolah. Terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal.
SEBAB : Sebab utama remaja mencuri adalah untuk mendapatkan wang bagimembayar hutang atau untuk membeli rokok atau dadah. Kekurangan wang disebabkan kesempitan hidup seperti kemiskinan.
KESAN : Menyusahkan mangsa.Menimbulkan rasa benci dan dendam di hati mangsa terhadap si pencuri. Remaja yang mencuri akan terus dianggap bahaya dan disisih oleh masyarakat. Akhirnya mencuri menjadi tabiat atau habit mereka.
CARA MENGATASI : Sebab-sebab remaja mencuri perlu dikenal pasti dan langkah-langkahperlu diambil bagi menghapuskan punca-punca tersebut. Sekiranya yang mencuri adalah seorang pelajar yang miskin, dapatkan bantuan kewangan untuknya dan berikan tunjuk ajar bagaimanahendak berbelanja secara berjimat cermat.

ROGOL :
CONTOH : Dua pelajar cabul kehormatan kanak-kanak berusia 4 tahun
SEBAB : Keruntuhan akhlak dan tidak dapat megawal nafsu.Sikap suka menggoda pada setengah-setengah remaja perempuanjuga membawa kepada masalah ini.Cabaran daripada teman atau rakan sebaya.Pengaruh media massa dan bahan-bahan lucah. Akibat dari pergaulan bebas.
KESAN  : Menimbulkan kesan yang buruk ke atas mangsa sama ada dari segifizikal mahupun mental.Mangsa yang tidak berpendirian tetap atau tidak menghiraukan dirisendiri mungkin terjebak ke dalam gejala bohsia.Pembuangan bayi menjadi-jadi.Perogol mungkin akan mengulangi perbuatannya ke atas mangsa lain. Pembunuhan ke atas mangsa.
CARA MENGATASI : Ibu bapa memberi didikan agama yang secukupnya.membentuk harga diri remaja melalui aktiviti kokurikulum. Mengadakan ceramah kerohanian untuk mencari arah yang betul dalamkehidupan.


BUNUH  :
CONTOH : Menikam pelajar lain, Memukul pelajar lain sehingga maut
SEBAB : Salah satu aktiviti kumpulan samseng atau gangsterismePerasaan dendam dan cemburu Kecewa dalam asmara
KESAN : Amat memilukan dan menyedihkan bagi keluarga mangsa. Menimbulkan budaya takut di kalangan pelajar lain.
CARA MENGATASI : Masalah gangsterisme perlu dibanteras. Hukuman berat perlu dilaksanakan walaupun yang terlibat hanya berusia belasan tahun.

Isu 2. FENOMENA KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA: TREND, PUNCA DAN PENYELESAIAN

PENDAHULUAN :
Remaja selalu menjadi fokus perbincangan para cendikiawan, penggubal dasar dan anggotamasyarakat umum terutama sekali apabila berkaitan dengan isu-isu permasalahan sosial.Perhatian seumpama ini menjadi lebih ketara sejak kebelakangan ini kerana banyak masalahsosial telah dikaitkan dengan gaya hidup dan perilaku para remaja. Artikel ini akan menumpukanperbincangan kepada fenomena keruntuhan akhlak remaja dari sudut trend gejala sosial ini,punca dan strategi penyelesaiannya.

MENTAKRIFKAN REMAJA :
Siapakah Remaja? Rata-rata, mengikut takrifan dalam pelbagai kamus, remaja membawamaksud seseorang yang mulai dewasa, sudah akil baligh atau muda. Dari segi usia pula, remajadianggap berumur antara 10 hingga 19 tahun. Dari sudut psikologi, zaman remaja adalah satu jangka masa peralihan yang berlanjutan dari alam kanak-kanak ke peringkat dewasa yang penuhdengan konflik-konflik kehidupan (Mahmood 1990).Oleh itu, remaja harus dilihat dari segi satu tempoh peralihan yang panjang, yang manaperjalanannya tidak semestinya bebas dari tekanan dan pelbagai halangan konflik kehidupan(Chais, 1976).Pada peringkat remaja, seseorang individu mengalami perubahan yang amat pesat sekali, samaada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial. Pada zaman inilah para remaja mula terdedahkepada alam luas di luar rumah, malah persekitaran ini sudah merupakan rumah kedua kepadamereka. Remaja juga belajar banyak perkara yang tidak semuanya datang dari ibu bapa tetapikebanyakannya daripada persekitaran sosial yang mana ia membesar. Pada tempoh-tempohinilah para remaja mula mengubah tingkah laku, sikap, dan nilai, malahan seluruh cara hidupdaripada alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang dan dewasa (Bettelheim, 1950).Sering juga diperkatakan bahawa remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkanmasa depan negara. Kenyataan ini tidak boleh kita nafikan. Mereka adalah aset kekayaansemulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatandi negara ini. Namun demikian, masalah akhlak di kalangan remaja adalah salah satu daripadaancaman kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masapanjang. Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan diatasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap aset yang tidak ternilai ini.

STATISTIK MENGENAI GEJALA SOSIA1 REMAJA :
Di negara kita, remaja merangkumi lebih separuh daripada keseluruhan penduduk. Oleh keranabilangannya ramai, maka masalah yang berkaitan , dengan kelompok ini juga banyak. Satudaripadanya ialah masalah keruntuhan akhlak yang mana ia bukannya berlaku di negara inisahaja malah dialami oleh semua negara di dunia.Data statistik banyak menunjukkan bahawa keruntuhan akhlak di kalangan remaja di negara ini adalah semakin serius. Mengikut Penolong ; Penguasa Siasatan Jenayah Bukit Aman (BeritaHarian, 22 September ii 1993) di antara tahun 1990 dan 1992 sahaja, seramai 37,602 individu ditahan bagi kesalahan jenayah harta benda serta kekerasan. Daripada jumlah ini, seramai 3,450atau 9.17% adalah remaja. Dari ka1angan remaja yang diberkas pula, kesalahan yang dilakukanboleh dibahagikan keapda jenayah kekerasan dan harta benda. Ini dinyatakan dalamJadual I.Perangkaan Polis seterusnya menunjukkan bahawa antara kes jenayah yang selalu dilakukanoleh remaja ialah pecah rumah, rusuhan, pergaduhan sesama mereka, salahguna dadah danmencuri basika1 atau, motosikal (Utusan Malaysia, 6 Januari 1992).

Jadual I: Kategori Jenayah oleh Remaja 1990 -1992
Bilangan Peratus Kategori Jenayah, 507 14.7% - Jenayah kekerasan termasuk bunuh, samun, rogol dan mencederakan manusia 2,943 85.3% - Jenyah harta benda membabitkan pecah rumah,mencuri kenderaan serta pelbagai kecurian . Jenayah yang dilakukan oleh para remaja bukan hanya berlaku di kawasan bandaraya atau bandar-bandar besar sahaja, malah di merata negara. Sebagai contoh, di negeri Kedah sahaja,sebanyak 307 kes jenayah yang berlaku sepanjang tahun 1991 melibatkan remaja di bawah umur. Daripada jumlah ini 73 kes membabitkan pelajar sekolah. Daripada jumlah ini juga,seramai 204 adalah jenayah yang diakukan oleh remaja Melayu, 54 oleh remaja Cina dan 47 oleh remaja IndIa.Satu kenyataan yang tidak boleh diketepikan ialah ramai di kalangan remaja yang rosak akhlak adalah mereka yang masih berada di bangku sekolah. Umpamanya, pada tahun 1991 sahaja, 124pelajar ditangkap kerana terlibat dengan pelbagai kegiatan jenayah dan bilangan yang ditangkapini meningkat dari tahun ke tahun.Berdasarkan statistik yang terkumpul, kes-kes jenayah yang membabitkan remaja meningkatdengan ketara di antara tahun-tahun 1990 hingga 1992. Pada tahun 1990, sebanyak 657 kesdicatatkan, diikuti dengan 830 kes pada tahun 1991 dan 1487 kes pada tahun 1992.Satu lagi kesalahan yang selalu melibatkan para remaja ialah lari atau hilang dari rumah. Statistik untuk tahun-tahun kebelakangan ini menunjukkan remaja yang ditemui kembali setelah lari atau menghilangkan dari rumah menurun. Ini mungkin berlaku kerana tidak ramai remaja diketemuiselepas mereka melarikan diri dari rumah, ataupun jumlah remaja yang lari dari rumah semakin berkurangan.

Dari segi jenayah yang melibatkan bahan berbahaya seperti dadah psikoaktif, di antara tahun-tahun 1990 hingga 1992, daripada seramai 22,912 penagih dadah yang ditahan 2856 orang (12.46%) adalah remaja. Jadual 3 membekalkan maklumat mengenai peratusan penagih dadah remaja yang dikenalpasti berbanding dengan penagih keseluruhannya di Malaysia.

Jadual 3 : Peratus penagih dadah remaja berbanding dengan penagih dadah di Malaysia 1990-1992 , Peratus Penagih Dadah Remaja Tahun 1990 - 11.01 %, 1991 -13.14% , 1992 - 13.16% . Statistik seterusnya ialah berkaitan dengan kesalahan akhlak yang amat serius dari kaca matamasyarakat Malaysia, iaitu dari segi perbuatan maksiat di kalangan remaja. Peningkatanpembabitan remaja perempuan dalam aktiviti maksiatjuga adalah satu lagi petanda bahawa keruntuhan akhlak remaja di Malaysia bertambah serius.

Mengikut Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Napsiah Omar,bilangan remaja yang rosak akhlak masih tinggi (Berita Harian, 3 Februari 1993). Pada tahun1988, sebanyak 3,978 kes dicatatkan, 4,111 pada tahun 1989,3,763 pada tahun 1990 dan 2,658kes sehingga bulan Oktober, 1991.Satu lagi tabiat remaja yang menampakkan potensi untuk menjadi gejala yang sukar dibendungialah kegemaran mereka membazir masa. Istilah yang popular digunakan masa kini ialah"budaya lepak ". Kajian yang diusahakan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasamaUniversiti Kebangsaan Malaysia (Utusan Malaysia, 16 November, 1993) mendapati sebanyak74% daripada responden dalam penemuan kajian awal budaya lepak di bandaraya Kuala Lumpur terdiri daripada remaja bawah umur 21 tahun. Secara khususnya 44.8% daripada respondenyang lepak berada di peringkat umur di antara 15 hingga 18 tahun, manakala 7.3% berada diperingkat umur 18 hingga 21 tahun.Berapa gejala lain telah diperhatikan sebagai berkaitan dengan fenomena budaya lepak dikalangan remaja. Satu kajian yang berasingan mengenai kehidupan remaja berumur 15 tahun didua buah rumah pangsa di Kuala Lumpur mendapati bahawa sebanyak 90% remaja Cina teruspulang ke rumah lepas waktu sekolah; sebanyak 72% remaja India berbuat demikian tetapihanya sekitaran 5.8% Melayu terus pulang ke rumah lepas waktu sekolah (Utusan Malaysla, 11Mac, 1993). Hal inil menunjukkan bahawa remaja Melayu lebih banyak terdedah kepadapersekitaran luar jika dibandingkan dengan remaja kumpulan etnik lain.Banyak persoalan ditanya mengapa remaja Melayu banyak terdedah kepada suasanapersekitaran yang negatif berbanding dengan remaja kaum lain. Hal ini mungkin disebabkan olehkeadaan keluarga yang tidak harmonis, tarikan di luar yang lebih menarik dari apa yangditawarkan oleh ibu bapa, ataupun mereka kurang menjalankan aktiviti-aktiviti berkumpulan yangmemanfaatkan diri. Ini ada kesahihannya kerana mengikut laporan Bahagian Belia, KementerianBelia dan Sukan, walaupun Malaysia mempunyai antar struktur organisasi belia yang terbaik didunia, hanya 24% daripadajumlah keseluruhan iaitu sebanyak 7.19 juta belia di negara inimenjadi ahli persatuan. Golongan belia Melayu adalah di kalangan mereka yang paling kurangmenjalankan aktiviti berpersatuan.Secara amnya, boleh dirumuskan bahawa cara kehidupan remaja kini berbanding dengan remajadahulu sudah banyak berbeza. Walaupun mereka mempunyai keperluan hidup yang samadengan remaja masa dahulu, tetapi apa yang berbeza di antara kedua kelompok remaja ini ialahkeadaan persekitaran ketika mereka membesar dan cara kehidupan dalam ruang dan masa yang khusus ini. Faktor ini adalah di antara faktor utama yang harus diberikan perhatian.

PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA
Daripada data dan statistik yang dibentangkan, secara umumnya trend menunjukkan bahawakeruntuhan akhlak dan disiplin kalangan remaja masih berada pada paras yang tinggi.Keruntuhan akhlak remaja boleh dilihat dari pelbagai sudut dan banyak puncanya. Langkahmengenalpasti masalah ini adalah penting kerana hanya dengan mengetahui punca- puncamasalah tersebut, strategi penyelesaian yang berkesan untuk mengatasi masalah tersebut boleh diatur dengan rapi.

Hubungan kekeluargaan
Salah satu faktor yang boleh dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja ialah penglibatan mereka dalam jenayah. Remaja atau pelajar secara khususnya yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang susah kehidupannya, malah sebilangan signifikan adalah di antara mereka yang mempunyai latar belakang, keluarga yang baik dan berada (Phelps, 1976;Cohen, 1975).Justeru itu, boleh diandaikan bahawa salah satu punca keruntuhan akhlak ialah kemerosotan darisegi asuhan, didikan, bimbingan dan kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Tekanan hidup, kesibukan kerja, mengejar kemewahan serta aktiviti sosial, menyebabkan ibu bapa dan anakkurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satusama lain, dan malah jarang berpeluang bersua muka. Ibu bapa tidak dapat memberi asuhan dandidikan, sementara remaja itu pula tidak mendapat perhatian, bimbingan dan panduan hidupsempurna (Bettelheim, 1950; Redl, r966). Remaja itu akan membawa cara hidup bersendiri.

Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin anak remaja.Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang sakuyang terlalu banyak. Ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain untukbersuka-suka. Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang rosakakhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil berattentang kelakuan dan pergaulan anak remaja mendorong mereka kepada akhlak yang rosak.Remaja yang terdedah terlalu awal kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yangkompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor keruntuhan akhlak mereka (Phelps, 1976; Dass, 1992).Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak remaja yang berkaitan dengan hubungankekeluargaan ialah alam rumahtangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaranyang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumahtanggayang tidak harmonis dan tenteram dan ketidakupayaan pihak penjaga mengawas pendidikananak-anaknya boleh menyebabkan remaja rosak akhlak.Justeru itu, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita patutmempunyai kewajipan dan peranan yang besar untuk merancang aktiviti, memberikan peluangdan bimbingan serta menyediakan pelbagai kernudahan supaya golongan remaja mendapatpanduan yang cukup untuk menghadapi zaman dewasa mereka.

Pengaruh Persekitaran
Pengaruh persekitaran luaran dan pengaruh media-media masa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah dalam cabaran hidup. Pelbagai doroogan yang kurangsihat di paparkan melalui persekitaran ini, yang seterusnya menyebabkan para remaja terikut-ikut dengan pengaruh berkenaan. Lantaran untuk memenuhi keinginan untuk tahu akibat daridedahan persekitaran, mereka merayau-rayau di kompleks-kompleks membeli-belah, pusatsnooker, pusat permainan video dan sebagainya. Perbuatan seperti ini selalunya mendorongkepada pergaulan yang kurang sihat.Selain daripada pergaulan yang kurang sihat, remaja juga turut menuntut kebebasan secaramelulu daripada ibu bapa. Tuntutan seperti inijuga banyakjuga dipengaruhi oleh media masa(Cohen, 1975). Kemajuan dalam komunikasi mengakibatkan remaja terdedah kepada nilai-nilaibaru yang belum pasti baik bagi perkembangan diri mereka. Pengaruh yang negatif ini bolehdilihat dari majalah- majalah hiburan, buku-buku yang mengandungi unsur-unsur lucah serta radikal, televisyen dan tayangan-tayangan filem barat. Jika dilihat, kebanyakan akhbar mingguan,majalah hiburan dan buku- buku cerita yang terdapat dalam pasaran sekarang lebih mengutamakan hiburan, keganasan dan fantasi kosong yang boleh mendorong sikap yangnegatif seperti suka mengelamun, berfoya- foya, boros dan pelbagai perlakuan anti-sosial yang lain.

Pengaruh di Sekolah
Selain daripada media, keruntuhan akhlak remaja atau pelajar juga berpunca dari faktor sekolahatau guru. Keadaan pelajar yang duduk sesak dalam sesuatu bilik darjah yang kecil ukurannya juga boleh mendatangkan masalah tekanan dan disiplin di kalangan mereka ( Case, 1985).Begitu juga dengan sikap guru yang mempunyai suara garang dan menggunakan kekerasan mengikut perasaan dalam pengajaran harian. Untuk menyelesaikan masalah disiplin pelajar disekolah, setiap guru seharusnya menggunakan budi bicara yang luhur di samping tatacara disiplin seluruh yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.Masalah remaja juga boleh dikaitkan dengan kerjaya. Kebanyakan golongan pelajar atau remaja hari ini tidak faham hubungan di antara pelajaran dengan kerjaya. Akibatnya mereka berada di sekolah semata-mata untuk lulus peperiksaan atau sebab ibu bapa mereka mahu mereka ke sekolah. Secara tidak langsung maka ramailah yang kurang bermotivasi di sekolah. Mereka tidak mempunyai matlamat hidup dan tidak ada rancangan masa depan (Case, 1985).

STRATEGI PENYELESAIAN
Perbincangan mengenaifenomena keruntuhan akhlak remaja banyak berkisar di sekitar isu pelajar remaja. Justeru itu kebanyakan daripada strategi penyelesaian yang dinyatakan di sini akan memberi tumpuan kepada golongan pelajar remaja. Pertama ialah pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan lagi aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah-sekolah. Begitu juga dengan cara perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaankomputer, video, bantuan alat pandang dengar yang lain dan teknik pengajaran luar kelas. Inisedikit sebanyak dapat mengurangkan beban pembelajaran dan tekanan yang dihadapi olehpara pelajar di sekolah (Case, 1985). Strategi ini boleh menarik minat pelajar remaja untukmenghabiskan lebih banyak masa di sekolah daripada di luar sekolah yang tidak memanfaatkanperkembangan mereka.Kedua ialah mengenai aspek perundangan di sekolah. Strategi ini harus diberikan tumpuankerana ini dapat mengurangkan penglibatan pelajar dalam berbagai kegiatan disiplin atau jenayah di sekolah. Dengan wujudnya aspek perundangan seperti ini, ia akan dapatmenimbulkan rasa takut di kalangan pelajar di samping dapat mengurangkan beban dantanggungjawab pihak sekolah dan ibu bapa dalam pengawasan disiplin. Namun ia perlu dikaji dengan mendalam kerana cara ini mungkin melibatkan kos yang tinggi dalam menambahkan unitkawalan tambahan dan mungkin ada penentangan daripada ibu bapa, memandangkan langkah hukuman itu mungkin terlalu berat dan tidak adil untuk remaja mereka.Sehubungan dengan aspek perundangan ialah penguatkuasaan undang-undang oleh polis. Inibermakna bidang kuasa polis boleh diperluaskan untuk merangkumi kegiatan para pelajar disekolah-sekolah yang difikirkan menghadapi masalah disiplin pelajar. Jawatankuasa tindakandisiplin perlu ditubuhkan di peringkat daerah, kawasan, negeri mahupun negara agar segalakegiatan pelajar dapat diawasi di dalam dan di luar sekolah.Satu lagi langkah pencegahan yang baik ialah khidmat nasihat. Kaunseling di sekolahmemainkan peranan penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Di samping itu kaunseling juga boleh dilaksanakan sebagai penunjuk arah kerjaya yang patut dituju olehremaja. Selain itu para guru kaunselor di sekolah-sekolah juga boleh menganjurkan "peer kaunseling" di kalangan pelajar-pelajar. Ini adalah jalan yang baik untuk membantu hubunganyang sihat di kalangan remaja dan memupuk rasa tanggungjawab di antara satu sama lain.Menurut kajian seperti yang dicatatkan dalam Cohen (1975) dan Phelps (1976), remaja lebihmudah meluahkan masalah mereka di kalangan rakan sebaya dengan mereka. Oleh itu programini bermanfaat jika dirancang dengan teliti dan mengambil mereka yang berpengalaman danmempunyai asas-asas kaunseling remaja untuk menganjurkan dan memantapkan programtersebut.Lanjutan dari itu, golongan remaja perlu dibantu dan diberi perhatian kerana masa remaja adalah zaman "pergolakan " yang amat serius. Pertumbuhan jasmani yang berlaku pada ketika balighbanyak mempengaruhijiwa, perasaan dan fikiran para remaja (Chais, 1976). Ini menyebabkanmereka menghadapi banyak masalah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubahdan membentuk identiti diri.Bagi strategi umum, satu pendekatan yang wajar ialah melalui ceramah- ceramah sivik yang boleh dilakukan di peringkat sekolah. Walaupun demikian, adalah wajar jikalau program ceramah sivik ini melibatkan ibu bapa. Sebagai contoh, pada "Hari Ibu Bapa dan Guru " yang diadakan setiap tahun, ceramah-ceramah boleh memberikan keterangan yangjelas tentangperanan ibu bapa dalam usaha mengeratkan hubungan kekeluargaan. Di samping itupengetahuan agama harus ditekankan di dalam ceramah-ceramah ini kerana lazimnyapengetahuan agama akan memberi satu garispanduan bagi individu untuk bertindak. Di samping pengetahuan agama, keterangan mengenai diri dan cara-cara bersosialisasi harus disampaikanpara remaja dan juga ibu-bapa. Penglibatan ibu bapa adalah penting supaya anak, pendidik danibu bapa semua berada pada gelombang persefahaman yang sama dan dapat mengeratkan lagi hubungan.Sehubungan dengan itu, terdapat banyak surat-surat pekeliling yang bertujuan memberi panduankepada guru besar dan para guru mengenai pengurusan disiplin pelajar. Namun, secara umumnya, disiplin pelajar di sekolah-sekolah di dapati semakin merosot sejak kebelakangan ini.Mungkin surat-surat panduan ini tidak diberikan perhatian yang serius. Ada pula guru-guru yangtidak bekerjasama dalam menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan disiplin, kurang rasa tanggungjawab dan hanya mempunyai tanggapan bahawa pelajar adalah punca utama masalah disiplin. Mungkin sikap guru yang negatif juga mempengaruhi sikap dan tanggapan pelajar terhadap konsep dan pelaksanaan disiplin. Justeru itu, pentadbiran sekolah harus memastikan bahawa sekolah menyalurkan maklumat itu kepada guru-guru menerusi sesi-sesi perbincangan,bengkel dan seumpamanya bagi memastikan mereka faham mengenai hak-hak dantanggungjawab mengambil tindakan disiplin yang betul. Adakala sistem pendidikan negara dijadikan sasaran utama kerana ia merupakan wadah yangpaling baik untuk menetapkan nilai-nilai akhlak dan moral yang baik. Pendidikan moral memberipengaruh sangat besar dalam mencorak sikap dan akhlak seseorang dan seterusnya akanmempengaruhi nilai-nilai sosialnya. Oleh kerana pendidikan moral disampaikan kepadaseseorang itu sejak ia kecil-kecil lagi akan sedikit sebanyak dapat mewujudkan sikap dan nilaiyang positif pada diri individu berkenaan. Oleh itu para pelajar perlu diberi penerangan yang jelasmengenai alam remaja, masalah dan kesulitan yang mereka hadapi sebelum mencapai kedewasaan. Ini boleh dilakukan melalui ceramah dan majlis penerangan mengenai masalah kehidupan remaja serta kempen memupuk kesedaran sivik.Masalah jenayah pelajar bukanlah masalah pelajar, ibu bapa dan guru tetapi merupakan masalah masyarakat. Dengan itu pemimpin-pemimpin tempatan seperti penggawa, penghulu, pemimpin politik, pemimpin belia dan orang-orang yang berpengaruh perlu dihubungi untuk membantu dan bekerjasama bagi menyelesaikan kes-kes disiplin. Penglibatan semua pihak daripada anggotamasyarakat umum kepada ketua masyarakat amatlah perlu kerana masalah akhlak remaja ataupelajar merupakan masalah masyarakat. Kawalan sosialperlu diwujudkan di kalangan pendudukdan sikap "tidak apa atau tidak ambil tahu " perlu diubah demi kepentingan masyarakat.Satu lagi aspek pencegahan yang harus diberikan perhatian ialah penglibatan remaja dalam pusat kegiatan belia di mana semua aktiviti telah dirancang dengan telitidan teratur. Dengan itu program atau aktiviti yang diadakan di pusat-pusat latihan belia remaja akan membekalkan kemahiran-kemahiran tertentu agar para remaja dapat menggunakan kemahiran demi kepentingan diri mereka. Di samping kemahiran, pusat- pusat ini juga boleh memberikan ceramah-ceramah, kelas-kelas bimbingan agama serta rekreasi-rekreasi sukan yang diperlukan untuk perkembangan sahsiah remaja. Seterusnya pertukaran belia antara negeri dan juga antaranegara yang diadakan dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman para remaja.Terdapat 86 Jawatankuasa Kebajikan Juvana di seluruh negara dengan keahlian 1,009 orang.Melalui jawatankuasa-jawatankuasa ini semua kegiatan untuk membantu remaja dapat dirancang dengan sempurna dan ditingkatkan dari semasa ke semasa.Buat masa kini juga, sudah pun wujud satu jawatankuasa yang dibentuk antara Polis DiRaja Malaysia dengan Jabatan Pendidikan Negeri untuk memerhatikan perkembangan aktiviti-aktiviti pelajar dari masa ke semasa dan mengambil langkah-langkah yang patut sebelum pelajar-pelajar erjehak dalam apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang. Namun keberkesanan jentera ini boleh dipertingkatkan lagi dengan memhuat kajian dari masa ke sama tentang aktiviti, program,serta pelaksanaannya dalam menangani masalah keruntuhan akhlak remaja.Juga, program pemulihan dalam komuniti dan pemulihan di institusi di hawah Jabatan Kebajikan Masyarakat harus dikaji dari semasa ke semasa agar perancangan dan program-programnya adalah selaras dengan kehendak dan persekitaran remaja.Peranan media juga harus diberikan perhatian yang serius dalam usaha membendung gejala yang tidak sihat ini. Media cetak dan elektronik lehih mudah menganjurkan program yang berkaitan dengan personaliti remaja yang herjaya. Remaja yang herjaya dalam satu-satulapangan holeh memberi contoh yang positif kepada remaja secara keseluruhannya. Gambar-gambar remaja yang berjaya di samping dapat menjadi daya penarik kepada para pembaca jugaboleh merangsang pembaca remaja agar turut herjaya dalam kegiatan yang mereka sendiri ceburi. Oleh itu, pihak penerbit, terutama sekali yang mempunyai sasaran pembaca remajahendaklah lebih sedar dan peka akan tanggungjawab sosial untuk menerbitkan lebih banyak bahan bacaan yang bercorak pengetahuan untuk melahirkan golongan remaja yangbertanggungjawab dan mempunyai sifat-sifat yang baik.

KESIMPULAN
Pelbagai jalan penyelesaian boleh dilaksanakan dengan segera seperti mana yang telah dibincangkan sebelum ini. Di sekolah-sekolah umpamanya disiplin pelajar harus ditingkatkanmelalui perancangan kegiatan yang holeh memupuk nilai yang baik dan mulia. Ini penting keranatujuan pelaksanaan disiplin hukan setakat menghukum atau mendenda sahaja, malah hertujuanmenggalakkan seseorang mematuhi, menghormati, dan bekerjasama dengan masyarakat. Untuk mencapai tujuan ini, ia amat memerlukan penglibatan dan rasa tanggungjawab para guru,Persatuan Ibu Bapa-Guru serta penyelarasan aktiviti hadan disiplin, Badan Bimbingan danKerjaya, Jawatankuasa Bimhingan Pelajar dan Jawatankuasa Sekolah sebagai institusimasyarakat.Di samping itu, pengaruh persekitaran yang telah lama dikenalpasti menyehahkan masalahakhlak di kalangan remaja harus dibendung. Ini boleh dilakukan dengan pelaksanaan dasar yangtegas di samping penguatkuasaan di semua peringkat. Sebagai rumusan, strategi penyelesaian boleh mengambil model "Komponen Perkhidmatan Akhlak" seperti yang tertera di bawah ini.

Komponen Perkhidmatan Akhlak
·         Kerajaan; Polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat & lain-lain Jabatan
·         Komuniti ; Penasihat Mahkamah Juvana, Jawatankuaa Kebajikan Juvana, LembagaPelawat &
     Persatuan/Badan Sukarela Agensi Swasta
·         Keluarga dan Masyarakat


BUDAYA LEPAK

Zaman remaja adalah suatu jangkamasa yang sangat berharga bagi setiap daripada kita. Pelbagai cabaran dankeghairahan yang menanti kita sewaktu kita melalui proses evolusi umur antara zaman kanak-kanak dan dewasa. Jesteru ,usia remaja bukanlah suatu tiket untuk kita mengabaikan tanggungjawab samada terhadap diri,keluarga,lebih-lebih lagi agama.Banyak kejanggalan perilaku yang dikaitkan dengan kehidupan remaja kita. Antara penyakit sosial yang seringdiperkatakan sejak sekian lama ialah budaya lepak. Gejala ini seolah-olah telah menjadi lumrah,dan kita dapat melihatremaja kita berpeleseran dipusat-pusat membeli belah, pusat-pusat hiburan, panggung wayang dan sebagainya.Secara purata remaja di negara kita membazirkan masa mereka kira-kira 16.3 jam seminggu atai kira-kira 847.6 jamsebulan.Biar apapun yang diperkatakan oleh semua pihak berkaitan dengan soal ini, namun yang pasti gejala ini terus berlarutan Dalam hal ini, tindakan kita menuding jari terhadap golongan remaja dengan menyalahkan mereka adalah suatutindakan yang tidak resional. Sebenarnya jika diperhalusi banyak faktor yang membantu kepada berkembang suburnya budaya lepak ini. Faktor persekitaran contohnya keadaan fizikal rumah yang sempit serta hubungan kekeluargaanyang rapuh mendorong remaja kita keluar rumah dengan alasan mencari ketenangan. Ditambah dengan pengaruhrakan-rakan serta pelbagai bentuk hiburan yang sedia menunggu di luar rumah, jesteru itu tidak menghairankan jika iamendorong remaja kita terlibat dalam aktiviti tersebut.Disamping itu faktor ketandusan ilmu agama di kalangan remaja juga dilihat sebagai elemen yang bertanggungjawabmenyuburkan budaya ini. Hal sedemikian tidak menghairankan kerana ramai di kalangan ibubapa hari ini yang gagalmemberikan didikan agama yang terbaik buat anak-anak mereka. Kegagalan ibubapa memainkan peranan merekamenjadikan golongan remaja kehilangan arah dalam menentukan hala tuju hidup mereka. Mereka merasa jiwa merekakosong dan terbiar, lalu mereka memilih jalan mudah untuk melarikan diri dari kemelut yang dihadapi.Masalah lepak juga menjadi pemangkin kepada penyuburan pelbagai penyakit sosial yang sedang kita hadapi sekarang.Statistik memperlihatkan peningkatan jumlah golongan muda yang terjebak dalam kebejatan sosial dari tahun ke tahun.Gejala-gejala ini tidak sekadar menyerang mereka yang tinggal di bandar-bandar, malah turut merebak ke kawasankampung dan juga kawasan Felda.

Rujuk statistik di bawah:
1.13% - kes buang bayi
40% - menonton bahan lucah
16% - judi
70% - merokok
14% - Penyalahgunaan dadah
25% - minuman keras
18 % - seks bebas

Berdasarkan kajian yang dilakukan, umumnya mereka yang terlibat dalam gejala melepak ini terdiri daripadagolongan yang lemah pelajaran dan kerjaya. Mereka ini mempunyai ikatan yang kukuh dengan rakan sebaya yangterlibat dalam aktiviti ini. Golongan ini memandang mudah soal tanggungjawad terhadap diri,keluarga, agama danmasyarakat. Apa yag malang,mereka seolah-olah tiada cita-cita yang keinginan merancang kejayaan hidup mereka pada masa mendatang.Hiburan adalah menifestasi mereka untuk melepaskan diri dan fikiran dari soal-soal kehidupan.Tekanan yang diberikan oleh masyarakat ke atas mereka memungkinkan golongan ini memberontak kerana engganmenerima sesuatu yang berbentuk paksaan.Sebenarnya apa yang berlaku menuntut penyertaan semua masyarakat tanpa mengira status sosial mereka.Sebagai asetremaja untuk meneruskan kelangsungan pembangunan negara,perlu bagi kita memastikan golongan berada pada landasan yang sebenar dalam hidup mereka.Menjelang 2020, 42.7 peratus rakyat Malaysia adalah terdiri daripadamereka yang berumur 13 hingga 39 tahun. Golongan ini dilihat sebagai berpotensi untuk terlibat dalam pelbagai kebejatan sosial. Pada 1995,kira-kira 7300 orang disahkan positif dengan HIV.Pada 1994 pula,kira-kira 325 remaja perempuan dilapurkan terlibat denga maksiat dan jumlah ini meningkat secara mendadak kepada 8509 pada 1995 yang lalu.Sekiranya perkara ini berterusan,pastinya ia melumpuhkan institusi keluarga dan masyarakat pada masa akan datang Program pencegahan dan pemulihan perlu dilakukan secara terancang dan digerakkan dengan lebih efektif lagi. Semua pihak harus memainkan peranan mereka samada secara individu,lebih-lebih lagi secara individu,keluarga,masyarakat bahkan institusi yang ditubuhkan khusus bersepakat dalam menangani masalah ini. Sekarang bukanlah masa untuk menghasilkan slogan yang muluk-muluk atau menuding jari mencari kesalahan orang lain. Sebaliknya sekarang adalah masa untuk bekerja mencari penyelesaian terhadp soal ini. Ada baiknya mencegah sebelum penyakit ini menjadi barah masyarakat yang sukar untuk disembuhkan. Namun semua usaha yang dijalankan ini tidak akan lengkap dan berjaya sekiranya individu itu sendiri tidak mahu berubah. Tidak dinafikan zaman remaja adalah suatu zaman yang serba indah dan menarik. Namun adalah tidak wajar untuk kita meracuni zaman yang seketika itu dengan aktiviti-aktiviti yang menjerumuskan kita ke lembah yangmenghancurkan. Dalam hal ini,apa yang penting perlunya kita bermuhasabah diri dan menginsafi diri dengan keterlanjuran yang berlaku.

Rujukan : Majalah Siti , Bil 4 , Ogos 2001/Jamidulawal 1422


TAJUK  7


GEJALA PEMBUANGAN BAYI

Selasa, 11 Oktober 2011

Karangan berikut dihasilkan oleh pelajar saya ,ketika menduduki Peperiksaan Percubaan ke-2.
      
Dalam dunia yang dilingkari arus kemodenan ini, tidak dapat dinafikan bahawa masalah sosial turut menghambat masyarakat , maka wujudlah kes pembuangan bayi yang kian meningkat saban hari.Hal ini satu pembaziran terhadap sumber manusia atau sumber tenaga kerja bagi membangunkan negara kita.Secara  tidak langsung,masalah ini menyebabkan dasar kependudukan yang diutarakan pada zaman pentadbiran Perdana Menteri yang ke-4 iaitu Dr.Mahathir bin Muhammad tidak kesampaian bagi mencapai jumlah penduduk optimum  menjelang 2020. Kes pembuangan bayi umpama penyakit barah yang perlu diatasi dengan segera. Bagi mengatasi masalah ini, pemangkin atau faktor permasalahan yang merobek nilai-nilai kemanusian ini perlu dikaji dengan teliti hingga ke akar umbinya. Kita juga tidak dapat menafikan bahawa, terdapat faktor lain yang menjadi punca masalah pembuangan bayi selain daripada kepincangan keluarga.
         Sememangnya,tidak dapat dinafikan bahawa kepincangan keluarga adalah faktor  atau pemangkin utama permasalahan ini. Sesebuah keluarga yang berantakan akan menyebabkan anak-anak  dalam keluarga tersebut mencari jalan alternatif bagi melupakan masalah yang dihadapi . Anak-anak tersebut akan terlibat dalam kegiatan-kegiatan seperti pergaulan bebas.Hal ini dikatakan demikian kerana ,kawan-kawan merupakan insan yang memahami diri mereka dan mereka  mempercayai kawan-kawan melebihi ahli keluarga sendiri. Hal ini memungkinkan hubungan seks diluar nikah terjadi, setelah berlakunya keterlanjuran. Jalan mudah yang akan diambil ialah membuang bayi yang tidak berdosa tersebut sekaligus menolak nilai kemanusian.
         Walaubagaimanapun,terdapat faktor-faktor lain yang menjadi pemangkin kepada permasalahan ini faktor individu yang kurang penghayatan terhadap amalan dan nilai-nilai keagamaan. Seseorang yang berpegang  teguh kepada rukun-rukun agama tidak akan berani ingkar atau melanggar hukum agama dan sesungguhnya tiada agama di dalam dunia yang merelakan umatnya melakukan maksiat dan dosa. Seseorang yang terlibat dalam kes pembuangan bayi ini, tergolong dalam golongan manusia yang kurang pengetahuan tentang keagamaan. Sekiranya seseorang itu sedar dan berpegang teguh kepada ajaran agama maka,tidak akan timbullah masalah pembuangan bayi ini. 
         Sudah terang lagi bersuluh, ternyata bahawa peranan media massa juga menjadi faktor permasalahan ini. Kebanyakan siaran di rangkaian televisyen setelit tidak ditapis sepenuhnya oleh oleh pihak berkenaan. Budaya-budaya negatif dari barat diserap sepenuhnya oleh golongan remaja di negara kita akibat terpengaruh dengan siaran-siaran yang di tonton di televisyen .Unsur-unsur seks yang dipaparkan akan mempengaruhi golongan remaja akan melakukan seks di luar nikah. Apabila telah keterlanjuaran , jalan penyelesaian yang diambil ialah pembuangan bayi bagi menjaga maruah diri sedangkan maruah diri remaja itu sudah ternodai atau tercalar.
        Remaja adalah golongan yang dikategorikan sebagai golongan yang mempunyai daya inkuiri  yang tinggi. Semangat inkuiri  yang tinggi ini menyebabkan rasa ingin tahu dan mencuba sesuatu baik mahupun buruk menebal dalam diri remaja.Sebagai contoh, pasangan remaja yang sedang hangat bercinta akan cenderung ingin mencuba perkara yang dilakukan orang  yang sudah berumah tangga lakukan, tanpa berfikir akan kesannya. Apabila nasi sudah jadi bubur, biasanya golongan remaja ini akan lari dari tanggungjawab dan jalan yang terbaik bagi mereka untuk lari dari tanggungjawab ialah dengan membuang bayi tersebut.

       Satu lagi punca masalah pembuangan bayi ini ialah aktiviti pelacuran. Golongan yang terlibat dalam aktiviti ini adalah untuk mendapatkan wang dengan masa yang singkat dan lumayan. Hal ini dikatakan demikian kerana sokongan ini  terdesak untuk memperolehi wang bagi menampung perbelanjaan yang melebihi kemampuan tambahan lagi jika tinggal di kawasan Bandar yang sememangnya memerlukan kos sara diri yang tinggi. Hal ini akan menyebabkan golongan ini terlibat dalam masalah pembuangan bayi. Mereka malu hendak memelihara bayi tersebut kerana bayi itu hasil daripada kegiatan pelacuran dan tanpa ikatan yang sah.Bagi menutup malu mereka,bayi tersebut dibuang tanpa belas kasihan.
       Konklusinya, masalah ini bukan hanya disebabkan masalah kepincangan keluarga tetapi turut dipengaruhi oleh individu itu sendiri dab pelbagai unsur luaran yang lain. Bagi mengatasi masalah ini, semua pihak haruslah berganding bahu dan bukannya menunding jari kepada satu pihak sahaja. Kerajaan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama badab bukan kerajaan (NGO) bekerjasama menubuhkan Tabung DNA bagi memudahkan proses mengesan ibu bapa kepada bayi yang dibuang. Di samping itu,masyarakat hendaklah bekerjasama membantu dalam menjayakan usaha ini agar nilai kemanusian dapat dijunjung sekaligus dapat mengelakkan remaja dari terjerumus ke dalam lembah kejahilan.
-Hasil pena: Henryson (Tingkatan 6 Atas Arif SMKSA)