KARYA

PESANAN  UTK  ANAK2  CEMERLANG

Tidak termimpi atau direka pertemuan ini
Anak2 cemerlang ceria menambat hati
Gelak tawa kenakalanmu menggamit rasa
Kalian cepat mesra saling menghormati

Tapi kini, kalian akan berangkat pergi
Tinggallah ayahanda dibalut sepi
Biarpun anak2 silih berganti
Namun kalian penuh memori
Ayahanda doakan kalian berjaya
Segulung ijazah semat di dada
Biar onak duri melanda setiap masa
Kecemerlangan mesti diteroka
Untuk ayah bonda hadiah teristimewa

Perjuanganmu semakin hampir
STPM penamat segala nista kecewa
Layari dan tempuhi dengan berani
Yakinkan diri rezeki dan tuah anugerah ilahi
Kalian mampu mereka sejarah tersendiri

Ayuhhhh..bangkit anak2ku..
Ditanganmu sebatang pen berbisa
Dimindamu bergumpal idea permata
Tumpahkan dengan tenang bijaksana
Lupakan resah pilu dukacita ranjau putus asa
Semua racun penganggu minda dan jiwa
Tekadkan disanubari ikhlas berjuang demi ilahi
Penentu kejayaan hakiki pasti dimiliki
Sekali melangkah biar berjasa
Sekali berundur biar berbudi
Sekali ke kanan biar bijak jauhari
Sekali ke kiri biar banyak menginsafi
Ingat, anak2 ku....STPM pasti kau tempuh
Dengan langkah garang untuk kejayaan.
Bawalah pulang keringat kecemerlangan
Ayahanda tumpang menitis airmata

Selamat Berjuang Anak2ku
Semoga Cemerlang, Gemilang
Jadilah Kebanggaan SMKT sejarah Terbilang.

 
Karya : Cikgu Zakaria Juahir, SMKT. ( 12.11.11 / 6.56pm )


Mana Bahasaku  Mana Bangsaku

Sesekali menyelak lipatan sejarah
terpahat indah menusuk jiwa
melilau minda mengaguminya
khazanah Bahasaku dibibir bertahta
para saudagar sarjana perantau
Biar tampak tarinya berselerakkan
Namun gemerlapnyaku bangga
Mereka  ukirkan kamus pusaka
Mereka gilapkan bicara permata
Mereka teruja bangsa dan bahasa
Bagai isi dengan kuku ditenun tulus
Indah menghaluskan budi
susila menganyam peribadi

Sesekali menyapa desir arus mengalir
Airmata nenda dan pejuang
Terasa masih menitis ke lengan
Mana bahasaku....sendu nenda
Mana bangsaku....tangis pejuang
Mana....mana....manaperginya bahasaku
Kalian gadaikan kemana?
Kalian sisihkan dimana?
Kalian tinggalkan mengapa?
Kalian pugarkan siapa?
Pada siapa harusku kutip khazanah pusaka
Pada siapa kupinta kuburnya?
Haruskah kutempah nesannya hari ini

Sesekaliku menyapu titis mataku
Hatiku luka mencari denyut nadinya
Mudahnya mereka menguburkannya
Tanpa jiwa tanpa rasa sejati
Apakah anak cucuku suatu masa nanti
Bertanyakan masih adakah lagi bahasa Melayu
Atau bangsaku terpaksa mengubah sejarah
Bahasa Melayu hilang terjajah
Hingga kini belum merdeka
Mungkinkah sekadar tercatat
pada batu-batu bersurat ceritera

Mana bahasaku
Mana bangsaku
Mana kuburnya......

Karya :
Zakaria Juahir / SMKT , 02 Nov 2011
( Dideklamasikan pada 8 November 2011, di Majlis Ahli Parlimen Bersama Masyarakat sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2011. Dewan Tun Razak ,Temerloh, Pahang. )




PUSARA  JIWA


Masih terngiang-ngiang telingaku suara itu
Jangan kau hampiri dadah  ,  wahai  anakku….
Keturunan kita… ….bukan patung bernyawa
Keturunan kita mulia….bukan bangsa  ternoda
Keturunan kita bijaksana …Tak Melayu Hilang Di Dunia…
Peliharalah  anakku….keturunan ini  gagah  perkasa

Masihkah kau ingat anakku…pesan ayahmu
Mengalirkan darah merah demi negara
Syahid balasannya mulia di sisiNya
Tetapi jika gugur bergelumang najis dadah
Buruk namanya, hancur bangsanya, hina negara
Pastikan kau terus ingat anakku
Jangan jadikan darahmu  berbaur  najis itu.
Aku tidak rela memapah jenazahmu
Aku malu… Aku  tidak rela  menanggung azab  begitu..

Alangkah lukanya hati ayah
Jika ia tahu kau berjuang bermusuhkan dadah
Seluruh urat sarafmu, darah najis dadah
Kau hancurkan darah keturunan mulia
Kau hidu lorong-lorong hanyir duniamu
Itukah warisan darah ayahmu….

Mengapa kau sisihkan kehidupan yang cemerlang
Lihatlah rakan-rakanmu berlumba-lumba ke menara gading
Kau pula bersesak-sesak di pusat pemulihan
Semua di sana bangsamu yang terkulai layu
                           Hilang kehidupan hilang kegemilangan                            
Telah lama kau pusarakan jiwamu

Butakah mata kau
Begitu mudahnya Selat Inggeris direntas Dato Abdul Malik
Sejarah Marco Polo dicabar Dato Azhar keseorangan belayar
Datin Paduka Sharifah Mazlina menjejak kutub Utara dan Selatan
Malah pendaki-pendaki kita telah menawan Gunung Everest
Sekumpulan remaja berjaya terjun ke kutub Utara
Ada pula berjaya berbasikal mengelilingi dunia
Dan sejarah angkasawan  tercipta, Dr Faiz dan Muzaffar memahat nama
Mereka membuktikan anak Malaysia  BOLEH !
Hidup penuh gemilang tanpa dadah 

Jangan kau pusarakan jiwamu
Bangkit kibarkan iltizam bina kehidupan
Cemerlang gemilang tanpa dadah 


Karya :  Zakaria Juahir   3 / 7 / 2007,  SMKT   
( Juara Pertandingan Deklamasi Sajak dalam Karnival Anti Dadah , 
Peringkat Negeri Pahang, 14 – 15 Julai , 2007 )




SINAR PEJUANG TERBILANG
( Khas Buat Dato’ Hajah Siti Rokiah Binti Mohd Zabidin , Tokoh Guru Temerloh 2008 )


Bagaikan mentari bersinar di pagi hari
Pancaranmu mekar silih berganti
Sejarah 1967,  kerdipmu  bermula
Segumpal darah pendidik ternobat dijiwa
Bermulalah sinarmu menjana bangsa merdeka
Biarpun denai , sungai  hamparan  perjuangan
Amanah perguruan terbina sempurna


Sinarmu semakin bergemerlapan
Bakat kepemimpinan melakar kegemilangan
Tugas Guru Besar terpahat cemerlang
Ternyata dikau warisan dalam lagenda
Menelusuri batas waktu hingga kini
Baktimu tidak pernah terhenti
Dengan tugas-tugas sukarela mengisi hari


Pancaran sinarmu semakin membahang
Penglibatan dalam pertubuhan tidak tertahan
Bakat berpolitik ;  kepercayaan pengerusi ditabalkan
Bakat berkarya ; sajak , drama  malah johan pidato dihasilkan
Pingat Darjah Indera Mahkota tersemat di dadamu
Warga Temerloh bangga dan semakin teruja
Statusmu menjawat Senator Dewan Negara
Bukti Anak Pahang  berkualiti pemimpin warisan merdeka


Sesungguhnya, sinar perjuangan terbilangmu
Kami jadikan warisan di persada pendidikan
Terima kasih wahai bonda pendidik sejati
Baktimu kami genggam erat meskipun jika luka berdarah
Kerana kami tahu, kamilah penyambung sinarmu
Pada bumi yang merdeka ini


Karya : Cikgu Zakaria Juahir, SMK Temerloh . (4/6/2008).9.54pm
Dideklamasikan  di Majlis Jamuan Guru Daerah Temerloh
( Menghargai Pesara ) , Dewan SK Chung Hwa Mentakab.



SKETSA PUISI  TANAH  AIRKU
SAJAK OLEH : A.WAHAB  ALI  ( Antologi Puisi “Tanah Airku”, PPSB,Edisi Kedua, DBP)
SKRIP SKETSA : ZAKARIA JUAHIR ( FASILITATOR PPSB )
DIPENTASKAN : 3,4 & 5 SEPTEMBER 2007 DI KEM PLKN INDRA PAHLAWAN , MARAN KG. SRI TAMAN , JENGKA 6 MUKIM CHENOR , 26410 BANDAR PUSAT JENGKA PAHANG.

BIL
Plot / Sajak / Syair
Aksi / Lakon
Dialog / Suara Latar
Muzik / Pelakon
1.
A. Keluar pelakon beraksi








B. Sebaik komunis keluar pentas, syair dibacakan…

Tanah airku tanah pusaka
Milik kita bangsa perkasa
Tergadai tidak pantang perwira
Biar dibayar darah dan nyawa

C. Keluar Penyajak membaca  sajak…

Tanah airku
Langit dan bumimu
Adalah milik mutlakku
Jangan hampir padanya!

Tanah airku
Laut dan udaramu
Adalah milik mutlakku
Jangan hampir padanya

Tanah airku
Segala isi laut dan isi bumimu
Adalah kecintaan hayat dan warisanku
Jangan hampir padanya


D. PENUTUP :
…….syair dibacakan beramai-ramai…secara latar..

…..Penyajak melaungkan Merdeka ! merdeka ! Merde ka !
1. Masuk 3 lelaki dan 2 perempuan ,  ( Aksi lelaki mengheret perempuan dan perempuan dalam kesakitan )

2. Meronta-ronta cuba melepaskan diri lalu ditembak oleh komunis.

3.Bunyi tembakan bertalu-talu, komunis rebah sambil menjerit kesakitan ( lalu keluar ke belakang pentas ).

K1:…jalan…jalan…cepat…(apa saja boleh)
P1:  Aduhh…celaka komunis…kau kejam!!
P2:. Aduhhh…sial….berani pada wanita..!!
K2: .Kahhhhh…kahhhh..kahhhhh

K3 : Mahu melawan kita…ahhhhh!!!
Biar mampus!!!..ahhh!!!
K4:  Ahhh..aduhhh…lari..lari..kita kena serang..lari….

K5 :  Aduhhh…aku dah kena….aduhhh
Aduhhh..mati aku…
Bunyi burung,cengkerik

5 orang komunis
2 wanita
6 orang Suara Latar



Bunyi tembakan bertalu2.



2.

Keluar  6 askar cuba menyela matkan wanita tersebut tetapi sudah terlambat. Meninjau kawasan, mencari komunis.
Tiba-tiba bunyi tembakan…lalu askar rebah sambil berbalas tembak…




Semasa sajak dibacakan , askar  masih beraksi bertukar pegang bendera sambil cedera…

A1: Ohhh…kasihannya….kita  tak sempat menyelamatkanya…
Cuba tinjau musuh…mungkin ada di sekeliling kawasan ini..

A2 :…ahhhh….aduhhhh , tunduk kita kena serang….aduhhh..   Aduhh…selamatkan  bendera ini…jangan bagi jatuh ke tanah… ini lambang kekuatan dan kedaulatan kita….nah…ambik  bendera ni…

A3: Aduhh…oh benderaku…kau tidak akan gugur ke bumi selagi aku berdaya…aduhhh…tolong sambut
Aku tak dapat menegakkannya lagi

A4 : ahhh…aku sambut..biar luka parah  namun bendera kita tidak akan gugur….Ya Allah….selamatkan agamaku .bangsaku…negaraku…..
…sambut…sambut…aku tidak berdaya lagi…ya Allah…

Muzik sayu..

Bunyi tembakan bertalu2


7  orang Askar








Bunyi tembakan pistol






3.
...suara latar membacakan syair beramai-ramai…


…Semasa syair dinyanyikan askar membentuk formasi tugu Negara.

A5 :…Ohh…tanah airku (sambil menyambut bendera) , biar terbujur kaku jasadku…namun membiarkan kau jatuh ke tanah, tidak sekali….berdirilah kau…berdiri….

A6: …tegakkan bendera kita…jangan gugur….tegakkan…tanggungjawab kita mempertahankan tanah ini…aku tidak rela…tidak rela… bendera ini rebah

A7 ; …..biar putih tulang… jangan putih mata…tanah ini akan tetap terpelihara….Merdeka!!!! merdeka!!! Merdeka !!!!! ( lalu mencacak bendera disisi salah seorg askar yg telah mati ).. lalu rebah…


Bunyi sayu…..




Jumlah Pelakon : 20 orang.
Krew Produksi : 6 orang




SKETSA PUISI  KERANAMU  MALAYSIA
SAJAK OLEH : AHMAD  SARJU  ( Antologi Puisi “Tanah Airku”, PPSB,Edisi Kedua, DBP)
DIPENTASKAN : 14 – 16 FEBRUARI  2008 DI KEM PLKN INDRA PAHLAWAN , MARAN KG. SRI TAMAN , JENGKA 6 MUKIM CHENOR , 26410 BANDAR PUSAT JENGKA PAHANG.


Sajak
Babak
Aksi Lakon / Dialog / Suara Latar
Muzik
INTRO :  NAZAM  NASIHAT

Elok kata murni jiwa harum budi
Hidup kita penuh makna orang sudi
Elok paras banyak harta jika keji
Tiada siapa ingin dekat kita rugi
Hai saudara jangan sombong tinggi diri
Hidup jadi sia-sia tak bererti
Elok tingkah perbuatan hati mulia
Itulah tanda orang budiman semua suka
Elok perangai tidak dengki iri hati
Hidup damai sana sini orang rai
Hai saudara insaf diri buat kebaikan
Jangan lalai sampai lupa pada Tuhan
Ingat pesan ayah bonda penuh harapan
Anaknya jadi insan mulia masa depan
Harapan guru muridnya jadi orang budiman
Capai jaya cekal usaha berkekalan
Hai saudara jangan mudah putus asa
Tuhan berserta hamba yang tabah dan berusaha


B1
1. Keluar kumpulan pesilat membuat gerak silat di pentas. ( atau keluar beberapa orang askar , beraksi  )

2. Serentak gerak silat ,  Kumpulan Koir menyanyikan Nazam Nasihat.

3. Sebaik habis Nazam dinyanyikan, penyajak keluar ke pentas, penyajak masih meneruskan persilatan.
Muzik silat

Tembak-menem bak



sayu

1. Keranamu Malaysia
Kami rela gugur ke bumi
Dengan darah tumpah ke tanah
Dengan nyawa bergalang ganti
Setia kami tidak akan berpaling

2. Akan kami isi inti pati perjuangan
Di bawah kibaran jalur gemilang
Kami generasi berwawasan bestari
Dengan pawai megah gagah
Wira dan serikandi sedia menabur bakti

3. Keranamu Malaysia
Bumi keramat yang kami warisi
Kami genggam wasiat dan amanah
Dari nenek moyang kami
Sedia mempertahankan kedaulatan pertiwi

B2



4. Keluar penyajak mendeklamasikan sajak dengan penuh perasaan.

5. Aksi Pesilat / Askar di pentas masih berterusan dengan iringan muzik.


6. Habis rangkap ke 3 sajak dibaca. Pesilat & askar keluar drp pentas.




Tembak – menembak
4. Suara kami adalah lagu hayat setiap warga
Bangsa yang memiliki keberanian
Menawan puncak gunung , membelah gelora lautan
Suara ini suara rakyat pembangunan insan
Yang kental dengan keyakinan


B3
7. keluar pendaki gunung , pelaut , petani membawa sepanduk .
......Kami adalah pendaki , pelaut & petani yang berani memerah keringat dan keyakinan untukmu Malaysia....


Laut bergelora
5. Keranamu Malaysia
Kami berdiri teguh kukuh di sini
Bersama seluruh warga sejati
Kami kini bukan bangsa yang kerdil lagi
Di pentas dunia kami adalah pejuang demokrasi

6. Kami bukan lagi bangsa yang lesu dan goyah
Kami bukan lagi bangsa yang remuk oleh ketaksuban
Kami bukan lagi bangsa yang menolak persejagatan
Kami bukan lagi bangsa yang membenci kecanggihan teknologi
Kami bukan lagi bangsa yang membungkus minda di maya ini.

B4
8. Keluar berpakaian kemas , kasual , korporat dan pelbagai bangsa membawa sepanduk .
........Kami berbangga hidup dalam demokrasi dan kecanggihan kemajuanmu Malaysia......

Sayu sajak
7. Kesetiaan menjadi akar budaya di hati kami
Perpaduan tidak akan kami runtuhkan ditelan ideologi
Kami telah mahir memadam sengketa di hujung lidah
Menyuburkan benih setia menjalin ikatan bangsa
Memperkasa jati diri mendaulatkan bahasa pertiwi



B5
9. Keluar berpakaian kebangsaan, Melayu, Cina , India dll berpegangan tangan membawa sepanduk.
.....Kami setia bersatu padu hidup rukun damai mengecap perpaduan dan jati diri bangsa Malaysia....

Sayu sajak
8. Kami penyambung perjuangan meneruskan wawasan
Kami tidak akan merintih lagi di bumi makmur ini
Kini kami ada kebolehan , ada kekuatan , ada keyakinan
Membangunkan negara dengan warga gemilang
Memartabatkan bangsa di pentas dunia tanpa sempadan

B6
10. Keluar beberapa orang berpakaian kemas (pelajar U) dan membawa sepanduk...
.....Kami anak-anak wawasan, bersedia membina sejarah gemilang dan  memartabatkan bangsa cemerlang....

Sayu sajak
9. Kami bersyukur kemewahan yang kami miliki
Alam kami subur , laut kami penuh khazanah
kami menjunjung kasih setiap jasa para pemimpin
Budinya yang tidak terbalas
Walau dengan catatan tinta emas

10. Ada di sini pemimpin yang berjiwa mulia
Ada di sini perajurit dan serikandi yang rela berkorban
Ada di sini putera dan puteri yang berjiwa pahlawan
Ada di sini sumpah rakyat yang mendaulatkan watan
Ada di sini kesetiaan, keteguhan, dan perpaduan.

B7
11. Keluar berpakaian petani, nelayan, kasual , pelajar, tentera, dll
Dengan membawa sepanduk.
.....Kami bersyukur dan berterima kasih di atas kemewahan yang dikecapi.... Jasa Pemimpin Tetap Dikenang.


Kuat...
11. Keranamu Malaysia
Kami ingin menjadi bangsa mulia di pentas antarabangsa
Bersama mengisi agenda terbuka
Kerana kita berupaya menyuburkan cinta murni manusia
Kepada kedamaian , kesejahteraan, keharmonian, warga dunia.

















B8
12. semua yg di atas pentas membentuk bulatan dengan seorang di tengah memegang bendera….  Sebaik tamat sajak, nazam dinyanyikan semula.....


sayu