INTENSIF

PROGRAM  LATIHAN  MASA  CUTI  6  RENDAH  URANUS 

1.  LATIHAN  6RU :  SET 1 (KOD: 04112011) ARAHAN :  SILA  BUAT  TAJUK  INI  DAN  HANTAR  MENGGUNAKAN  EMAIL  KEPADA  SAYA. ( zackjuahir@yahoo.com ) .

Tajuk 1
Kementerian Kesihatan bercadang hendak membekalkan jarum suntikan dan kondom secara percuma kepada penagih dadah bagi mengurangkan kadar jangkitan HIV dan AIDS di negara ini di samping membekalkan dadah gantian methadone kepada golongan ini. Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai. Bincangkan reaksi ini.

Kehendak Soalan

Calon hendaklah menghuraikan reaksi orang ramai tentang hal ini, yakni yang menyokong dan yang membantah tindakan ini dengan mengetengahkan alasan mereka.

Isi-isi

Reaksi yang menyokong cadangan ini
  • Langkah ini dapat mencegah merebaknya HIV/AIDS dalam kalangan penagih – amalan berkongsi jarum suntikan dan pelakuan seks rambang tanpa kondom meningkatkan kebarangkalian penagih dadah dijangkiti HIV/AIDS. Tanpa bekalan ini, HIV dapat merebak dengan serius.
  • Methadone pula dapat menghilangkan ketagihan dalam kalangan penagih dan dadah ini kurang memudaratkan mereka berbanding dengan dadah.
  • Langkah-langkah sedia ada terbukti tidak mampu mengatasi masalah penularan HIV.

Reaksi yang menentang cadangan ini
  • Langkah ini menggambarkan kerajaan seolah-olah menggalakkan perbuatan maksiat.
  • Hal ini memperlihatkan kelemahan dan kedangkalan kerajaan sehingga terpaksa memberikan jarum suntikan dan kondom percuma kepada penagih dadah semata-mata hendak mengurangkan risiko penularan penyakit berbahaya seperti ini.
  • Kebanyakan agama menegah perbuatan dan amalan maksiat.