KARANGAN

45 TAJUK INTENSIF KARANGAN 2011
( Pearson Malaysia Sdn Bhd, 2007 )

Tajuk 1
Kementerian Kesihatan bercadang hendak membekalkan jarum suntikan dan kondom secara percuma kepada penagih dadah bagi mengurangkan kadar jangkitan HIV dan AIDS di negara ini di samping membekalkan dadah gantian methadone kepada golongan ini. Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai. Bincangkan reaksi ini.

Kehendak Soalan

Calon hendaklah menghuraikan reaksi orang ramai tentang hal ini, yakni yang menyokong dan yang membantah tindakan ini dengan mengetengahkan alasan mereka.

Isi-isi

Reaksi yang menyokong cadangan ini
Langkah ini dapat mencegah merebaknya HIV/AIDS dalam kalangan penagih – amalan berkongsi jarum suntikan dan pelakuan seks rambang tanpa kondom meningkatkan kebarangkalian penagih dadah dijangkiti HIV/AIDS. Tanpa bekalan ini, HIV dapat merebak dengan serius.
Methadone pula dapat menghilangkan ketagihan dalam kalangan penagih dan dadah ini kurang memudaratkan mereka berbanding dengan dadah.
Langkah-langkah sedia ada terbukti tidak mampu mengatasi masalah penularan HIV.
Reaksi yang menentang cadangan ini
Langkah ini menggambarkan kerajaan seolah-olah menggalakkan perbuatan maksiat.
Hal ini memperlihatkan kelemahan dan kedangkalan kerajaan sehingga terpaksa memberikan jarum suntikan dan kondom percuma kepada penagih dadah semata-mata hendak mengurangkan risiko penularan penyakit berbahaya seperti ini.
Kebanyakan agama menegah perbuatan dan amalan maksiat.


Tajuk 2
Malaysia memiliki infrastruktur kelas pertama tetapi pemikiran kebanyakan rakyatnya masih berada pada kelas ketiga. Berikan bukti-bukti tentang hal ini dan cadangkan beberapa langkah yang sesuai bagi mengatasinya.

Kehendak Soalan

Calon-calon diminta mengemukakan bukti-bukti yang memperlihatkan pemikiran kebanyakan rakyat Malaysia masih berada pada kelas ketiga serta cadangan-cadangan bagi mengatasi masalah ini.

Isi-isi

Bukti-bukti
Banyak pihak yang mengabaikan kebersihan alam sekitar – sampah sarap dan sisa toksik dibuang sesuka hati.
Sikap tidak menghargai kemudahan awam sangat berleluasa – tandas, pondok telefon, pondok bas, pusat rekreasi, dsb dirosakkan.
Mentaliti subsidi dalam kalangan rakyat masih tebal – azam untuk memajukan diri sendiri sangat rendah dan sangat bergantung pada kerajaan, termasuk subsidi petrol dan diesel.
Rakyat negara ini mudah dipengaruhi diayah dan fitnah – propaganda dan tuduhan negara luar terhadap kerajaan diyakini sebagai betul dan berasas.
Langkah-langkah
Mewujudkan kelompok intelektual yang aktif menyuarakan permasalahan masyarakat – usaha ini dapat memupuk pemikiran atau kesedaran kolektif dalam masyarakat.
Kualiti media dan penjualan bahan bacaan bersifat ilmiah juga perlu ditingkatkan.
Forum untuk mengubah pemikiran rakyat perlu digiatkan – pemimpin negara perlu menggiatkan usaha membawa anjakan paradigma dalam kalangan rakyat.


Tajuk 3
Rumah-rumah setinggan yang tidak teratur dan tidak terurus muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan di beberapa banyak bandar raya di negara ini. Bincangkan kesan kemunculan kawasan rumah setinggan ini dan cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.

Kehendak Soalan
Ada dua aspek yang perlu dihuraikan dalam soalan ini, iaitu aspek kesan kemunculan kawasan rumah setinggan dan aspek langkah-langkah untuk mengatasi kemunculannya.

Isi-isi
Kesan-kesan kemunculannya
Mencacatkan pemandangan dan keindahan bandar raya – menjejaskan imej negara di mata pelancong asing.
Menyebabkan penularan pelbagai jenis penyakit seperti denggi dan sebagainya kerana sampah dan dan pembuangan najis yang tidak terurus.
Menimbulkan pelbagai masalah yang berkaitan dengan kemiskinan – peras ugut, ragut, pengedaran najis dadah, pergaduhan, dan sebagainya.
Langkah-langkah
Meletakkan papan-papan tanda pada tanah kerajaan – golongan yang membina rumah setinggan akan dianggap sebagai penceroboh – hal ini memudahkan kerajaan merobohkan rumah-rumah yang dibina secara haram.
Membina dan menyediakan rumah-rumah kos rendah dan sederhana yang secukupnya untuk menempatkan golongan ini.
Berusaha meningkatkan pendapatan golongan bawahan agar tidak dihimpit kemiskinan.
Membanteras kemasukan pendatang asing yang dengan sewenang-wenangnya mendirikan rumah setinggan di negara ini.


Tajuk 4
Aktiviti perlumbaan haram sangat diminati oleh golongan remaja walaupun kadang-kadang berakhir dengan tragedi. Bincangkan sebab-sebab aktiviti ini semakin diminati dan sarankan langkah-langkah untuk membendung aktiviti ini.

Kehendak Soalan
Ada dua aspek yang perlu dihuraikan dalam karangan ini, iaitu aspek sebab-sebab aktiviti ini kian leluasa dan aspek langkah-langkah untuk membendung aktiviti ini.

Isi-isi
Sebab-sebab
Sebagai salah satu cara golongan remaja mencari keseronokan dan kepuasan.
Tuntutan ego remaja – hendak menunjukkan kehebatan, keberanian, kemahiran, dan sebagainya.
Sebagai salah satu cara untuk memperoleh hadiah dan wang melalui pertaruhan.
Ketiadaan trek lumba motosikal percuma.
Langkah-langkah
Mempergiat operasi tangkapan secara tekal, bukan bermusim seperti sekarang.
Memperkenalkan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang terlibat.
Menggantung atau menarik balik lesen pemandu yang terlibat dalam aktiviti ini.
Menyediakan litar perlumbaan yang selamat untuk golongan yang berminat.


Tajuk 5
Kes-kes perkosaan wanita, baik oleh orang yang dikenali ataupun oleh orang yang tidak dikenali, semakin meningkat. Malah dalam sesetengah kes, ada wanita yang dibunuh selepas diperkosa. Pelbagai langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah ini, tidak kira oleh golongan wanita sendiri, masyarakat, dan pemimpin negara. Bincangkan isu ini.

Kehendak Soalan
Soalan ini menghendaki calon membincangkan isu perkosaan wanita. Calon bolehlah menghuraikan punca-punca jenayah ini berlaku termasuklah isu kecuaian wanita sendiri. Langkah-langkah pencegahan juga perlu disarankan.

Isi-isi
Punca-punca
Kecuaian wanita – keluar sendirian; pulang lewat malam; melalui kawasan yang sunyi; dsb.
Kegemaran wanita mengenakan pakaian mencolok mata dan mengghairahkan – digemari oleh lelaki yang gila seks.
Pengambilan najis dadah dan arak yang menyebabkan perogol hilang pertimbangan waras.
Pengaruh media massa yang menyebarkan budaya kuning dan adegan seks.
Langkah-langkah
Menjalankan kempen kesedaran kepada para wanita agar tahu menjaga keselamatan sendiri.
Mempelajari seni pertahanan diri.
Menguatkuasakan undang-undang dan memperkenalkan hukuman yang lebih berat termasuklah hukuman mati mandatori.
Menyekat kemasukan filem lucah serta memotong terus adegan berbau lucah yang terdapat dalam sesebuah filem.


Tajuk 6
Oleh sebab kes-kes jenayah berat seperi pembunuhan dan perogolan serta rompakan bersenjata dan ragut semakin meningkat, ada pihak yang mencadangkan agar penjenayah yang terlibat dikenakan hukuman sebat di khalayak ramai. Isu ini meletakkan kerajaan dalam keadaan dilema kerana langkah ini mengundang pelbagai reaksi pelbagai pihak. Bincangkan reaksi tersebut.

Kehendak Soalan
Calon dikehendaki menghuraikan reaksi yang timbul, iaitu alasan yang diberikan oleh pihak yang menyokong saranan itu dan alasan pihak yang membantahnya.

Isi-isi
Alasan yang menyokong pendapat ini
Langkah ini dapat menimbulkan rasa gerun kepada orang ramai yang berhasrat hendak melakukan jenayah.
Hukuman ini setimpal dengan kejahatan mereka – mereka akan berasa aib dan menderita akibat hukuman itu – keadaan ini sama dengan keaiban dan penderitaan yang ditanggung oleh mangsa mereka.
Langkah ini menyampaikan mesej yang jelas kepada masyarakat tentang akibat melakukan jenayah.
Alasan-alasan yang membantah langkah ini
Sama seperti orang awam, penjenayah juga mempunyai hak asasinya – mereka tidak wajar dihina di khalayak ramai.
Pelaksanaan hukuman ini akan menimbulkan salah tanggapan masyarakat dunia – mungkin dianggap sebagai negara zalim dan tidak bertamadun.
Imej negara juga terjejas kerana pelaksanaan hukuman sedemikian menggambarkan bahawa kerajaan Malaysia sangat lemah dalam membanteras jenayah berat.


Tajuk 7
Kecenderungan pihak media massa menggarap berita berunsur sensasi seperti skandal seks, tahayul, dan sebagainya jelas melanggar tanggungjawab sosial yang perlu diberi keutamaan secara menyeluruh. Bincangkan kesan yang timbul daripada tindakan media massa mensensasikan sesuatu berita.

Kehendak Soalan
Calon dikehendaki menghuraikan kesan-kesan yang timbul sebagai akibat daripada tindakan pihak media massa yang cenderung menyiarkan berita sensasi.

Isi-isi
Kesan-kesan
Matlamat utama penyiaran berita sensasi hanyalah untuk melariskan penjualan akhbar dan majalah.
Berita sensasi yang bersifat andaian dan telahan dapat menjejaskan keharmonian sosial kerana menimbulkan syak wasangaka antara kumpulan atau lapisan sosial.
Berita sensasi yang melibatkan selebriti negara dan tanah air tidak membantu perkembangan minda pembaca dan pendengar – lebih banyak menimbulkan gosip, fitnah-memfitnah, dan kutuk-mengutuk.
Berita sensasi tentang keterlibatan tokoh-tokoh tertentu dalam jenayah sebelum didapati bersalah bukan sahaja menjejaskan reputasi tokoh dan ahli keluarganya malah mampu menimbulkan kekecohan dalam kalangan masyarakat.
Isu sentitif yang berbentuk perkauman dan keagamaan seperti penyiaran karikutur Nabi Muhammad SAW pada tahun 2006 telah mencetuskan rusuhan di seluruh dunia.
Yang jelas, kecenderungan media massa mensansikan sesuatu berita akan mengalih tumpuan pembaca dan pendengar daripada menumpukan perhatian terhadap isu pokok dalam kehidupan.


Tajuk 8
Transformasi ekonomi telah meninggalkan kesan terhadap keadaan sosial negara. Arus pemodenan sedikit banyak telah mengakibatkan penghakisan nilai-nilai murni masyarakat. Bincangkan penyataan ini.

Kehendak Soalan
Calon hendaklah menghuraikan nilai-nilai masyarakat yang telah terhakis sebagai akibat pemodenan dan transformasi ekonomi.

Isi-isi
Hilangnya kesedaran sivik – peningkatan ketara dalam gejala vandalisme.
Lunturnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat bandar yang kini telah menular ke desa pula.
Menularnya sikap individualistik dan materialistik dalam kelompok masyarakat – lebih mengutamakan pekerjaan dan wang ringgit.
Runtuhnya institusi perkahwinan dan semangat kekeluargaan – banyak perceraian.
Masalah keruntuhan moral dan akhlak dalam kalangan remaja – penagihan najis dadah, seks bebas, “black metal”, dsb.
Hilangnya rasa cinta dan tanggungjawab terhadap alam sekitar – pencemaran berleluasa hingga mengancam sumber minuman dan bekalan makanan.
Terhakisnya nilai hormat-menghormati – berlakunya pengabaian warga emas.


Tajuk 9
Peningkatan taraf hidup tidak semestinya meningkatkan kualiti hidup. Bincangkan penyataan ini berdasarkan konteks Malaysia.

Kehendak Soalan
Calon hendaklah menghuraikan bukti-bukti taraf hidup rakyat Malaysia telah meningkat. Namun begitu, bukti-bukti kualiti hidup rakyat terjejas juga perlu dihujahkan.

Isi-isi
Bukti peningkatan taraf hidup
Nikmat kebendaan semakin mencukupi – kaedah pertanian moden meningkatkan pendapatan; kemajuan sektor perindustrian menyediakan peluang pekerjaan.
Kemudahan infrastruktur dan kemudahan asas yang mencukupi – memudahkan masyarakat menjalani kehidupan harian.
Peluang pendidikan yang meningkat – universiti dan kolej awam dan swasta bertambah; kemudahan pinjaman (PTPTN, MARA, dll) disediakan.
Sumber hiburan yang pelbagai – dapat merehatkan fikiran.
Bukti-bukti kualiti hidup rakyat terjejas
Kesihatan rakyat terjejas sebagai akibat gaya hidup moden – HIV/AIDS semakin meningkat.
Pencemaran alam sekitar semakin serius – air dicemari ammonia, merkuri, dsb.
Keselamatan umum tidak terjamin – jenayah (ragut, rompakan, pembunuhan, perogolan, dll) semakin banyak berlaku.
Hidup semakin sibuk kerana tuntutan tugas dan sara hidup – masa berkualiti bersama keluarga dan tetangga semakin berkurang.
Nilai kemanusiaan semakin pupus – mementingkan diri sendiri, menindas, dsb.


Tajuk 10
Kepelbagaian agama, budaya, dan etnik yang wujud di negara ini bukanlah suatu bebanan kepada Malaysia, malah merupakan suatu kelebihan dan kekuatan. Ulaskan penyataan ini.

Kehendak Soalan
Secara khususnya, soalan ini menghendaki calon menyetujui penyataan yang diberikan, iaitu kepelbagaian agama, budaya, dan etnik merupakan suatu kelebihan kepada Malaysia.

Isi-isi
Menonjolkan dan meningkatkan imej negara – rakyat yang pelbagai etnik dan pegangan agama dan budaya dapat hidup harmoni dan bersatu padu.
Memajukan industri pelancongan – rakyat asing berminat untuk melihat lebih dekat keunikan dan kepelbagaian budaya kita.
Kelebihan pelbagai etnik dapat memajukan negara – idea setiap kaum dapat digabungkan dan diguna pakai dalam memajukan dan membangunkan negara.
Kepelbagaian etnik, agama, dan budaya menjadikan sikap toleransi dan hormat-menghormati dalam kalangan rakyat negara ini semakin tebal.
Malaysia menjadi model kepada dunia dalam menjamin perpaduan kaum dan negara.


Tajuk 11
Kemunculan TV satelit yang menyediakan saluran yang banyak mendatangkan kesan yang pelbagai kepada negara-negara sedang membangun. Berikan pendapat anda tentang hal ini.

Kehendak Soalan
Anda diminta menjelaskan pandangan anda tentang kesan yang menimpa negara-negara membangun sebagai hasil meningkatnya jumlah saluran TV. Dalam hal ini, kesan yang dihuraikan mestilah kesan positif dan juga kesan negatif.

Isi-isi
Kesan-kesan positif
Saluran TV yang banyak membolehkan masyarakat membuat pilihan yang memenuhi kehendak dan cita rasa mereka.
Rakyat juga dapat memperoleh maklumat yang terkini dan pelbagai dari seluruh dunia, khususnya dalam era globalisasi ini.
Ekonomi negara turut berkembang kerana peningkatan iklan dan guna tenaga yang lebih banyak.
Pengayaan budaya – budaya positif masyarakat lain dapat diterapkan dan dijadikan amalan.
Kesan-kesan negatif
Penjajahan mental akan berlaku – mahu tidak mahu masyarakat negara membangun akan terikut mentaliti negara pelopor bidang tertentu.
Pencemaran budaya dan hakisan budaya murni – merebaknya budaya hedonisme, atheisme, dsb.
Pergaulan bebas tanpa kawalan juga merebak ekoran pengaruh filem Barat.
Stesen TV tempatan dianaktirikan dan kurang diminati – maklumat dan aspirasi negara tidak diketahui rakyat.


Tajuk 12
Dasar pengambilan pelajar lepasan SPM dan STPM ke universiti tempatan adalah berdasarkan sistem meritokrasi, yakni suatu sistem berkonsepkan “hanya yang terbaik layak”. Dalam hal ini, hanya pelajar yang mencapai kecemerlangan akademik akan diberi keutamaan. Bincangkan kesan pelaksanaan sistem ini.

Kehendak Soalan
Jelas bahawa solan ini hanya menghendaki calon membuat huraian tentang kesan pelaksanaan sistem meritokrasi. Apabila membicarakan kesan, calon mestilah menghuraikan kesan baik dan buruk sistem ini.

Isi-isi
Kebaikan sistem meritokrasi
Memartabatkan golongan bumiputera melalui kecemerlangan akademik. Hal ini membuktikan bahawa golongan bumiputera mampu berdikari dan memajukan diri.
Melahirkan lebih banyak pemikir dan profesional bumiputera yang berdaya saing di arena antarabangsa.
Menghindarkan gejala terlalu bergantung pada bantuan khas sehingga leka, lalai, dan enggan berusaha.
Keburukan sistem meritokrasi
Mengurangkan peluang golongan bumiputera memasuki IPTA kerana pencapaian akademik yang lemah.
Pelajar luar bandar yang belum mampu bersaing mungkin tersisih.
Mewujudkan ketidakseimbangan kaum dalam sesuatu bidang – bidang tertentu mungkin dimonopoli oleh kaum tertentu.

Tajuk 13
Di Malaysia, perayaan-perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina diisytiharkan kerajaan sebagai cuti yang panjang yang kadang-kadang melebih 10 hari. Bincangkan kesan perisytiharan cuti yang panjang ini kepada kita.

Kehendak Soalan
Calon diminta menghuraikan kebaikan dan keburukan cuti panjang kepada rakyat negara ini. Calon tidak harus membincangkan kesan baik sahaja, sebaliknya mestilah juga membincangkan kesan buruknya.

Isi-isi
Kesan baiknya
Memberikan kesempatan kepada rakyat yang tinggal jauh pulang ke kampung halaman.
Membolehkan rakyat menghabiskan masa yang lebih lama bersama dengan ibu bapa dan keluarga mereka.
Membolehkan suami isteri yang berkerjaya membuat persediaan akhir.
Kesan buruknya
Menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk kerana cuti yang panjang mendorong rakyat semua bangsa pulang ke kampung halaman.
Bilangan kenderaan yang meningkat di lebuh raya/jalan raya memungkinkan meningkatnya kemalangan jalan raya yang mungkin meragut nyawa.
Produktiviti pelbagai sektor menurun kerana tempoh kerja dalam bulan terbabit yang singkat (10-15 hari sebulan).
Urusan jabatan kerajaan terjejas – kerja-kerja berkaitan pelesenan, pembayaran bil, dan sebagainya terjejas.

Tajuk 14
Selain faktor luaran, keterlibatan remaja dalam perbuatan jenayah berpunca daripada ibu bapa remaja sendiri. Bersetujukah anda dengan penyataan ini?

Kehendak Soalan
Calon hendaklah memberikan tumpuan bagaimana faktor ibu bapa menjadi punca berlakunya jenayah remaja. Selian itu, faktor lain juga hendaklah disentuh. 

Isi-isi
Faktor ibu bapa
Ibu bapa terlalu sibuk bekerja dan mencari harta sehingga mengabaikan anak-anak.
Keluarga yang bermasalah – perceraian, pergaduhan, dsb – anak tidak betah di rumah lalu melakukan jenayah di luar.
Salah asuhan oleh ibu bapa sendiri – tidak memberikan penekanan terhadap aspek agama dan moral.
Ibu bapa yang terlalu mengongkong – anak pemberontak.
Faktor lain
Pengaruh rakan sebaya.
Pengaruh persekitaran tempat tinggal.
Pengaruh media massa yang sarat dengan unsur jenayah dan keganasan.


Tajuk 15
Rawatan yang bermutu dan murah yang diberikan oleh hospital swasta di Malaysia telah berjaya menarik sekitar 130 000 orang warga asing untuk mendapatkan rawatan perubatan di sini. Sarankan cara-cara untuk memajukan lagi industri pelancongan kesihatan ini.
Kehendak Soalan
Calon diminta menghuraikan cara-cara untuk memajukan lagi industri pelancongan kesihatan di negara ini.

Isi-isi
Menyusun pakej pelancongan kesihatan dengan menyelaraskan tawaran hospital dan hotel serta membentuk rangkaian rujukan antarabangsa.
Menggalakkan hospital mendapatkan akreditasi antarabangsa dan mengadakan hubungan startegik dengan pusat perubatan terkemuka di dunia.
Mengggalakkan pembentukan syarikat kesihatan multinasional Malaysia oleh pihak swasta.
Melonggarkan syarat imigresen bagi pakar perubatan dan terapi asing serta pesakit.
Menyokong penyelidikan klinikal di institusi kesihatan untuk membina pusat kecemerlangan klinikal.
Menjalankan promosi secara besar-besaran di luar negara.
Menjamin keamanan dan keselamatan sosial di negara ini.


Tajuk 16
Sektor pertanian masih lagi memainkan peranan yang penting dalam menjamin sekuriti makanan di samping menyediakan peluang pekerjaan dan menjadi sumber pendapatan. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memajukan sektor ini?

Kehendak Soalan
Calon diminta mengemukakan pandangan tentang langkah-langkah yang wajar diambil bagi memajukan sektor pertanian negara ini.

Isi-isi
Penggunaan sumber pengeluaran penuh dan optimum termasuklah penggunaan tanah terbiar.
Mempercepat projek integrasi yang berasaskan pertanian, seperti penghasilan strawberi dengan industri jem, penternakan kambing biri-biri di ladang kelapa sawit dengan industri susu dan yoghurt.
Mempergiat penyelidikan dan pembangunan (P & P) agar teknologi tinggi dapat diterapkan dalam sektor ini.
Menggalakkan pelibatan aktif sektor swasta dalam pemasaran dan peningkatan pengeluaran makanan.
Menyediakan input modal yang besar untuk mengusahakan pengeluaran secara besar-besaran.
Melahirkan tenaga profesional dalam bidang ini agar kegiatan ini dapat dijalankan dengan pendekatan saintifik dan profesional.
Memajukan teknologi pemprosesan makanan berasaskan hasil pertanian.


Tajuk 17
Semangat Olimpik ialah semangat utuk memecahkan sekatan terhadap kekuatan mental dan fizikal manusia dalam upaya mencapai sesuatu yang lebih tinggi, lebih jauh, dan lebih pantas di samping memupuk semangat kesukanan. Walau bagaimanapun, kini Sukan Olimpik telah menjadi medan komersial. Beri ulasan anda tentang sejauh mana semangat kesukanan dan semangat Olimpik masih wujud dalam kalangan pihak-pihak yang terlibat.

Kehendak Soalan
Calon perlu menghuraikan bukti-bukti wujudnya semangat kesukanan  dan semangat Olimpik. Selain itu, calon juga perlu menghujah bahawa sukan Olimpik juga bersifat komersial.

Isi-isi
Bukti wujudnya semangat kesukanan dan semangat Olimpik
Dalam sesuatu temasya sukan, upacara perasmian dan penutup melibatkan sukarelawan yang banyak.
Rakyat negara tuan rumah bersama-sama menggembleng tenaga bagi menjayakan temasya sukan.
Sukan Olimpik untuk golongan kurang upaya (Paralimpik) turut diadakan untuk menegakkan hak golongan ini.
Atlet yang kalah atau yang menduduki tempat terakhir dalam perlumbaan masih mendapat penghormatan dan sanjungan.
Kemudahan sukan temasya ini dapat dinikmati oleh penduduk setempat lantas meningkatkan mutu sukan.
Bukti Sukan Olimpik bersifat komersial
Sukan Olimpik menjanjikan kemewahan dan kekayaan kepada pihak tertentu – khususnya pemenang.
Peniaga memperalat atlet untuk mempromosikan barangan sukan mereka.
Peniaga pelbagai bidang dalam negara tuan rumah mengambil kesempatan mengaut keuntungan besar.


Tajuk 18
Selepas melalui proses perbincangan dan kajian yang panjang, subjek Pendidikan Seks dicadangkan untuk diajarkan di sekolah-sekolah menengah di negara ini. Berikan pandangan anda tentang kesan-kesan pengajaran Pendidikan Seks ini kepada pelajar.

Kehendak Soalan
Soalan meminta calon mengemukakan pendapat tentang kesan baik dan kesan buruk pengajaran subjek Pendidikan Seks kepada pelajar di sekolah menengah.

Isi-isi
Kesan baik
Pelajar akan memperoleh pengetahuan asas tentang seks – dapat menghindarkan diri daripada pelakuan-pelakuan seks yang tidak sihat.
Melahirkan individu pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, rohani, intelek, dan emosi.
Dapat mengubah tanggapan pelajar terhadap seks kepada persepsi yang lebih insani dan suci.
Pelajar akan lebih yakin untuk membincangkan isu-isu seks dan mengadukan masalah-masalah seks yang dihadapi mereka atau berusaha mencari penyelesaiannya.
Kesan buruk
Pendidikan seks mungkin merangsang keinginan untuk mencuba melakukan hubungan jantina dalam kalangan remaja.
Seks mungkin dianggap sebagai sebahagian daripada rutin kehidupan –  remaja didedahkan kepada potensi seks yang ada dan kaedah yang selamat untuk menyalurkan potensi ini.
Hubungan seks rambang mungkin berleluasa.

Tajuk 19
Masalah obesiti atau kegemukan yang dikatakan mampu mengundang pelbagai penyakit telah mengundang kebanjiran pelbagai produk pelangsing badan. Bincangkan bahaya produk pelangsing badan ini dan cadangkan cara yang betul untuk menjaga berat badan.

Kehendak Soalan
Isu soalan ini bukanlah masalah kegemukan (obesiti) tetapi bahaya produk pelangsing badan. Dalam hal ini, calon sebenarnya diminta membincangkan bahaya-bahaya itu serta mengemukakan cadangan tentang cara yang betul untuk menjaga berat badan.

Isi-isi
Bahaya produk pelangsing badan
Merosakan organ dan hati di samping mendedahkan orang yang menggunakannya kepada masalah berkaitan jantung.
Menjejaskan kesihatan mental – keresahan, sukar tidur (insomnia), pening dan sakit kepala, dan permasalahan psikologi.
Menyebabkan kemandulan dalam kalangan wanita.

Cara yang betul untuk menjaga berat badan
Mengamalkan pemakanan yang seimbang – menjauhi pengambilan makanan ringan, berlemak, dan sebagainya.
Memperbanyak senaman dan aktiviti riadah – sekurang-kurangnya 30 minit sehari.
Sentiasa berfikiran positif dan riang – mengelakkan kemurungan.


Tajuk 20
Pemahaman sebilangan orang tentang nuklear sangat sempit sehingga mereka beranggapan nuklear membahayakan manusia. Pada hakikatnya, tenaga nuklear kini begitu rapat dengan kehidupan manusia sehingga penggunaannya begitu penting dalam industri makanan. Huraikan kepentingan tenaga ini dalam industri makanan.

Kehendak Soalan
Soalan ini meminta calon menghuraikan perihal pentingnya tenaga nuklear dalam industri makanan.

Isi-isi
Penyinaran nuklear (sinaran mengion) pada makanan itu dapat mengatasi masalah kehilangan lepas tuai makanan kerana rosak sebagai akibat bakteria dan sebagainya.
Sinaran nuklear memusnahkan serangga, mikroorganisma, dan parasit yang mengancam pertanian makanan.
Sinaran nuklear dapat melambatkan proses masak dan pengecutan buah-buahan.
Tenaga ini memastikan makanan, terutamanya makanan laut dan daging, tidak dicemari mikroorganisma dan parasit.
Makanan kita yang bersih dan selamat dapat dipasarkan ke seluruh dunia.
Menambahkan bekalan makanan untuk rakyat sendiri.


Tajuk 21
Kedudukan Universiti Malaya yang tidak lagi tersenarai sebagai 100 buah universiti terulung dunia melambangkan kejatuhan kualiti IPTA negara ini. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan hal ini berlaku dan bagaimanakah untuk menanganinya.

Kehendak Soalan
Calon dikehendaki menghuraikan faktor-faktor yang yang menyebabkan ranking universiti tempatan jatuh dan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menaikkan ranking ini di peringkat antarabangsa.

Isi-isi
Faktor-faktor
Universiti tempatan mengeluarkan graduan yang tidak menepati kehendak pasaran kerja.
Graduan yang dihasilkan tidak mampu berkomunikasi dengan berkesan.
Pihak universiti kurang menjalankan penyelidikan dan pembangunan.
Universiti kurang berupaya melahirkan para sarjana dan ilmuwan.
Kekurangan pemimpin dalam memanfaatkan ilmu bagi pembangunan masyarakat.
Langkah-langkah
Menawarkan program yang mantap, berkesan, dan praktikal.
Memastikan kualiti graduan sentiasa pada tahap cemerlang.
Menggiatkan jaringan antarabangsa – bekerjasama dengan universiti luar negara.
Mengadakan kerjasama keilmuan antara pelbagai disiplin ilmu.
Menggiatkan pertukaran mahasiswa dan menambah pengambilan bilangan mahasiswa.


Tajuk 22
Kemerosotan sumber petroleum yang dijangka akan habis menjelang tahun 2020 dan kenaikan harga petroleum mentah yang berterusan telah mendorong kerajaan menarik balik subsidi harga petrol. Langkah kerajaan ini memang perlu dilaksanakan. Bincangkan hal ini.
Kehendak Soalan
Soalan ini menghendaki calon membincangkan rasional kerajaan menarik balik subsidi ke atas bahan-bahan petroleum.

Isi-isi
Kerajaan perlu menjimatkan belanja berbilion-bilion ringgit – untuk pembinaan infrastruktur yang lain.
Rakyat akan lebih berjimat cermat dalam penggunaan petrol yang semakin habis itu – pengurangan ini akan melambatkan bekalannya habis.
Rakyat akan memaksimumkan penggunaan pengangkutan awam – kemudahan LRT, ERL, komuter digunakan sepenuhnya.
Harga petrol yang tinggi menggalakkan rakyat berkongsi kenderaan – mengurangkan masalah pencemaran udara dan kesesakan lalu lintas.
Subsidi bahan berasaskan petroleum yang disasarkan kepada rakyat telah turut dinikmati oleh pihak industri – hal ini tidak wajar kerana merekalah pengguna petroleum terbesar.


Tajuk 23
Kenaikan kadar inflasi sebagai akibat kenaikan harga petrol tidak dapat dielakkan lagi. Sehubungan dengan ini, golongan pengguna memikul tanggungjawab yang berat untuk mengatasi masalah ini demi menjamin kestabilan ekonomi negara. Jelaskan peranan yang dapat dimainkan pengguna dalam hal ini.

Kehendak Soalan
Soalan ini menghendaki calon menghuraikan peranan yang dapat dimainkan oleh pengguna untuk menstabilkan ekonomi negara.

Isi-isi
Membeli/mengutamakan barangan tempatan (buatan Malaysia) –mengembangkan ekonomi negara.
Mengurangkan penggunaan barangan import.
Berbelanja secara berhemah agar tiada pembaziran.
Berbelanja mengikut keperluan dan bukan mengikut perasaan.
Meningkatkan tabungan peribadi.
Mengubah mentaliti – jangan mengharapkan bantuan subsidi kerajaan.
 

Tajuk 24
Budaya kepenggunaan merujuk kepada gaya hidup membeli barang dan perkhidmatan bagi memuaskan kehendak dan keperluan pengguna. Namun demikian, banyak pengguna Malaysia yang mengamalkan budaya kepenggunaan yang negatif. Bincangkan hal ini.

Kehendak Soalan
Soalan ini menghendaki calon menghuraikan amalan budaya kepenggunaan yang negatif.


Isi-isi
Budaya hidup mewah – ukuran sesuatu kejayaan bukan berdasarkan budi dan bakti tetapi harga barangan yang digunakan dan kemewahan yang lain.
Budaya kesetiaan jenama – pengguna berpendirian bahawa harga diri atau keistimewaannya bergantung pada penggunaan jenama berkenaan.
Budaya hidup membazir – pengguna telah diasuh membeli sesuatu secara berlebihan – makanan yang banyak dan berlebihan dibuang.
Budaya iklan – pengguna cenderung terikut-ikut akan pengaruh iklan.
Budaya tamak – pengguna senang ditipu dengan muslihat jualan seperti jualan istimewa, jualan murah, hadiah istimewa, dan sebagainya.
Budaya hidup jelita – keinginan untuk kelihatan jelita dan menjaga tubuh badan.
Budaya berhutang – sanggup berbelanja melebihi kemampuan diri dan membayar secara kredit sehingga dijerat hutang yang banyak.


Tajuk 25
Ubat tiruan ialah ubat yang dijual dengan menggunakan jenama tertentu tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa. Ubat-ubat tiruan ini sangat berbahaya; oleh itu setiap pengguna perlu dapat membezakan ubat tiruan dengan ubat yang tulen. Ulaskan hal ini.

Kehendak Soalan
Calon dikehendaki menghuraikan bahaya ubat tiruan ini dan cara-cara untuk mengenali ubat tiruan ini.

Isi-isi
Bahaya ubat tiruan
Menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan – dapat menyebabkan keguguran atau kecacatan.
Penyakit menjadi bertambah teruk – meninggalkan kesan sampingan lain.
Pengambilan ubat tiruan yang tidak disertai pengambilan antibiotik tidak dapat membunuh bakteria tertentu.
Bahan yang digunakan tidak diketahui jenis dan sukatannya – bahan berbahaya dapat menyebabkan keracunan dan kematian.

Cara-cara untuk mengenal ubat tiruan
Sentiasa prihatin terhadap ubat yang digunakan.
Mendapatkan ubat daripada sumber yang sah seperti klinik dan farmasi.
Tidak membeli ubat yang harganya sangat rendah.
Mengelakkan membeli ubat daripada pihak yang tidak bertauliah.
 

Tajuk 26
Musuh utama negara-negara sedang membangun bukanlah kuasa besar dunia tetapi kemiskinan rakyat dan negara itu sendiri. Huraikan perkara ini.

Kehendak Soalan
Calon sebenarnya diminta menghuraikan masalah kemiskinan di negara-negara sedang membangun. Calon perlu menghuraikan bagaimana kemiskinan dapat menjadi “musuh” kepada negara terbabit.

Isi-isi
Kemiskinan akan mewujudkan pelbagai bentuk masalah jenayah dalam negara – rompakan, rasuah, pembunuhan, dsb.
Kemiskinan menimbulkan pelbagai wabak penyakit yang tidak dapat dikawal – ketiadaan ubat-ubatan dan pembasmian.
Kemiskinan akan menyebabkan kebuluran – rakyat tidak mampu membeli makanan, negara tidak berupaya mengimport makanan.
Kemiskinan akan mencetuskan ketidakstabilan sosioekonomi – yang kaya tidak hirau akan yang miskin.
Kemiskinan menyebabkan keseimbangan ekologi alam sekitar terjejas – pengeksploitasian tanah dan sumber alam lain untuk pertanian, penternakan, dll menjadi tidak terkawal.
Kemiskinan menyebabkan berlakunya pergolakan politik – pemberontakan rakyat.
Kemiskinan memusnahkan peradaban dan kemanusiaan.
 

Tajuk 27
Pada era ledakan teknologi maklumat dan komunikasi sekarang, perhatian utama dunia tertumpu pada keselamatan komputer, sama daripada aspek sistem, rangkaian, dan Internet hinggalah kepada jenayah siber. Pada pendapat anda, apakah bentuk ancaman terhadap keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi.

Kehendak Soalan
Calon-calon diminta mengemukakan pendapat tentang pelbagai bentuk ancaman terhadap teknologi maklumat dan komunikasi.

Isi-isi
Ancaman terhadap rahsia maklumat – data peribadi akaun bank mungkin disalurkan kepada pihak lain.
Pencerobohan dan pencurian maklumat oleh pihak yang berniat jahat.
Teknologi ini digunakan untuk merisik atau mengintip pertahanan sesebuah negara.
Penyebaran berita palsu dan fitnah terhadap individu.
Penyebaran bahan berunsur lucah, tahayul, dan ganas serta penyebaran diayah dan propaganda tertentu.
Jaringan jenayah keganasan dan pengedaran dadah melalui Internet.
Sistem maklumat mungkin diserang virus atau digodam untuk tujuan sabotaj.
 

Tajuk 28
Kebanyakan rakyat negara ini menggaji rakyat asing sebagai pembantu rumah mereka. Hal ini berlaku kerana golongan wanita tempatan tidak berminat untuk menjadi pembantu rumah. Jelaskan sebab-sebab berlakunya fenomena sedemikian.

Kehendak Soalan
Calon-calon diminta menjelaskan sebab-sebab golongan wanita negara ini tidak memilih kerja sebagai pembantu rumah.

Isi-isi
Pekerjaan sebagai pembantu rumah tidak menjanjikan masa depan yang cerah.
Pendidikan yang tinggi mendorong wanita Malaysia berkecimpung dalam bidang lain.
“Pengasuh”, “penjaga”, “babu”, dan “orang gaji” dianggap tidak glamor dan rendah statusnya.
Gaji bidang ini jauh lebih rendah daripada gaji dalam sektor pekerjaan yang lain.
Bidang kerja ini agak sukar kerana perlu memiliki kesabaran yang tinggi untuk melayan kerenah kanak-kanak dan majikan sendiri.
Wanita Malaysia lebih suka bekerja di luar daripada terkurung di dalam rumah.


Tajuk 29
Penebangan hutan dan penggondolan di kawasan tanah tinggi dapat menimbulkan bencana seperti yang berlaku di Filipina pada Januari 2006. Bencana seperti itu pernah juga berlaku di negara ini. Bincangkan sebab-sebab berlakunya penggondolan di kawasan tanah tinggi dan kesan-kesan yang timbul daripada tindakan itu.

Kehendak Soalan
Calon hendaklah menghuraikan punca kawasan tanah tinggi musnah dan kesan-kesan buruk yang timbul.

Isi-isi
Sebab-sebab penggondolan
Pembinaan jalan raya, petempatan, dan infrastruktur lain.
Pengambilan sumber galian dan kegiatan pembalakan.
Penggunaan untuk projek hidroelektrik.
Kegiatan pelancongan dan pembinaan hotel atau perumahan mewah.
Kesan-kesan buruk yang timbul
Berlaku hakisan tanah yang teruk – menyebabkan tanah runtuh, pemendapan kelodak, dan banjir kilat.
Menjejaskan aliran sungai dan kualiti air – kelangsungan hidupan akuatik terjejas, kualiti air merosot.
Suhu persekitaran meningkat – menimbulkan ketakselesaan dan menjejaskan rumah hijau.
Menyebabkan kehilangan kepelbagaian biologi – kerana habitatnya dimusnahkan.
Menambahkan kesulitan kepada komuniti orang Asli yang tinggal di pinggir hutan atau di tanah tinggi.
 

Tajuk 30
Petroleum merupakan kumpulan tenaga yang tidak dapat diperbaharui dan lambat-laun sumber tenaga ini akan kehabisan. Oleh itu, kita perlu mencari sumber tenaga alternatif untuk mengatasi krisis tenaga yang mungkin timbul kelak. Bincangkan sumber tenaga lain yang dapat digunakan di Malaysia untuk mengatasi krisis tersebut.

Kehendak Soalan
Soalan ini menghendaki calon menghuraikan jenis-jenis sumber tenaga lain yang dapat digunakan di Malaysia bagi menghadapi masalah krisis tenaga yang mungkin timbul.

Isi-isi
Tenaga biojisim daripada hasil pertanian dan perhutanan seperti bahan organik tumbuh-tumbuhan dan haiwan – merupakan sumber bahan api bersih, bioreput, dan menghasilkan pembakaran terus tanpa sebarang pencemaran sulfur dan raksa.
Petrol hijau daripada kelapa sawit – tidak akan pupus, mesra alam.
Tenaga suria melalui panel sel suria – tidak mengeluarkan asap atau radioaktif, senyap serta mesra alam.
Tenaga hidroelektrik – hanya menjejaskan alam sekitar pada tahap pembinaan empangannya sahaja.
Tenaga nuklear – yang menjimatkan kos tetapi keselamatan loji nuklear perlu dijaga.
Tenaga ombak – hanya sesuai di kawasan pantai yang mempunyai landaan ombak yang kuat.

 
Tajuk 31
Pemilihan kerjaya telah dikenal pasti sebagai satu daripada masalah besar yang kerap dihadapi oleh para remaja. Bincangkan punca timbulnya masalah itu dan cara mengatasinya.

Kehendak Soalan
Calon hendaklah menghuraikan sebab-sebab berlakunya kesukaran membuat pemilihan kerjaya dalam kalangan para remaja dan bimbingan yang perlu diberikan.

Isi-isi
Sebab-sebab berlakunya kesukaran membuat pemilihan kerjaya
Remaja tidak dapat mengenal pasti personaliti, minat, pencapaian, dan kebolehan sendiri.
Remaja kurang pengetahuan dan maklumat tentang kerjaya.
Mereka tidak menguasai kemahiran-kemahiran dalam membuat keputusan sehingga terikut-ikut dengan pilihan yang lain.
Mereka tidak dapat membuat keputusan kerana terdapat pelbagai minat, minat yang tidak jelas, atau tidak mempunyai minat langsung terhadap sebarang kerjaya.
Bimbingan yang perlu diberikan
Strategi pemilihan kerjaya diajarkan – mengenal pasti potensi diri, menganalisis keperluan pekerjaan, dan memadankan diri dengan pekerjaan.
Ujian psikologi dengan individu supaya remaja tahu akan bidang pengkhususan akademik dan kerjaya yang sesuai.
Kaunseling supaya remaja tahu akan keperluan-keperluan pekerjaan dan mengenal dunia kerjaya.


Tajuk 32
“Bahasa menunjukkan bangsa.” Bincangkan maksud peribahasa ini dan kepentingannya dalam konteks Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni yang dilancarkan oleh kerajaan baru-baru ini.

Kehendak Soalan
Calon dikehendaki menghuraikan maksud “Bahasa menunjukkan bangsa” dan mengaitkan kepentingannya dengan berdasarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni.

Isi-isi
Maksud peribahasa
Kesopansantunan bahasa mencerminkan maruah dan martabat sesuatu bangsa.
Kepentingannya
Mampu menaikkan imej negara.
Dapat membendung pelbagai masalah sosial.
Dapat memajukan industri pelancongan.
Berupaya memupuk keharmonian sosial.
Dapat mewujudkan masyarakat penyayang.
Mampu meningkatkan kecekapan dan produktiviti dalam pelbagai bidang.

 
Tajuk 33
Persoalan tentang upah minimum agak sensitif. Hal ini disebabkan penetapan upah minimum mendatangkan implikasi ekonomi, sosial, dan politik yang serius. Berikan komen anda tentang hal ini.

Kehendak Soalan
Soalan ini menghendaki calon menghuraikan kesan penetapan upah minimum, yakni kesan positif dan negatifnya.

Isi-isi
Kesan positif
Memastikan belanja hidup pekerja senantiasa cukup pada setiap bulan.
Mewujudkan kestabilan hidup pekerja bawahan berbanding dengan gaji harian atau bayaran ikut hasil kerja yang tidak tetap.
Merangsang produktiviti kerja kerana pekerja kurang berasa risau akan masa depan mereka.
Menjamin hak pekerja senantiasa terlindung, terutamanya mereka yang jatuh sakit, beranak, mengalami kecemasan, dan sebagainya.
Kesan negatif
Menyebabkan tingkat guna tenaga atau bilangan pekerja merosot kerana menelan kos lebih tinggi.
Menyebabkan pekerja yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan seperti ponteng kerja dan mengambil cuti sakit sewenang-wenangnya.
Menimbulkan kesukaran pada sektor-sektor tertentu, seperti sektor perladangan kerana hasil kerja mereka sukar diukur.
 

Tajuk 34
Belakangan ini, banyak rungutan diterima daripada orang ramai berkaitan dengan mutu perkhidmatan kaunter dan penyampaian di jabatan kerajaan dan swasta. Bincangkan kepentingan perkhidmatan kaunter dan penyampaian yang baik serta kesannya jika mutunya mengecewakan.

Kehendak Soalan
Calon diminta menghuraikan kepentingan perkhidmatan kaunter dan penyampaian yang baik serta kesannya jika mutunya tidak baik.

Isi-isi
Kepentingannya
Meningkatkan imej organisasi dan negara.
Urusan bertambah cekap dan produktiviti meningkat.
Memajukan ekonomi negara, misalnya pelancongan.
Memudahkan urusan orang ramai kerana mesra pelanggan.
Kesan-kesan buruk
Mencetuskan pergaduhan dan bantahan.
Menjejaskan ekonomi negara.
Syarikat atau badan kerajaan akan mengalami kerugian.
Mendorong berlakunya rasuah.
Imej negara akan terjejas.
 

Tajuk 35
Permainan tradisional semakin kurang diminati. Berikan pendapat anda mengapa hal sedemikian berlaku dan sarankan langkah-langkah untuk menyuburkan budaya permainan tradisional.

Kehendak Soalan
Soalan ini menghendaki calon menghuraikan sebab-sebab permainan tradisional semakin kurang diminati serta menyarankan langkah-langkah yang sesuai bagi menyuburkan budaya permainan tradisional.

Isi-isi
Sebab-sebab permainan tradisional semakin kurang diminati
Corak kehidupan di rumah pangsa atau pangsapuri tidak memungkinkan permainan seperti gasing, guli, dan lain-lain dimainkan.
Warga kota susah mendapat peralatan permainan seperti congkak dan sebagainya.
Alat permainan tradisional sudah menjadi hiasan di rumah sahaja dan bukan untuk tujuan permainan.
Permainan itu tidak bernilai komersial dan tidak mendatangkan keuntungan.
Persaingan dengan permainan canggih seperti kereta permainan kawalan jauh, permainan komputer, dan sebagainya.
Langkah-langkah menyuburkan budaya permainan tradisional
Menyuntik permainan dengan nilai komersial seperti pertandingan wau yang menawarkan hadiah lumayan.
Mempromosikannya di peringkat sekolah, negeri, dan nasional.
kawasan lapang yang sesuai dan mencukupi di kawasan perumahan.


Tajuk 36
Sistem pendidikan yang dilaksanakan kini memberikan pemberatan 60 peratus kepada bidang sains dan teknologi. Bincangkan faedah daripada pelaksanaan dasar berkenaan.

Kehendak Soalan
Soalan meminta calon menghuraikan manfaat daripada dasar memberikan keutamaan kepada bidang sains dan teknologi seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui Kementerian Pelajaran.

Isi-isi
Dapat menanam minat pelajar dalam bidang sains dan teknologi – penting ke arah menjadi negara maju.
Dapat melahirkan tenaga profesional dalam bidang ini – dapat mempercepat cita-cita menjadi negara maju.
Dapat memajukan P & P dalam negara – mendapat kepercayaan negara luar dan menarik pelabur asing.
Dapat melahirkan tenaga yang mampu menerap teknologi terkini – negara tidak akan ketinggalan jauh dari negara lain.
Dapat melahirkan masyarakat teknokrat – pembangunan negara akan lebih giat dan terancang.
Dapat memajukan ekonomi negara – bidang pertanian, penternakan, dan lain-lain akan menjadi sumber ekonomi yang utama di samping bidang perindustrian.
Dapat memajukan sektor telekomunikasi negara.


Tajuk 37
Keyakinan rakyat negara ini terhadap bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan semakin menipis sehingga menyebabkannya terpinggir di negaranya sendiri. Cadangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memartabatkan bahasa Melayu.

Kehendak Soalan
Isu soalan ini adalah tentang nasib bahasa Melayu yang semakin terpinggir. Calon dikehendaki menyenaraikan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memartabatkan bahasa Melayu.

Isi-isi
Rakyat Malaysia sendiri mestilah beriltizam untuk menggunakan bahasa Melayu dengan baik, betul, dan tepat.
Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya pada waktu yang relevan seperti situasi rasmi, mahkamah, pejabat kerajaan, dan sebagainya.
Kursus, bengkel, dan seminar penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat perlu diadakan.
Kesalahan yang dikesan dalam situasi rasmi, papan tanda, arahan, dan dalam surat-menyurat mestilah diperbetul.
Suasana menghayati pengungkapan bahasa Melayu yang indah perlu dipupuk pada setiap ketika.
Proses pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu perlu diteruskan dan ditingkatkan.
Usaha penterjemahan buku ilmiah dalam bahasa asing ke dalam bahasa Melayu hendaklah digiatkan.
Penghasilan buku-buku pengajian tinggi dalam bahasa Melayu hendaklah digiatkan.
Pengantarabangsaan bahasa Melayu hendaklah dilaksanakan, misalnya pelajar asing diwajibkan mempelajari bahasa Melayu di Malaysia.


Tajuk 38
Industri muzik tempatan banyak menghadapi masalah. Sehingga kini, masalah tersebut belum ada penyelesaiannya. Oleh hal yang demikian, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi menangani masalah tersebut. Bincangkan hal ini.

Kehendak Soalan
Calon diminta menghuraikan masalah-masalah yang dihadapi oleh industri muzik di negara ini dan menyarankan langkah-langkah untuk mengatasi masalah itu.

Isi-isi
Masalah-masalah
Masalah cetak rompak karya seni suara yang berlaku dengan leluasa – menjejaskan pendapatan syarikat dan penggiat seni suara.
Masalah kemasukan penyanyi asing yang menguasai pasaran muzik tempatan – meningkatkan persaingan yang tidak perlu.
Kekurangan institusi latihan dan pendidikan dalam bidang ini – mutu seni suara statik.
Langkah-langkah
Menguatkuasakan dan memperketat undang-undang untuk membanteras masalah cetak rompak.
Menyekat kemasukan artis-artis asing yang menganjurkan konsert di Malaysia.
Menubuhkan institusi khas untuk mencungkil bakat baru di samping meningkatkan mutu seni suara.
Mewujudkan pusat latihan dan pendidikan dalam bidang seni suara yang melibatkan bidang penciptaan, penulisan lirik, gubahan lagu/muzik, dsb.
Memperkembang peranan Akademi Seni Kebangsaan.


Tajuk 39
Merokok bukan sahaja membazir tetapi juga berbahaya kepada kesihatan. Bincangkan kesan dan bahaya rokok kepada manusia.

Kehendak Soalan
Soalan yang berbentuk langsung ini menghendaki calon menghuraikan kesan dan bahaya rokok kepada manusia.

Isi-isi
Rokok menjejaskan pendapatan perokok dan ekonomi negara – perokok bukan sekadar perlu mengeluarkan belanja untuk membeli rokok tetapi juga belanja untuk rawatan perubatan.
Rokok mendekatkan perokok kepada penyalahgunaan dadah.
Rokok menjatuhkan imej mereka – bau busuk, bibir kering, gigi kekuningan, dan nafas berbau.
Rokok mendedahkan orang yang tidak merokok, termasuk kanak-kanak, kepada serangan penyakit asma, paru-paru, inflamasi telinga, dan saluran pernafasan.
Rokok menjejaskan tumbesaran janin wanita hamil kerana gangguan pada bekalan darah.
Bagi perokok lelaki, rokok mengurangkan tahap kesuburan mereka.
Perokok mudah mengidapi tekanan darah tinggi dan pembentukan plak, strok, kanser paru-paru, dan sakit jantung.


Tajuk 40
Pelibatan kanak-kanak bawah umur dalam aktiviti pekerjaan di negara-negara mundur adalah suatu fenomena biasa walaupun menyalahi undang-undang buruh antarabangsa Pada pendapat anda, mengapakah penggunaan buruh kanak-kanak menyalahi undang-undang dan mengapa pula fenomena ini masih berlaku?

Kehendak Soalan
Calon diminta mengemukakan pendapat tentang dua perkara, iaitu sebab penggunaan buruh kanak-kanak menjadi suatu kesalahan dan sebab buruh kanak-kanak masih berlaku.

Isi-isi
Sebab-sebab penggunaan buruh kanak-kanak menyalahi undang-undang
Keadaan fizikal kanak-kanak masih lemah.
Hak mereka mendapat pendidikan diabaikan.
Golongan ini sering dieksploitasi daripada segi gaji dan masa kerja.
Mereka bekerja di tempat kerja yang tidak selamat.
Sebab-sebab masalah ini berlanjutan
Masalah kemiskinan dan desakan hidup.
Sikap tamak majikan – kanak-kanak hanya perlu diberi gaji yang rendah sedangkan golongan dewasa memerlukan gaji yang tinggi.
Kekurangan aktivis sosial untuk membantu golongan ini.


Tajuk 41
Selain kemerosotan mutu bahasa Inggeris dalam kalangan siswazah, ada banyak perkara lain yang menjadi sebab siswazah kita menganggur. Berikan pendapat anda tentang hal ini.

Kehendak Soalan
Calon dikehendaki menghuraikan punca-punca siswazah kita menganggur.

Isi-isi
Kurang kemahiran berkomunikasi – menimbulkan kemungkinan salah menerima arahan.
Kurang latihan industri dalam bidang masing-masing – pengambilan akan menjejaskan produktiviti.
Kurang pengalaman – majikan terpaksa ambil masa 3-6 bulan untuk tujuan latihan sahaja.
Sikap memilih kerja sehingga sanggup menganggur – gaji yang ditawarkan tidak setimpal dengan kelayakan akademik dan kos sara hidup yang terpaksa ditanggung.
Sikap suka makan gaji, tiada inisiatif menjalankan perniagaan sendiri.
Pengambilan siswazah dalam sesuatu bidang tidak diimbangi penawaran pekerjaan.
Kegawatan ekonomi – pembuangan/pemberhentian kerja; syarikat kecilkan operasi.


Tajuk 42
Kerajaan elektronik yang menerapkan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi dapat memudahkan pentadbiran dan pengurusan kerajaan serta agensi-agensinya. Jelaskan bagaimana kerajaan elektronik dapat membantu kerajaan meningkatkan kecekapan pentadbirannya mengikut pelbagai bidang.

Kehendak Soalan
Calon hendaklah menghuraikan kecekapan mengikut pelbagai bidang pentadbiran kerajaan melalui kerajaan elektronik.

Isi-isi
Pentadbiran dan pengurusan – data dapat diproses, disimpan, dan disebarkan dengan cekap.
Penguakuasaan undang-undang – rekod kesalahan, saman, dan jenayah dapat diperoleh dengan segera.
Orang ramai tidak lagi perlu berpusu-pusu di jabatan kerajaan kerana mereka dapat berurusan secara on-line – contohnya bayaran cukai.
Perubatan – rekod pesakit dapat dihubungkan ke semua hospital Malaysia.
Pasport dan urusan imigresen – lebih cekap, pantas, dan selamat.
Pendidikan – permohonan kemasukan universiti dan biasiwa secara on-line.
Dasar-dasar kerajaan dapat disebarkan melalui laman web masing-masing.
 

Tajuk 43
Selain faktor kebolehan atau keupayaan pemain atau atlet, kecemerlangan sukan juga bergantung pada kemajuan sains sukan dan faktor-faktor lain. Bersetujukah anda dengan penyataan ini?

Kehendak Soalan
Calon diminta menyatakan pendirian sama ada faktor-faktor kemajuan sains sukan dan fakor-faktor lain turut membantu keupayaan atlet.

Isi-isi
Kecemerlangan sukan memang bergantung pada ahli sukan sendiri – bakat dan keupayaan mereka.
Rawatan psikologi untuk membantu ahli sukan mengurangkan tekanan jiwa dan memulihkan keyakinan diri.
Penyelidikan tindak balas ahli sukan – kadar tindak balas, tahap keupayaan maksimum, daya otot, dan sebagainya.
Peralatan sukan untuk meningkatkan kecergasan – menguatkan otot setiap bahagian badan secara khusus.
Rawatan perubatan sukan – fisioterapi, osteopati, artroskopi merawat dan memulihkan kecederaan ahli sukan.
Peralatan sukan yang mengelakkan kecederaan ahli sukan – pakaian memanaskan badan, alat perlindungan, kasut sukan rekaan khas.
Pemakanan ahli sukan – ramuan khas, termasuk ramuan herba, untuk meningkatkan kekuatan fizikal dan mental.
Kemudahan infrastruktur sukan – stadium, gimnasium, dan sebagainya.
Bimbingan jurulatih dan pendedahan di peringkat antarabangsa.


Tajuk 44
Sekatan ekonomi merupakan satu cara yang berkesan untuk memaksa sesebuah negara akur kepada kehendak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu demi kepentingan sejagat daripada melancarkan tindakan ketenteraan. Jelaskan penyataan ini.

Kehendak Soalan
Calon diminta menjelaskan bagaimana sekatan ekonomi dapat menundukkan sesebuah negara dan mengapa tindakan ketenteraan bukan langkah yang baik.

Isi-isi
Bagaimana sekatan ekonomi dapat menundukkan sesebuah negara
Sekatan import eksport akan melumpuhkan ekonomi negara yang terbabit.
Masalah kekurangan makanan dan perubatan akan berlaku.
Pendapatan kerajaan akan jatuh menjunam.
Rakyat akan menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap kerajaan.
Kerajaan terpaksa tunduk jika mahukan sokongan rakyatnya.

Mengapa tindakan ketenteraan bukan langkah yang baik
Tindakan ketenteraan akan memusnahkan harta benda dan mengorbankan nyawa rakyat yang tidak berdosa.
Negara berkenaan akan mengambil puluhan tahun untuk memulihkan ekonominya.
Tindakan ketenteraan akan menyebabkan rakyat negara yang terlibat bangkit menentang secara keganasan seperti di Afghanistan dan Iraq.
Tindakan ketenteraan akan menggugat keamanan serantau dan memungkinkan merebaknya peperangan.


Tajuk 45
Sungguhpun bidang perubatan moden semakin berkembang, namun perubatan tradisional semakin mendapat tempat dalam masyarakat. Jelaskan ciri-ciri yang membezakan kedua-dua jenis perubatan ini. 

Kehendak Soalan
Soalan tersebut menghendaki calon menghuraikan ciri-ciri yang membezakan perubatan moden dengan perubatan tradisional.

Isi-isi


Perubatan moden
Perubatan tradisional
Kelayakan pengamal perubatan
Pendidikan formal
 Secara warisan, kurang formal
Kaedah
diagnosis
Ujian saintifik – ujian darah, tekanan darah, air kencing
Kurang saintifik
Sentuhan sendi, tilik, rasa sendi, mengasap kemenyan, menerusi pengalaman sahaja
Kaedah rawatan
Suntikan ubat mengikut dos
Pembedahan
Rawatan kimoterapi dan radioterapi
Jampi
Jamuan herba
Kesan sampingan
Terdapat kesan sampingan –  kantuk, kerosakan organ, dsb
Kurang kesan sampingan
Mungkin salah rawatan
Ubat yang digunakan
Kualiti ubat sentiasa dimajukan
Kemujaraban ubat dibuktikan melalui ujian di hospital
Perubatan bersifat statik
Kemujaraban berdasarkan kepercayaan
Peralatan
Menggunakan peralatan canggih – imbasan laser, x-ray, mesin, dll
Kemasukan belon dan spring khas dalam saluran jantung
Kurang alatan kecuali rawatan akupunktur China.
Kos rawatan
Sangat tinggi
Murah dan ada yang terserah kepada ihsan pesakit